Monday, April 30, 2012

muhassabah diri di petang harii

Bismillahhirahmanirrahim..Assalamualaikum..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan MAha Mengasihani~( "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. setalh difikirkan balik pada bulan jamidil akhir ini tahap kesabaran dan keimanan aku amat teruji. aku berbisik dihati kecilku YA ALLAH kenapa engkau turunkan semua ujian ini kepada hambamu ini sesungguhnya aku adalah insan yang kerdil dan lemah disisimu YA ALLAH...aku sungguh terasa amat sedih dan agak marah juga dengan apa yang terjadi..banyak cabaran dan dugaan ku terpaksa tempuh pada bulan ini dengan pelbagai bentuk masalah.bile terfikir balik mungkin ini merupakan satu ujian yang diberikan kepada aku..mungkin aku terlalu leka dengan keadaan aku sekarang ni..
Ya Rabb.. aku memohon kemampunan dan kereadhan daripda Mu.. bila terfikir aku teringat kata-kata daripada seorang penceramah dimana setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita, ALLAH ingin menguji tahap kesabaran dan keiman kita sebagai hambaNya sedang Para Nabi dan Rasul pun diuji inikan pula kita sebagai hambaNYa. 
ditambah pula minggu-minggu penghujung semester ini bayak pula asgmnt nak kena hatar, tak tercapai di akal nak menguruskan hal yang mana satu dahulu harus disiapkan.. inilah ruting aku setiap semester berlangsung.. hari ini agak terdetik dihati ini memikirkan masalah yang aku hadapi sepanjang beberapa tahun aku melanjutkan pelajar tidak pernah aku menetapkan pendirian agak impian aku mudah tercapai..suka sagat padang ia satu perkara yang simple..masyaALLAH agak jauh juga diri ini terleka dengan kesenang dan kegembira yang dikecapi pada hari ini.. 
kalau tak pernah bermuhassabah diri dengan betul begini la jadinya..bila dah susah baru nak berubah..mudah-mudahan bertambah baik hendaknya.. berbalik pada masalah tadi, dah tak terdaya aku nak memikirkan masalah yang dihadapi nak juga aku buat keputusan tanpa berfikir panjang ni..tapi apa kan daya aku yang mulakan!!!! jadi terpaksa la menganggung segala keputusan yang aku dapat..harap-harap masih sempat lagi aku ingin kembali ke jalan yang lebih mulia dalam aku bermujahaddah ini..insyaALLAH.. kata-kata tuan asmawi dimana kita terima sedikit kesusahan dunia yang sementara dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripda kesusahan akhirat yang berkekalan.. Sejak aku celik mengenal dunia sehingga sekarang, dah banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuh untuk teruskan hidup.. hari ini aku rasa seolah-olah aku tidak mampu nak menahan dugaan dan cabaran yang datang..Adakah ini pertanda yang aku sedang leka dibuai mimpi dan kenikmatan didunia sehingga aku melupakan apakah tanggungjawab yang aku harus pikul di muka bumi ALLAH ini..masyaALLAH...
aku amat bersyukur aku dikurniakan kawan-kawan yang ambik berat pasal diri aku..aku cukup berterima kasih pada semua kerana sudi berada disamping aku walaupun susah dan senang..kamu semua merupakan sahabat yang cukup mulia..thanks a lot myfriend..aku harap apa yang terjadi kepada aku hari ini boleh dijadikan iktibar dan pengajar.diri ini mencoretkan rasa kesedihan dan penyesalan yang teramat sagat ini adalah bertujuan untuk mengigati diri ini juga yang merupakan insan yang tidak pernah kaya dengan apa2 sekali pun..perkara yang lepas usah dikenangankan..bukalah halaman buku yang baru dan cotenglah dengan corak yang boleh memberikan kita ketenangan dan kekuatan apa bila kita melihatnya..
bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama..tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..
kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.. 
wasalam... 

No comments:

Post a Comment