Tuesday, May 15, 2012

Realiti yang dilupakan....

Kian hari semakin ramai anak-anak remaja dan anak muda kini yang tidak mengenali perihal peladangan dan pertanian di Malaysia.

Ramai pelajar yang cemerlang di dalam mata pelajaran geografi dan sejarah tetapi tidak menginsafi yang yang berlaku di medan masyarakat sekelilingnya.

Kalaupun mereka hebat dan muncul menjadi pemimpin masyarakat serta organisasi, mereka tidak akan dapat menghayati permasalahan rakyat marhaen kerana mereka ilmu mereka tidak berpijak di bumi nyata.

Latihlah anak-anak dan remaja terutamanya di kalangan masyarakat bandar agar turun ke kampung dan pendalaman serta mengenali alam setempat dan realiti kehidupan penghuninya.