Wednesday, December 8, 2010

zaharuddin.net: Promosi Maksiat di Facebook & Blog

zaharuddin.net: Promosi Maksiat di Facebook & Blog: "Imanseseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa meme..."

Friday, November 26, 2010

cinta ALLAH adalah cinta hakiki

BILA kita bercakap tenang CINTA pada masa kini..kita tidak akan terlepas untuk bercakap tentang kisah CINTA MOYET yang berlaku disetiap penjuru persekitaran hidup kita,tak kiralah di sekolah atau intitusi pengajian tinggi..cuba anda lihat dan renungkan apa yang terjadi dipersekitaran kita pada masa kini...kadang-kadang pasangan bercinta ini tidak betahan lama..sekejap mamat ni aku tgok berpasangan dgn minah..tup tup...bulan depan dah bertukar pasangan dah..ada tu bercinta dgn orang lain, berkahwin pun dgn orang lain..apa nk jadi dahhh....mmg la jodah kita telah ditentukan..tapi bila difikirkan balik adakah perlu cinta sedemikian..?..tepuk dada tanya iman..

kembali kepada topik yang ingin saya sentuh...CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dan akan dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau dan gila bayang.
Untuk memperolehi cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira masa dan di mana  asalkan sasaran  pergetian cinta dapatdicapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang kehidupan kita tersasar dalam mencari erti sebenar cinta. Kita hanya bergelut untuk mencari dan mendapatkan cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik.Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta dan merupakan cinta yang abadi mahupun didunia dan diakhirat kelak. 

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan. Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan melekat di menaranya sendiri. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga dan keringat, bagaimana untuk memperohi dan memiliki cinta Allah.

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.
(panduan ini diambil daripada sebuah buku yang ditulis oleh ustaz Mohd.Zawawi Yusoh)

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.

Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.

Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.

Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.

Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.

Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama dan rasanya pun berlainan.

Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah dimuka bumi ini.

Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.sebaliknya jika kita cinta kepada manusia ianya merupakan cinta yang tidak bertahan lama dan belum tentu mendapatkan respon daripada tuan punya badan kan?

mari lah kita sama-sama mencari dan mendapatkan cinta illahi dalam menuju ke jalan yang benar bagi menjaminkan kesejahteraan hidup didunia mahupun diakhirat...
sedikit pegisian rohani ini adalah bertujuan untuk mengigatkan diri ini sendiri dan mengajak para sahabat bersama-sama kita bermuhassabah diri kita agar kita tidak leka dan alpa dengan nikmat dunia yang dimiliki sekarang ini..
apa yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri..
wallahualam...

Thursday, November 25, 2010

sajak untuk remaja

dinahari di terminal bas kota bharu.. ragamnya bukan kepalang.. cetusan remaja.. 


gerimis mula bertandang.. lalu kelopak itu penuh berisi air, yakni air muka setiap manusia yang berbeza, berbeza walhal seagama, seagama dan serupa semua.... jadi....
aku terdetik lukirkan sesuatu.. untuk mu wahai remaja.. 


remaja,


perlukah kau idam jejaka yang tampan,
perlukah kau damba gadis cantik rupawan,
perlukan al-Quran jadi panduan,
perlukah as-Sunnah jadi ikutan,
adakah mati engkau berteman ,
tepuk dada tanyalah IMAN.


remaja,


pernahkan kau mengambil kisah 
tentang al-Quran dan juga as-Sunnah
yang dicincang takkan punah,
yang dipijak takkan rendah,
yang ditikam takkan rebah
kerna ia utusan Allah 
yang maha pengasih lagi maha pemurah


remaja,


hidupmu kini perlu berdikari
yakni berdiri di kaki sendiri
janganlah diikuti kehendak hati
kelak hidupmu tidak bertali
peliharalah iman dan juga hati
seperti dituntut imam syafie


remaja,


zamanmu  sarat dengan pelbagai pancaroba
darah muda menggelegak meronta
meronta mencari keseronokan dunia
sekadar indah di mata
bak indah suara dari bahasa
agar engkau sentiasa leka
dengan segala hasutan dunia.


nurkilan ini hasil idea dan rasa dari hati sahabatku yang bergelar remaja.
marilah kita bersama-sama bermuhassabah diri kita dalam mencari readha illahi :
(zarith mohamed _pasir puteh) nov 2010.





Monday, November 8, 2010

seteguh pokok

Ingin ku didik hati ku dengan sifat daripada sepohon pokok,
Ingin ku semaikan nilai-nilai murni yang dimiliki oleh sepohon pokok,
Ingin ku tabah seperti sepohon pokok,
Ingin ku mengadu kesedihanku kepada Allah,
Kerana Allah jua yang mempunyai kuasa ke atas hati manusia.



Ingin ku contohi sifat sepohon pokok,

Yang tidak menyimpan dendam dan benci,
Ingin ku balas kekejaman dengan kebaikan,
Tetapi mampukah aku untuk berbuat demikian.


...Hatiku tidaklah setabah sepohon pokok,
Hatiku tidaklah semurni sepohon pokok,
Hatiku tidaklah seindah budi pekerti sepohon pokok.
Namun yang pasti,
Aku akan mencuba untuk mencontohi sifat sepohon pokok itu.

Ya Allah,
Ampunilah dosa kami,
Kedua ibu bapa kami,
Dan kaum muslimin sekalian,
Berkatilah kami.
Bukakanlah pintu hati kami ke jalan-Mu,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Tetapkanlah hati kami,
Dengan kalam-Mu Al-Quran dan sunnah Rasul-Mu,
Kami bermohon padaMu,
Hanya Engkaulah tempat kami meminta dan mengadu,
Ya ALLAH.
amin.

Sunday, November 7, 2010

Wahai Cinta

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

RUMAH DAN MASJID

Adalah lebih baik (mustab) bagi orang yang keluar dari rumah menuju ke masjid untuk sembahyang zohor (tengahari) supaya sebelum meninggalkan rumahnya dia melakukan solat sunat dua rakaat dirumahnya, baru ia keluar. Disunatkan (mustahab) baginya berzikir (mengingat dan menyebut nama Allah) antara dua rakaat sembahyang sunat dan sembahyang zohor itu. Sangat tercela berbual-bual kosong antara kedua solat tersebut kecuali kata-kata wajib atau harus, misalnya menegur atau mengajar orang yang bodoh, menasihatinya, menyuruh atau melarangnya. Hal ini wajib dan mesti. Pekerjaan yang wajib dan mesti adalah lebih besar ganjarannya daripada zikir yang sunat (tathawwu). Amal yang sunat tidak akan diterima sebelum melakukan yang wajib.
Adalah sangat baik (mustahab) bagi seseorang yang sedang menuju ke masjid agar jalannya dengan perasaan takut, malu dan khusyu dengan tenang, berhina diri kepada Allah. Apa yang baik datangnya dari Allah SWT..yang lemah itu datang dari kelemahan diri ini...artikel ini sekadar perkongsian untuk semua…

Monday, November 1, 2010

KENIKMATAN HATI DAN NAFSU

Kenikmatan yang dirasakan oleh orang yang berhati bersih tidak sama dengan kenikmatan orang yang terbelenggu oleh nafsu. Kenikmatan hati adalah kenikmatan yang sebenarnya. Orang-orang yang berhati bersih menikmati berbagai kebajikan, merasakan kesenangan batin dan berkelana dengan pikiran-pikiran baiknya. Sudah menjadi kebiasaan orang-orang yang berhati bersih untuk mencari tempat-tempat yang sepi kemudian menikmatinya, terutama pekuburan. Tempat yang secara langsung mengajarkan bahwa semua orang akan tinggal di sana. Orang-orang yang berhati bersih menikmati berbagai kebajikan yang dijauhi oleh mereka yang terbelenggu oleh berbagai kenikmatan nafs. Keduanya memiliki perbezaan yang sangat besar.

Orang yang berhati bersih akan merasa cukup dengan sedikit harta (qanaah), menyukai semangat yang muncul dari fikiran mereka dan menikmati batin serta taman-taman pemikiran mereka. Sedangkan kenikmatan orang yang terbelenggu oleh nafsu kadang sulit didapat dan melelahkan, seperti usaha untuk menumpuk harta tetapi tidak menyedekahkannya, usaha untuk membalas dendam dan usaha untuk menghindari musuh dan penentang. Semua usaha ini melelahkan. Demi memenuhi keinginan syahwat yang hina, manusia rela melakukan berbagai dosa besar.

Orang yang berhati bersih merasa kaya meskipun tak memiliki harta. Demikianlah sifat orang-orang yang memiliki kenikmatan. Walau hanya memiliki sedikit teman, mereka tetap memburu kemuliaan. Mereka mengatur waktu dengan seksama. Jika Allah memberinya makanan yang hanya cukup untuk satu hari, merekapun bersyukur dan memandangnya sebagai nikmat yang paling sempurna. Sebab, keadaan orang yang menumpuk-numpuk dan menyombongkan harta sangat berbahaya, sedikit dari mereka yang selamat. Kecuali, orang yang bersyukur dan mendermakan hartanya untuk membantu orang-orang yang membutuhkan dan menghindari sikap kikir yang tercela. Sangat sedikit orang kaya yang mahu berbuat seperti ini, sebab sebagian besar dari mereka hanya memperoleh sedikit taufik, khususnya di zaman ini, zaman di mana sifat kikir telah menguasai jiwa.

Nabi Isa berkata:

“Kukatakan kepada kalian, sesungguhnya seekor unta lebih mudahmemasuki lubang jarum daripada orang kaya masuk ke surga.”

Maksud sabda Nabi Isa di atas yaitu masuk surga tanpa hisab.

Diriwayatkan bahwa Allah SWT berkata kepada Nabi Musa as:

“Wahai Musa, jika engkau melihat seorang fakir datang, maka katakanlah kepadanya, “selamat datang syiar kaum sholihin.” Dan jika engkau melihat orang kaya datang, maka katakanlah, “Inilah dosa yang disegerakan siksanya.” Wahai Musa jangan lupakan Aku, sebab ketika seseorang melupakanKu, dia akan berbuat banyak dosa. Dan jangan merasasenang dengan memiliki banyak harta, sebab banyak harta akan mengeraskan hati.”

Wahai saudaraku ketahuilah, orang-orang sebelum kita hidup di zaman yang baik. Mereka hidup di zaman yang baik, selalu memandang orang-orang yang mulia dan cerdas, besikap shidq dalam mencapai semua tujuannya dan berlomba-lomba mengamalkan sunnah. Hati merekapun menjadi bersih. Setelah zaman yang baik ini berlalu, penghuninya pergi, kebaikan pun hilang. Mereka yang hidup di akhir zaman tidak merasakan nikmatnya akhlak mulia serta tidak menyaksikan orang-orang yang shidq. Akhirnya mereka mencari kenikmatan lain; kenikmatan yang rendah dan melelahkan. Mereka tidak merasakan berbagai kenikmatan mulia yang diperoleh orang-orang zaman dahulu.

Telah kami jelaskan bahwa nafs harus disibukkan dengan sesuatu. Begitulah fitrah nafs, seperti api, maksudnya, nafs selalu membutuhkan kesibukan seperti api membutuhkan kayu bakar. Jika mampu, nafs akanmencari kemuliaan dan jika tidak mampu maka dia akan menggantinya dengan perbuatan-perbuatan hina. Oleh kerana itu wahai saudaraku, sibukkanlah nafs mu dnegan kenikmatan hati. Itulah kerajaan yang sejahtera. Kenikmatan ini tidak diketahui oleh para pecinta dunia yang diuji dengan mengumpulkan dan menyimpan harta. Kenikmatan initelah disebutkan oleh Allah Taala dalam wahyuNya:

“Barangsiapa mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun wanitadalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanyakehidupan yang baik.” (an Nahl 16:97)

Kehidupan yang baik di sini adalah perasaan qonaah dan bahagia walau tidak memiliki harta. Perasaan ini merupakan buah hubungan yang baik. Sebaliknya, engkau melihat seorang hamba memiliki kekayaan dan kehidupan yang baik, tetapi merasa tersiksa. Dadanya terasa sempit, akhlaknya jelek dan kesedihan selalu menyertainya. Sebab diamengabaikan hak-hak Allah Taala.

Allah Taala mewahyukan:

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”(Thoha. 20:124)

Ikrimah berkata:

“Allah memberi orang-orang yang melupakan Nya rezeki haram yang mempersulit kehidupannya.”

Sebab, sesuatu yang haram akan memperburuk akhlak, merosak hati dan menyempitkan dada sebagaimana telah terbukti dan tidak diragukan. Orang seperti ini mendapat bencana, kelelahan, gelisah dan keinginan-keinginan-nya tidak terwujud. Kesusahannya tidak akan pernah berakhir. Kita berlindung kepada Allah dari musibah seperti ini. Dalamsebuah syair disebutkan:

Hati yang kaya, merasa cukup dengan sedikit harta yang dapat menutup keperluanmu. Jika lebih dari itu, menjadi miskinlah hatimu.

Hati yang kaya tidak akan membutuhkan berbagai kenikmatan rendah yang kita rasakan saat ini, seperti berbagai hiburan yang melalaikan, pakaian mewah, kesibukan memperindah rumah dan urusan duniawi lainnya. Dalam pandangan orang-orang yang memiliki semangat dan akal, perbuatan ini sangatlah rendah. Manusia mendapatkan musibah dengan menghambur-hamburkan hartanya dan menyia-nyiakan umurnya untuk memperoleh kenikmatan di atas.

Inilah siksa yang menunjukkan bahwa kedudukannya di sisi Allah Taala sangat rendah. Fahami ini, jangan terjerumus ke dalamnya. Berdoalah selalu maka Ia akan merahmatimu, sebab Ia Maha Dekat dan Maha Mengabulkan doa. marilah kita sama-sama bermuhasabah..insyaALLAH..amin..