Saturday, March 31, 2012

Rintihan Jiwa Pasrah

hati ini sungguh hipokrit
terlalu berpura-pura utk menjaga hati sendiri
tika hati terluka dek panahan cinta yang tidak halal...
Menjaga hati dia tanpa pedulikan hati sendiri
membuat hati ini merana sendirian
berpanjangan sehingga saat ini
saat yang membuatkan aku terbuai dengan kenangan lalu...
Kenangan semalam membuat aku sedar akan diri ini
diri yang kerdil lagi hina
sememangnya janjiMu tidak sia-sia
terungkai segalanya saat semuanya berlaku...

Ya Rabbi,
aku malu denganMu dengan cintaMu
kala hati dilukai kau hadir menghulurkan cintaMu
cinta yang sepatutnya aku cari & terus mencari...

Ya Izzati,
baru ku sedar cintaMu adalah mulia
semuliaMu Ya Allah
tiada cinta yang hebat berbanding cintaMu
Kau sentiasa disisi tika hati diselubungi rasa 'itu'
rasa yang selalu membuat hati ini menangis sendirian
bersendirian lagi bersendirian...

aku menghadap ya RABB..
kerna aku tahu, segalanya dia lebih mengetahui..
tanpa aku berbicara sekalipun, DIA sedia tahu apa yang terbuku
dalam hati ini..
tangisan mula berpanjangan..
bagai air sungai yang mengalir..
deras dan shadu..
rintihanku bukan kerna penyesalan..
bukan juga kerna kesilapan...
cuma yang aku rintikan adalah keagungan rasa yang di kurniakan untukku,
meskipun sukar untuk ku jalaninya,
namun aku tahu, ia adalah yang terbaik untukku,
kerna melaluinya aku yakin dapat belajar sesuatu kebaikkan..
dan aku akan mencari kebaikkan itu di sebalik kekecewaan dan juga kedukaan..
ya allah..
pelihara dirinya untukku sekiranya dia adalah jodohku, 
pelihara imannya dalam menempuh dugaan darimu, 
agar dia tidak tersasar dari ketabahan dan kesabaran,
doaku sentiasa mengiringinya,
walau pun suatu saat nanti, aku bukan di takdirkan untukknya,
biarlah wanita itu adalah seorang yang mampu
membajai keimanannya terhadapmu,
menjadikan kecintaannya lebih agung terhadapmu..
dan tidak mensia-siakannya kernamu.

Tapi, 
hadirMu menceriakan hari-hariku
kasih Kau tiada pengakhiran
tiada awal & tiada akhir...

Wednesday, March 21, 2012

nasihat..

Nasihat.
Perlu sebenarnya kepada nasihat.
Atas kelemahan, dan kesilapan
adami.

Jangan pernah luki' (kedekut) dari memberi nasihat.
Yang baik akan kembali ke kita juga, akhirnya.
Redha Tuhan ; pandangan baik orang
dan terima kasih diri sendiri, yang belajar daripada kisah-kisah kehidupan
akan lebih mudah diingati.

Seperti angin yang turun ke lembah-lembah
lalu memenuhinya
dengan berkah
mencanting senyuman
melimpah kesyukuran
di pagi hari
lalu ia berterima kasih
berjanji untuk kembali semula esok pagi

~~

Terutama lagi kita
di awal mekar
sementara masih segar

kelopaknya masih mau diembun
bagai istighfar sang abdi
di hening malam

bunga biru di bawah rembulan

~~

Knowing
ini simbolisma terlarang.
Tapi aku ikhlas.
Bukankah itu yang terpenting?

Nasihatilah aku, yang sentiasa buat kesalahan
tanpa sengaja

ataupun

yang mahu disengajakan

seperti keterujaan
untuk terbang
lalu jatuh
dari buaian

sang ibu.

Tuesday, March 20, 2012

realiti or fantasiiiiiiiiiii


Kita banyak berharapan. Dan berangan. Dan berimpian. Ketika kecil, kita berangan-angan. Ada yang berangan menjadi angkasawan. Gadis-gadis berhingus, berangan mahu berkahwin dengan putera raja. Orang baru memulakan perniagaan, berangan-angan dirinya menjadi bos didalam bilik berhawa dingin.

Orang bercinta, berangan-angan sudah pasti. Forever ever after, kononnya.

Terlalu sedikit, yang membezakan antara harapan, angan-angan dan impian. Bila disebut angan-angan, seolahnya terlalu pessimistik. Harapan, terlalu optimistik. Cita-cita dan Impian, terlalu jauh, sesuai untuk jangkamasa panjang agaknya. Hakikatnya semuanya lahir dari sebuah keinginan, kemahuan mendapatkan sesuatu, atau seseorang.

Lantas manusia merangka pelbagai perancangan. Yang angan-angan, mungkin sekadar kekal menjadi angan-angan. Semakin berusia ke arah kematangan, keinginan yang tak masuk akal semakin dilupakan.

Berpijak di bumi yang nyata, tentunya.
Inilah yang dinamakan realiti, agaknya. Berpijak di bumi yang nyata.

Apa yang pasti, Allah tak bagi kepada manusia apa yang diangan-angankan. Allah tak bagi kepada manusia, apa yang diimpikan. Allah tak bagi kepada manusia, apa yang manusia harapkan.

Allah bagi kat manusia, realiti.

Tetapi Dia tak larang kita mempunyai angan-angan. Dia tak larang kita mempunyai impian dan harapan. Malah, Dia suruh kita berusaha, ke arah apa yang kita inginkan tersebut.

Namun tentulah, Dia akan bagi kepada kita realiti. Hiduplah dalam impian, angan-angan, walau sefantasi mana sekalipun, Allah akan bagi kita realiti.
Realiti kadang-kadang bukan mudah untuk kita telan. Kadang-kadang, 100% tak sama dengan apa yang kita impikan. I learn that the hard way.

Buatlah, berusahalah, berjuanglah, berkorbanlah. Tetap, apabila datang ketentuan Allah, tetap tak dapat menyanggah realiti yang Dia beri. Apabila lembaran telah kering, dan pena-pena diangkat, maka terlaksanalah suratan yang ditentukan. Suratan itulah realiti.

Realiti.

Kadang-kadang kita tonton didalam televisyen. Rancangan drama, dan filem-filem. Kalaulah realiti ini semudah itu. Kita hayati perkembangan jalan ceritanya. Kita membayangkan kitalah wataknya. Dan semuanya berakhir dalam tempoh 2 jam cerita. Atau 20 episod panjangnya.

Tetapi itukah realiti? Kalaulah realiti semudah itu? Kenapa realiti tak semudah itu?

Kadang-kadang kita belajar macam-macam. 1+1= 2. Itukah realiti?

Dalam kehidupan, kita banyak cuba merealitikan teori yang diketahui. Teorinya, orang kata, tiada cinta sebelum kahwin. Haha! Kononnya, mahu ikut rules. Taknak kapel-kapel ni, taknak maksiat-maksiat ni. Teorinya, kalau nak elakkan maksiat, Allah mesti akan tolong kita. Teorinya, ikut syariat itu mudah.

Idealistik. Idealistik, adalah lawan kepada realistik. Idealistik, adalah musuh kepada realiti. Kerana realiti pasti menghancurkan idea. Realiti, pasti menghancurkan teori. Ikutlah teori sekuat mana sekalipun, tatkala dihempas ombak realiti, pasti nyah segalanya.

Kita hidup didalam dunia yang realiti. Bukannya dalam sebuah utopia yang idealis, kerana utopia sedemikin hanya dijanjikan kepada kita di akhirat kelak, tatkala setiap yang dibayangkan mahupun yang tak terbayang menjadi realiti di sana. Menggenggam idea, sesetengah mengibaratkan seperti memegang bara api yang panas. Tak salah mahu terus menggenggam, namun kadang-kadang harus tahu bila mahu melepaskan.

Agar tangan tidak melecur dan hangus terbakar.

Angan-angan, impian dan harapan, harus sentiasa ada sebuah titik.. Titik dimana kita tahu, kita harus sedia melepaskannya kerana tidak lagi selari dengan realiti.

Keberanian dan nekad mengejar apa yang diimpikan, dan diharapkan, adalah biasa. Cliche. Tetapi keberanian untuk melepaskan apa yang diimpikan selama ini, keberanian untuk menerima realiti dan berhadapan dengannya.

Oang memandang mereka sebagai kalah. Tewas. Kandas di tengah jalan.

Tetapi merekalah underdog, the unsung heroes. Mereka mengekalkan kestabilan dan keseimbangan dunia realiti. Kerana merekalah, realiti itu wujud.

Merekalah pekerja buruh yang gagal mencapai impian menjadi bos besar. Merekalah kerani cabuk yang berpuluh tahun kerja tak naik pangkat. Merekalah ibu tunggal yang menjaga tiga orang anak kerana ditinggalkan suami zalim. Mereka ada diantara kau, aku dan dia.

Mereka adalah manusia yang berani berhadapan dengan realiti.

Kau tak akan pernah mengecap realiti, selagimana engkau tidak merasa penderitaan mereka. Mereka juga, suatu masa dahulu, seperti engkau. Bercita-cita tinggi. Mereka juga, berharap mendapat cinta forever ever after. Mereka juga, berharap menjalinkan cinta fillah dibawah lembayung Ilahi. Mereka juga seperti engkau.

Tetapi Allah menetapkan realiti mereka berbeza. Jangan kau pandang rendah akan mereka.

Aku?

Entahlah. Tak tahu lah apa realiti aku. Masihkah aku terus menggenggam bara ini? Atau masanya sudah tiba, untuk aku melepaskannya?

Dahulunya impian. Harapan. Cukup optimis. Kini? Angan-angan. Aku tak pasti sama ada akan menjadi kenyataan. Malah aku sudah anggap, ianya dah terkubur.

Aku cuma nak buat benda yang betul..


Thursday, March 15, 2012

cuaca yang tidak menentu


tiba-tiba hujan turun..alhamdulilah semoga bumi ini sejuk dan dingin sentiasa..nampaknya cuaca tidak menentu sepanjang aku sampai kat bumi tanjong Malim ni. Mybe disebabkan perubahan pada iklim mikro akibat tindakan manusia, pola suhu, pola sejatan dan pemeluwapan, pola angin, pola kelembapan udara, pola kehadiran anasir terampai dsb telah merubah sedikit sebanyak makro iklim global. ketidaktentuan cuaca boleh dikatakan berlaku apabila tempat2 yg dulu jarang hujan kini selalu hujan, dulu kurang lebat kini lebat, dulu kering kini basah dan sebaliknya, dulu sejuk kini panas dan sebaliknya dsb.

kesan penebangan tumbuhan banyak menyumbang kepd perubahan suhu dan kelembapan udara. tanah-tanih yg terdedah dan bangunan2 berwarna cerah telah tigkatkan kesan albedo persekitaran. akibatnya suhu atmosfera meningkat. Bagi diri ini perubahan iklim yg dimaksudkan oleh kebanyakkan saintis adalah sedikit peningkatan daripada kebiasaannya, perubahan iklim ini tidak bermaksud sampai iklim itu berubah, winter, summer, autumn, spring tetap tiba pada waktunya malah northest monsoon, southwest monsoon, intermonsoon di Malaysia tetap tiba bila waktunya, northeast monsoon masih merupakan waktu basah di setengah2 tempat di Malaysia, polanya masih sama, pola suhunya masih sama (walaupun ada sedikit peningktan), pola hujan masih sama dan pola kelembapan masih sama... tiada yg berubah cuma cycclenya mencapai kemuncak pada waktu ini. Setiap kehidupan ada cycclenya (kalau tidak masakan org tua2 sentiasa berkata tentang roda kehidupan (sometime kita di atas, kadang2 dibawah)... begitu jugalah dengan elemen2 lain... tidakkah satu titik zarah lautan tu akan kembali ke tempat asalnya selepas 1000 tahun, begitulah juga zarah2 di atmosfera...gelombang haba tetap bergerak mengikut polanya...bila sampai waktu... suhu jadik peak pada waktu tu...off course bila suhu tinggi aktiviti pelepasan latent heat lebih tinggi... hujan shower. lightning. thunderstorm malah tropikal storm, tornodoes dsbnya menjadik lebih kuat (akibat lebihan tenaga).

Tidakkah kita memahami bahawa long wave (pressure wave - kesemua elemen2 cuaca berkadar secara terus dengan pressure) sentiasa menuju kearah kestabilan... sekiranya gelombang angin bergerak lebih aktif dari sepatutnya, bukankah wave dan elemen2 lain akan meneutralkannya... begitulah kehidupan sentiasa bergaul dan bekerjasama...

Bukankah dipertembungan air sungai dan laut tu sentiasa terdapatnya vortex (pusaran air akibat pertembungan air masin dan tawar)... Bukankah dengan adanya vortex ini, air2 tu menjadi lebih mesra dan continous (tidaklah kita merasakan air tu masin and tiba2 tawar sahaja... melainkan terdapatnya kesambungan iaitu masin... kurang masin... kurang masin lagi... seterunya sampailah tawar). Begitu juga dengan atmosfera ini... tidakkkan typhoon tu merupakan satu enjin untuk memesrakan alam ini, dimana fungsinya supaya atmosfera di kawasan tropik boleh bercampur dengan atmosfera di kawasan temperate country..
semuanya sistem yang bertujuan menstabilkan bumi...tak lebih dari itu..mengikut orang tua dahulu mengatakan bahawa hujan akan turun pada bulan-bulan tertentu sahaja..dan juga musim buah-buahan ..mereka tahu..dan setahun sekali kita akan merasakannya....ada juga musibah sedemikian tetapi tidaklah kerap kali ia berlaku...mungkin dunia ini sudah tua.. hujan turun dengan begitu lebat...secara positif,.membersihkan dunia yang penuh dengan abu-abu yang mengotorkan dunia.. bila kita ingin bertaubat...?dan manusia tidak akan merasakan kecuali mereka ditimpa kesusahan..tentu tidak mudah bagi mereka yang menghadapinya..tapi sebagai manusia yang mempunyai perasaan..aku berharap dunia ini adalah tempat yang baik didiami..selalin dari syurga..walaupun dunia ini hanya sementara .. kita juga harus memainkan peranan sebagai umat yang bersyukur dan berterima kasih kepada Maha Pencipta....Allah...



Wednesday, March 14, 2012

BILA TERKENANG ZAMAN SEKOLAH..


assalamualaikum...

Malam-malam ni syok jugak layan jiwang. Pasang lagu sentimental slow, otak ligat berputar. Mencari kenangan-kenangan yang indah selama hidup atas muka bumi ni. Sambil jari leka picit-picit tetikus hitam yang diberi nama pakcik search. Aku terrrklik pada group yang dah agak lama aku tak klik. Lagu sentimental slow yang beralun merdu, memang sesuai dengan jiwa aku pada waktu ini. FUH! rindu pulak kat kawan-kawan zaman SEKOLAH dulu. Zaman muka comot, zaman budak-budak hingusan tak tahu apa. Zaman muka skema, jalan straight tak tengok kiri kanan. Dalam kepala otak., belajar.belajar.belajar.

Gaya hidup kat sekolah bukan macam gaya hidup kat Universiti. Kuliah dalam dewan besar, tutorial dalam bilik macam bilik darjah masa aku darjah 1-tingkatan 5. sama melainkan cara pembelajaran dan juga kerusi dan meja yang kembar siam kottttt.. Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2008, aku berasa sangat  seronok kerana telah tamat zaman persekolahan. Zaman di mana aku membaca buku dan belajar untuk menjawab peperiksaan atau “belajar rajin-rajin untuk dapat kerja bagus”

Jika ditanya pada individu yang telah bekerjaya, pasti mereka mahu mengulangi semua zaman persekolahan mereka. Setidak-tidaknya mereka akan berkata bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang amat manis untuk diimbau kembali. Tetapi,ketika di bangku sekolah dahulu, aku dan juga rakan-rakan yang lain berkira-kira untuk menamatkan zaman baju putih itu secepat yang mungkin. Hmmm.. aku juga mengetahui bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang indah untuk  dikecapi, tetapi mengapa masih mahu mendapat sijil tamat persekolahan seberapa segera yang boleh? hahahhhaa..

Sekolah rendah lebih seronok untuk dikenang kerana dari situ la kita membuat pelbagai perkara yang melucukan, nakal dan memalukan. Tetapi bila bercerita dengan rakan-rakan sekolah rendah,wahh…bukan main gelak guling-guling lagi yer. Ketika aku berborak kosong dengan rakan tentang pengalaman sekolah rendah, macam-macam cerita keluar. Mungkin pengalaman aku ini hamper sama aje macam pengalaman yang dilalui orang lain ketika di zaman SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN.
  1. Ketika Darjah 1,ada rakan pernah buang air besar dalam seluar..eeee,geli la. (^_^)
  2. Time rehat,pergi makan di kantin. Pernah sekali dua tidak bayar harga minuman yang diambil.Minta halal yer mak cik kantin.hahahhaa
  3. Alasan standard jika tak buat kerja rumah. “Buku saya tertinggal di rumah cikgu. Saya lupa masukkan dalam beg semalam”
  4. “ Dua kali dua ,empat,” “tiga kali dua,enam” “tujuh kali tujuh,empat puluh sembilan” kena hafal sifir secara berlagu ketika mahu pulang ke sekolah.
  5. Zero point, batu seremban((batu selambut), congkak, tudung tin,dam haji permainan standard time guru-guru tidak masuk kelas. Ada yang main cap plom ker?
  6. Time kelas PAFA (Penilaian Asas Fardhu Ain) lagi seronok. Guna satu buku ajer untuk salin nota Tajwid,Sirah,Jawi,,Akhlak,Tauhid..Kemudian buku Jawi dan Tauhid nak kena hantar serentak. Erk,macam mana nak buat!?
Menjejak kaki ke sekolah menengah menjadi suatu perkara baru dan luar biasa kerana culture shock. Kena tulis guna pen. Sebelum ini guna pensel ajer kan? Culture  shock kedua,karangan BM kena buat 2 muka setengah, di sekolah rendah kena buat 80 patah perkataan ajer kan? Sekolah menengah terbahagi kepada dua bahagian. Menengah atas dan menengah rendah. Jika kita sedar,seseorang pelajar akan mula mencari identity diri di sekolah menengah. Jika diperhalusi,semakin meningkat tahun,semakin pelajar itu akan memperkemaskan diri untuk menarik perhatian jantina yang berlawanan dengannya.Time Form 1 baju sekolah pun tak iron,tengok time Form 5….fuhhh,macho!

Zaman sekolah menengah juga merupakan satu zaman yang ada dalam hidup individu di Malaysia ini. Terlalu manis untuk diimbau semula. Jadi tidak hairanlah sekiranya,golongan yang sudah bekerjaya mahu mengulangi semula zaman persekolahan mereka. Ketika kita di sekolah,pasti kita merasa pelik sekiranya mereka berkata sedemikian. Yelah,kena buat kerja bertimbun,tulis nota,hafal itu ini dan sebagainya. Kena ikut peraturan sekolah dan asrama lagi. Kena pakai baju yang sama kaler ajer tiap-tiap hari hingga hujung tahun. Dan pelajar-pelajar sekolah ini pasti berimpian “Tidak sabar untuk manghabiskan pengajian untuk ke Universiti”
  1. Time acara sukaneka paling seronok di mana nak kena lari 100m..asyik dapat last ajer.Malu la. Tapi nak buat macam mana, tak larat nak bawa lari badan gedempol ni.
  2. Sewaktu makan di dewan makan asrama,saya menjatuhkan pinggan. Kemudian terdengar bunyi (bunyi suara ramai) aaaaaaaaaaaaaaeeeeeaaaaaaaaaaaeeeee(tak boleh nak pronounce,sapa yang pernah rasa dan pernah buat pasti tahu nada bunyinya).. Tebal muka jer.
  3. Geram,iri hati dan cemburu dengan rakan yang kita tengok dia tidur aje time kelas,tapi bila dapat result peperiksaan. Wah,gempak!
  4. Ada yang sudah mula mengenal cinta monyet. Sahabat saya seorang demi seorang mula berkapel. Tinggal la saya dan seorang dua yang tak laku-laku.
  5. Seronok jika mewakili sekolah ke persada sukan dan aktiviti kokurikulum. Tambahan lagi jika dapat johan.

 “Tidak sabar untuk manghabiskan pengajian untuk ke Universiti” 
Memang tidak dinafikan dan aku  yakin setiap pelajar di zaman moden ini pasti pernah terdetik sebegitu. Pelbagai alasan dan sebab musabab menjadi titik lonjak untuk cepat-cepat menghabiskan zaman persekolahan. Kini,berada di era selepas zaman persekolahan. Dan timbul pula dengan masalah baru. Sudah besar panjang dan belajar pun makin tinggi-tinggi. Jauh berbeza berbanding zaman persekolahan dahulu. Kita belajar ke arah yang lebih khusus dan mengikut haluan masing-masing.

Selepas result STPM diumumkan, ada yang bergenang air mata dan ada yang melonjak kegembiraan. Tidak kurang juga ada yang biasa-biasa sahaja. Dan dengan keputusan itulah membawa kita ke mana kita sekarang. Ada yang berada di negara orang. Ada yang belajar di Universiti terkemuka negara dan ada juga sekadar  membantu keluarga di kampong. Pelbagai perasaan dapat kita lihat terutama nya guru tatkala melihat anak-anak muridnya menggenggam slip peperiksaan. Apakah perasaan anda ketika mendapat result itu?

Perasaan aku adalah separuh sedar juga agaknya kerana mendapat keputusan yang sederhana. Tetapi bila melihat rakan sekelas mendapat cemerlang  perasaan aku menjadi geram bercampur marah kerana sepatutnya aku yang mendapat result secemerlang itu. (hahahha berangan je la belajar malas)..
Rasa macam nak pergi belajar balik kat sana. betul kata orang. time belajar paling menyeronokkan. walaupun otak letih terbeban dan tertekan, tapi bila masa itu dikenang, masa tu la masa yang TERRBBEESSTT!! 

Aku pasti setiap orang pasti mempunyai kenangan manis dan buruk ketika bangku persekolahan, begitu juga aku.

Kenangan ini mungkin akan aku ingat sampai bila-bila apakan daya masa tidak boleh diputarkan kembali…..

HANYA ZAMAN PERSEKOLAHAN SAHAJA YANG MENGAJAR KITA ERTI SAHABAT DAN REMAJA.... 
DAN BILA ZAMAN ITU BERLALU NESCAYA AI TAK AKAN KEMBALI LAGI... 
MASA INI JUA KITA MEMBAWA HALUAN MASING2... 
MUNGKIN SUKAR UNTUK KITA SEMUA BERSATU KEMBALI DALAM SATU TEMPAT SEKECIL SATU BILIK DARJAH.. 
BELAJAR,BERGURAU,KENAKAN CIKGU,KE KANTIN,KE TANDAS BERSAMA.. 
TERBUKTI ZAMAN PELAJAR ADALAH ZAMAN REMAJA YANG SUKAR DI LUPAKAN.. 
MUNGKIN SUATU HARI NANTI KITA AKAN MENANGIS KERANA RINDUKAN ZAMAN PELAJAR YANG SANGAT INDAH... 
DON'T FORGET OUR FRENDSHIP AND FRIEND FOR EVER..

Sunday, March 11, 2012

rintihan seorang sahabat..

Assalamuallaikum w.b.t. 

tiba-tiba sahaja terdetik dihati dan terlintas difikiran ini ingin menulis tentang kisah persahabatan yang sering diidamkan oleh semua orang. Hal ini demikian kerana nilai persahabatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit atau dengan pertukaran apa jua jenis barang sekali pun. Tulisan ini ditulis bagi menperigatkan tentang bertapa pentingnya nilai sebuah persahabatan.
Sahabat sesungguhnya engkau adalah seorang yang mulia dalam menceriakan hari-hari yang berlalu dalam kehidupan sahabat mu ini. Tanpa seorang sahabat diri ini merasakan hidup tidak akan lengkap bagi menempuhi hari-hari yang akan mendatang. Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang memenatkan dan melelahkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah daripada harta-harta lain.
Persahabatan sering mendatang pelbagai dugaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi segala cabaran itu bahkan bergerak sering bersamanya…
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memmerlukan proses yang panjang seperti besi yang diasah untuk dijadikan mata pedang,demikianlah sahabat yang mengeratkan hubungan ukhuwahnya dengan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, dikianati, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah dilakukandengan tujuan kebencian.



kadang-kadang kala sagat sakit hati bila melihat saudara/ sahabatnya sendiri bertindak tanpa menggunakan akal fikiran bila bertindak untuk melakukan sesuatu, walaupun perkara itu tidak mesti berlaku. jika ingin menhiburkan hati orang lain sekalipun pastikan gunalah akal yang diberi jagan disebabkan peragai itu menybabkan orang benci dah marah dengan sikap kita dan jaganlah disebabkan pergai kita yang tidak bergitu matang boleh memutuskan silturrahim dalam persahabat.

hal ini demikian kerana, seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan daripada sehabatnya degan tujuan, untuk menghindari perselisihan antara mereka, justeru kerana kasihnya terhadap seorang sahabat ia memberanikan diri untuk menegur dengan seikhlas hatinya apa jua kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada masa kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi bagi mencari perhatian, pertolongan dan nilai kasih sayang daripada orang lain.
Saya rasa setakat ini sahaj penulisan ini..insyaALLAH jika diberi keizinan dan idea untuk terus menulis, diri ini akan menyambungnya lagi........

TERIMA KASIH SAHABATKU KERANA TELAH MEMBERIKAN NILAI PERSAHABATAN YANG BAIK KEPADA DIRI INI..UKHUWAH FILLAH..

Renungkan :
  •  Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri “Dalam masa kejayaan, kawan mengenali kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal kawan-kawan kita.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  •  Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.