Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru

Tuturmu muzik yang tak jemu di degar, dalam ceritamu terselit hiburan dan pengajaran,gayamu jadi sebutan,marahmu menjadi kenangan manis,tidak ada paling indah bagi insan yang bernama guru kerana engkaulah pelita hidup,pemburu yang bijak sana,penglipurlara ketika duka,pemberi ketika tiada,penyabar ketika diduga,berbangga ketika mereka berjaya,sedih kerana gagalnya anak bangsa.itulah dirimu wahai guruku..seribu tahun namamu tetap diseru..terima kasih cikgu.. Kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya... Selamat Hari Guru..

Thursday, April 18, 2013

Aktiviti bersama aktivis geo

Alhamdulillah hari ini(17/4/2013)..kami diberi kesempatan untuk berkumpulan dengan beberapa ahli geographer untuk sesi jalinan ukhuwah bagi melawat ayah kepada aktivis geo yang sakit di hospital teluk intan..
Sabarlah wahai sahabatku dengan apa ujian yang diberikan olehnya..kedatangan kami ini bagi memberikan semagat kepada sahabat kami dn mengeratkan lagi hubungan ukhuwah yang terbina.. MasyaALLAH disini ak dapat melihat nilai kasih sayang yang ditunjukan oleh seorang anak yang mana tak dapat dibeli di pasaraya atau mana2 tempat jual beli..sayu hati ini..
Selesai lawatan kami di dalam bilik ICU kami bersepakat untuk berkumpul disurau mambuat bacaan yassin untuk mendoakan kesejahteraan ayahanda kepada sahabat kami..
Selesai upacara membaca yassin dek kerana hati ini telah tersetuh dengan nilai pergorbanan yang dilakukan oleh sahabatku ini terlitas difikiran apakah yang sedang ayahanda aku sendang lakukan waktu ini dan apakah aku sempat berbakti kepada kedua ibu bapa ku?...lantas ak mencapai telefon mudah alih ak didalam poker dan mengases mengcari di list contat yang tertulis nama abah..lantas membuat panggilan ingin menanyakan khabarnya..ALLAHMDULILLAH ayahanda aku masih lagi sihat..tak pandai ingin diri ini memberitahu bahawa hati ini sendang rindu pada mu dan sagat menyayangi kamu berdua wahai bonda dan ayahanda..
Ku hanya mampu panjatkan rasa syukur dan doaku kepada yang Maha Esa agar dirimu berada dalam keadaan sihat selalu dan sentiasa dibawah payung rahmatNYA.. Bahawasanya hati ini sedang mengingati mu dikala berada diperantauan ingin mencari secebis ilmu untuk dijadikan bekalan kelak..wahai bonda dan ayahanda...

Sunday, April 14, 2013

pengembara dalam perjuangan


Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini. Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya. Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam. Kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur.


Kehidupan kita ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti sebuah pengembara yang sedang berjalan jauh sambil bertongkat dalam menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Dalam perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan dua keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan. Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina ini.


Hidup ini Keseronokan dan Kebahagiaan Sementara…


Tentunya dalam perjalanan seorang hamba yang ingin menuju ke sebuah destinasi cinta, banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamatnya dan sesekali terasa ingin berputus asa untuk ke destinasi yang pasti itu. Bagi seorang pengembara yang bijak dan pandai, semestinya dirinya tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kenikmatan di dunia yang sementara kerana dirinya tahu bahawa dia adalah penghuni alam yang kekal abadi ; syurga Allah. Bagi seorang pengembara yang senang dan seronok menikmati keseronokan di dunia tanpa memikirkan dunianya yang kekal abadi, dirinya akan mementingkan hawa nafsu semata seolah-olah inilah dunia yang kekal selamanya sehingga dirinya terlupa matlamat atau cita-cita sebenar untuk menuju ke arah akhirat yang abadi. Mereka terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Dengan tidak mengendahkan suara iman mereka, mereka terus-menerus meletakkan halawatul dunia dihati mereka dan menyangka bahawa itulah matlamat sebenar mereka, na’uzubillah...

kita juga boleh diibaratkan sebagai seorang pemandu atau penumpang atau pengembara yang berada di atas sebuah nakhoda yang besar, yang sedang menuju destinasi selama berhari-hari, malah bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dan untuk sampai ke destinasi cinta atau destinasi yang abadi itu, pungut dan kumpullah bekalan ketika berada di dunia sebanyak yang mungkin. Letakkanlah segala keseronokan dan kenikmatan serta kekayaan di dunia ini di tangan kita dan anggaplah semua itu hanya bebanan yang boleh menjejaskan perjalanan menuju ke destinasi cinta abadi. 

Oleh itu, sebagai seorang pengembara, kita seharusnya pandai memilih dan dapat mengenal pasti yang mana satu bekalan dan mana satu bebanan. Bekalan ialah sesuatu amalan yang memudahkan perjalanan sepanjang kita menuju negeri akhirat, manakala bebanan adalah sesuatu yang merumitkan dan melambatkan perjalanan kita ke negeri akhirat.

Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak. Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. [Al-hadis] 

Kesimpulannya, persiapkan dan mantapkan diri kita. Sebagai seorang pengembara yang kita sendiri masih belum tahu bila akan sampainya ke destinasi yang dituju, perlunya kita mencari bekalan sebanyak mungkin. Dan berhati-hati dengan setiap ujian kesedihan dan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Wajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana kita semua yang ada di muka bumi ini adalah hanya pinjaman untuk menguji kekentalan iman kita sebagai hambaNya. Begitu juga dengan hubungan kita sesama manusia, saling berpegangan tanganlah kita semua agar tiada yang terjatuh dari kapal dunia ini tanpa ada seorang pun yang berusaha untuk menyelamatkannya.

Sebaik-baik bekalan adalah iman dan takwa...

Semoga kita semua menjadi seorang pengembara yang bijak dan sentiasa meletakkan kenikmatan di dunia ini di telapak tangan dan bukannya dihati. Yang sentiasa mendoakan pengembara yang lain dan mengingati setiap pengembara didalam doanya.Semoga kita menjadi pengembara yang sentiasa menjadikan redha Allah SWT adalah tujuan utama.

Semoga Allah merahmati, insyaAllah…

wahaiii cintaaa..

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya.......

Friday, April 12, 2013

aduhaiiii politik...

Menilai kemelut politik tanah air yang tidak berkesudahan dengan setiap pihak masing-masing berusaha menjatuhkan musuhnya yang lain. Makin hari, jiwa kita sudah muak dan bosan dengan tahap pemikiran politik yang mudah oleh para pemainnya yang lebih mengutamakan nafsu berbanding saranan iman dan hidayah Allah swt. Di dalam kesibukan semua rakyat menyebut, KUASA RAKYAT!!, di situ ramai yang lupa bahawa asas tarbiyyah yang kukuh merupakan penjamin kepada kemenangan berterusan. Adakah kita hanya mengimpikan kejayaan yang sekadar berusia 2-3 hari sebelum kemenangan itu dirampas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab? Sudahkah kita menganalisa jalan perjuangan yang akan kita korbankan segala usia dan jiwa ini padanya atau kita hanya mengikut rentak semasa dan arus terkini suara-suara yang melaungkan perubahan itu? Semua persoalan ini seharusnya generasi kini tangani dengan ilmu yang jelas berdasarkan seerah Jihad Rasulullah saw dan para sahabat dalam usaha mereka menegakkan Islam di bumi nyata.

Tuesday, April 9, 2013

Akhirnya

Ingat nak postkan hal inii semalam tp dek kerana kepenat,maka terpaksa la taguh.. Tanggal 3/4/2013..satu hajat dh ditunaikan..terima kasih YA ALLAH kerana memudahkan urusan hambaMu ini..
Alhamdulillah walaupun hari ini agak sibuk dn sedikit kepenat..namum masih lagi dikurniakan kesihatan..
Seawal pkul 6 ptg lagi dh bergegas menyiapkan diri untuk hadir ke masjid proton city untuk bertemu dgn seorng hamba ALLAH yg dh lama ak kagum dgn cara dan gaya beliau sebgai seorng daie dalam menyampaikan dakwah bg menarik minat anak2 muda macam aku ini untuk cintakan ilmu dn dekatkan diri kepada ALLAH S.W.T..
Terima kasih ya ALLAH memberikan kami jodoh untuk berjumpa..
Suara dan alunan setiap perkataan yg dikeluarkan dr mulutnya sungguh menenangkan hati ak..sesuai sgat dgn jiwa anak muda pada hari ini.. Pelbagai kaedah dan cara yg dugunakan oleh para daie untuk menarik minat para mujahid untk terus berjuang demi agama...
Sikap seorng daie ni cukup membuatkan ak kagum.. Kadang2 terbayang jg bagaimana sekiranya ak mengantikan tempatnya kelak?adakah ak sangguh untuk berjuang?adakah ak petah berbicara?dan apa kah kaedah ak untuk menarik minat para mujahid untuk terus berjuang bersama-sama dlm menegakkan agama islam yang suci..pelbagai soalan yang terkeluar dibenak fikiran ak ini..
Bak kata ustaz haslin pertama sekali kita kena cintakan ilmu,bila kita ada ilmu baru la kita boleh teruskan berjuang..ttp bagaimana pula kalau org yg tak ada ilmu ttp ingin turut sama menjadi daie seperto daie2 lain...walaupun tidak boleh myebarkan dakwah secara lisan kalau hadir dlm majlis ilmu pun merupakan salah satu cabang untu berdakwah..
Ada akal fikir-fikirkan, ada hati renung-renungkan..itulah ayat yamg dilontarkan oleh seorng daie yg amat ak kagum..


Thursday, April 4, 2013

fieldwork hidrology

assalamuallaikum..apa kaba semua..
seperti hari-hari biasa ak bagun seawal pagi..namun setelah sem baru bermula ni asyik lepas solat subuh asyik nak lena aja memanjang...kuat sangat godaan syaitannya..

hari ini, tanggal 3/4/12.. keluar rumah seawal 7.30 pagi untuk prepair pasal fieldwork  hidrologi..
walaubagaimanapun sarapan tak pernah lupa..hhehehehe
asyik makan aje...patut la badan sihat aje...ak dan kawan aku tiba awal dilokasi fieldwor..apa lagii... bergambar la kejap...


setelah semuanya sampai maka mula la eksperimen ak sebagai seorang ahli geografer..apa lagi mulakan la tugasan pertama kali ak yang kena turun air lagi..dalam hati nasid baikpersiapan dri dah buat..hehehehe...
dah buat starting point, n ending point..maka berjalan la eksperimennya..walaupun mggunakan kaedah tradisional kami dapat menyukat had kelajuan air..hhehehehehe..
dalam hati kenapa la alat yang prof beli tu rosat kalau tak sekejab je kerja kami ni..hhehehehe..
apap2 pun nak tak nak demi ilmu kena ikhlaskan diri belajar barulah berkat..jgn bayak sogeh..hehehe










Saturday, March 30, 2013

mencari sesuatu yang makin pudar

Kenangan lalu kembali menusuk kalbu,
Di saat aku bersendirian, 
Ia datang tanpa diundang, 
Getaran jiwa semakin melaju, 
Terusik hati yang sedang hampir sembuh. 

Keresahan ini, 
Semakin menghimpit diri, 
Menggigit setiap cebis jiwa, 
Memaksa aku tersungkur, 
Dalam kepenatan aku betanya, 
Mampukah aku terus berjuang? 

Walau apa pun bidang pembelajarannya di kolej atau universiti termasuk juga alam persekolahan , ia hanya satu formaliti dalam dunia pendidikan. Sekiranya kita mempunyai azam,minat dan keyakinan dan semangat mahu menggengam kejayaan maka itu pendorong utama dalam mencipta sesebuah kejayaan. Berusaha tanpa mengenal erti jemu dan pasrah akan dapat memecah tembok penghalang. Batu penghalang itu tidak sepatutnya menjadi halangan buat mereka yang mahu berjaya dan sewajarnya ia menjadi tangga untuk menapakkan diri agar terus melonjak ke atas dan terus ke atas.


Sesatkah aku dalam sinar? 
Merangkakkah aku dalam kegelapan? 
Mampukah aku terus berbicara? 
Impian digapai belum pasti tergenggam, 
Terlepaskah atau bisa ku pegang. 


bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama..tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..
kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baik sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.. 
wasalam... 

Hari yang berlalu, maka tiada lagi kesempatan untuk kudrat ini berbuat untuk hari tersebut....

sedikit coretan dipetang harii...


Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.
syukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan pada hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.
lama sudah rasanya diri ni tidak mencoret apa-apa perkataan di blog ni.. alhamdulilllah masih lagi diberikan kesempatan kepda budak kampung untuk berlalu perkongsi serba sedikit apa yang ingin dikongsikan..
hari demi hari silih berganti masa turut berlalu pergi meninggal kita sang musafir yang hina ini...
dikala kesibukan melanda diri ini dengan pelbagai tugasan dan tangjawab yang diberikan setiap hari... mana taknya dengan asgmnt lagi, tambah pula dah jadi semester akhir ni makin terbeban la rasanya dengan projek latihan ilmiah... terpaksa la melupakan aktivi-aktivi yang selalu dilakukan sebelum ini, dek kerna terpaksa jatuh cinta dengan latihan ilmiah.
bukan diri ini ingain berceritakan tentang adegan tentang latihan ilmiah.. masih lagi tetap dengan matlamat utama ingin mencari jalan kereadhaan bagi memenuhi tuntutan agama..
kali ini nampaknya jalan yang ingin dicari makin mudah diketemui.. Syukur ALHAMDULLILAH kpd Yang MAHA ESA kerna mengurniakan ana sahabat-sahabat yang baik... masing-masing sendang mencari dan berusaha untuk mendapatakanNYA.. nampaknya ana tidak berkeseorang kali ini untuk teruskan perjuangan...

bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama..tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..

kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia..
wasalam...