Monday, April 16, 2012

bila mulut berkata-kata..

jangalah jadi manusia yang manja sangat. hanya ingin mendapat, tapi enggan memberi. ingin diperhatikan, tapi tak mau memperhatikan. Mahu dihargai, tapi tak mau menghargai... org manja tak boleh di harap sangat dan tak boleh di ajak berjuang....

kalau bercakap sesiapapun boleh.tetapi kita harus ingat apa yang kita tuturkan itu haruslah boleh memberi manfaat kepada kita dan kebahgiaan orang lain bersama dimana kita TIDAK sewajibnya berkata setiap apa yang kita tahu,akan tetapi kita wajib tahu apa yang kita katakan..kata cikgu azman kepada ku "kalau ikut perspektif ilmu agama..anda perlu tahu apa yg anda wajib tahu dan anda kena bagitahu apa yang anda tahu sekiranya ada orang yang ingin tahu"...jangan disebabkan kata kita seseorang itu boleh merana dan merentakakn lagi hubungan ukhuwah semasa umat islam. 

UKHWAH yang dibina atas nama ALLAH takkan mengharapkan balasan apabila memberi... tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka... kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam... keceriaan sahabat bagai pelangi yang takkan hilang... kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia...itulah sunnah jalinan ukhwah pejuang agama...jagan kita jadi seperti manisnya Gula boleh medatangkan penyakit bairlah kita jadi seperti pahitnya Peria boleh dijadikan penawar kepada penyakit...
begitulah sikiranya kita apabila terlalu sedikit, yang membezakan antara harapan, angan-angan dan impian. Bila disebut angan-angan, seolahnya terlalu pessimistik. Harapan, terlalu optimistik. Cita-cita dan Impian, terlalu jauh, sesuai untuk jangkamasa panjang agaknya. Hakikatnya semuanya lahir dari sebuah keinginan, kemahuan mendapatkan sesuatu, atau seseorang. Lantas manusia merangka pelbagai perancangan. Yang angan-angan, mungkin sekadar kekal menjadi angan-angan. Semakin berusia ke arah kematangan, keinginan yang tak masuk akal semakin dilupakan. Berpijak di bumi yang nyata, tentunya. Inilah yang dinamakan realiti, agaknya....bila bercakap semua yang kita pikir positif akan menjadi negatif dimata orang yang hanya memadang tinggi kelebihan yang dimiliki olehnya dan sentiasa memandang orang lain terlalu hina untuk memberi pendapat..macam-macm gelagat manusia sakit hati melihatnya..

cubalah bagun saja dari lena mimpi  fikir apa perkara yang kita lihat hari ini semuanya positif usah melihat keburukannya..contohnya apabila kita manghatar mesej menanyakan kaba berita kawan, tetapi kawan tidak membalasnya usah kita terus membuat andaian yang kawan kita itu saje tak nak reply msj mybe dia tidak mempunyai kredit atau sibuk dengan kerja..please la..jagn suka sagat suka menghukum orag diatas kesalahan yang tidak sepatutnya..siapalah kita yang suka menghukum seseorang itu, sebelum kita nak menjatuhkan hukuman kepada seseorang fikir la dahulu bahawasanya layakkah kita untuk menjatuhkan hukuman dan menjadi hakim terhadapnya..ubah lah jangan hanya memandang kegagalan itu di ibaratakan sebagai  satu pengahalang kepada kerjayaan diri kita..

"Bukanlah jatuhnya seseorang itu dikatakan kegagalan dan hanya sesungguhnya kegagalan itu ialah ia kekal dimana tempat ia jatuh." teringat akan kata-kata seorang guru yang amatku sanjungi iaitu cikgu mohd hazani "dalam kehidupan ini dalam kita mengejar cita-cita di hadapan, adakalanya kita sesekali perlu menoleh ke belakang. Sebuah kereta yang baik dari segi kapasiti enjin, kemasan dalaman, reka bentuk yang dinamik dan moden, masih dicipta cermin belakang untuk melihat ke belakang walaupun untuk seketika !"

mencari jalan itu mudah namun mencari destinasi itu yang susah, menyusuri susur itu mudah, menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.. andainya perjuangan ini mudah, aku pasti.. ramai yang akan menyertainya...tapi, kerna perjuangan ini penuh dengan liku berduri.....ramai yang menolaknya......kerna itu, bertuahlah yang berada di dalamnya...yakinlah...kalian pilihan illah...jangan pernah mengalah!!! jika seorang menolakmu, ketahuilah sepuluh berada di belakang untuk membantu mu....dimana perjuangan yang hakiki menuntut pengorbanan yang tinggi.....biar rebah, jangan berubah, biar terbuang teruskan berjuang... 

Tolong jangan hancurkan harapan seseorang untuk berubah ke arah kebaikan even sedikit je kata kata yang boleh menjatuhkan semangatnya. ingatlah, bukannya senang seseorang nak kuatkan dirinya menuju redha Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran. So, tolong hargai niat dia dan jangan pandang dia dgn pandangan yang hina. ingatlah, dia sedang mujahadah (sedang mencuba)..

"Atas dunia ni kita hanyalah hamba. Selepas dunia ni ada pula mati. Persediaan untuk mati ni tidak pernah diajar oleh sekular dan demokrasi, ia hanya disebut oleh Islam. Sedangkan mati ini ialah komponen kepada hidup, sebagaimana pagi merupakan komponen kepada petang. Justeru, nak lakukan persediaan untuk mati inilah manusia perlu merujuk kepada Islam."

"Kamu hanya akan berjumpa tangisan, apabila kamu tidak berjumpa dengan senyuman pada tempat itu. Sekiranya kamu berjaya senyum pada tempat itu, saya yakin kamu tidak akan lagi begini," jelas dia.

Kata-katanya itu membuatkan saya tertarik untuk lebih tahu, namun saya memilih diam kerana hanya itu perkara terbaik yang mampu saya buat.

No comments:

Post a Comment