Thursday, December 22, 2011

kehidupan dan pembangunan

pada sebuah tanah yang dahulunya kering kontang
kini dihujani kilauau mutiara, dibanjiri permata
tanah terbiar, timbuhan meliar
paya menebar tidak lagi terbiar
diterokai menjadi kota batu
tumpuan penghuni.

bangunan-bangunan tinggi gagah menjulang langit
gedung-gedung ilmu tersergam indah
ruang kerja yang mencurah
peluang pendidikan yang cerah
hadiah warisan untuk anak-anak kami

aku merenung pada kaca
kotaku yang indah, maju dan moden
keretanya berduyun, bangunan tumbuh mencakar langit
bunga dan taman, penyejuk halwa mata
kota itu adalah cerminan tamadun bangsa
tempat membina cinta
tempat harmoni bersemi
tempat simpati berdiri

asap tebal kilang-kilang
menjulang ke atmosfera
kilangnya canggih malangnya kuno mengurus alam
sungai dan longkang sampah mengalir lesu
menangisi kematian ikan, udang dan ketam di kuala
unggas di rimba turut derita
kota kita dimungkirkan kata
air sungainya tak tenang mengalir
hingga kedadak hitam asap-asap menghiasi pandangan
ikan-ikannya pula terbantut
pagi-pagi hening tanpa godaan asap,
apakah masih ada?

pendudukku sayang
jangan pejamkan matamu
kelak tak nampak pohon bunga layu
longkang kotor
kelak tak nampak timbunan sampah
bukan salah kota,
andai sampah merata-rata
mengaburi pemandangan mata


kerana pembangunan kota bukit tinggi telah rata
rumput hijau telah tiada yang ada hanya batu-batu
kerana pembangunan kota suara burung tiada menyapa
bersiul dan terbang ceria pun sudah tiada


hutan ni...
rumah kami, stor makanan, stor pelbagai dan hospital kami.
kalau kami sakit kepala, demam, luka atau dipatuk ular,
doktor sentiasa ada dalam hutan ni. macam di bandar juga.
kalau nak musnahkan hutan ni,
baik juga musnahkan hospital dan kedai kamu pada masa yang sama.

  
pembangunan yang dirancang dengan mengekalkan citra alam sekitar
mampu membina suasana bangga warganya.
walaupun dari segi sifat kewujudannya di desa dan di kota mungkin berbeza
dirancang dan semula jadi, namum masih memelihara nilai falsafah alam sekitar
serta memberi pelbagai kemudahan sosial, budaya dan ekonomi.
kalau kota mahu juga dibina pastikan kehendak penghuninya diambil kira.

Wednesday, December 21, 2011

dunia ini.....penuh cabaran dalam kesenangan

Tidak habis berfikir apabila mata ini memandang
Pesona keindahan alam begitu terbentang luas dihadapan
Barisan bukit – bukit nampak begitu indah bila dipandang
Bentangan samudra begitu kaya dengan hasil hutannya,Dataran hutan begitu menyegarkan udara disekelilingnya

Namun ku lihat kini dimana keistimewaanmu ?
Kenapa engkau semakin tiada di bumi ini
Hutan – hutan banyak yang telah dicabul haknya
Laut – laut banyak yang tercemar
Kawasan hutan simpan banyak dijadikan perumahan
Apakah memang bumi Malaysia telah rosak ?
Wahai manusia, Ada apa dengan sikapmu yang angkuh dalam megejar keuntungan?

Kenapa kau bertindak di luar batas ?
Perilakumu begitu menghancurkan alam ini
Lihatlah, tataplah dan pandanglah
Alam disekelilingmu kini sedang bersedih kerana sikapmu.