Tuesday, February 3, 2015

coretan pertama untuk tahun 2015..

Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.

syukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan pada hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.


hampir setahun lamanya menyepi dalam penulisan blog.. kini ak dah punya kerjaya.. knp skrg ini agar sukar untuk ak membuat sesuatu keputusan dalam bidang kerjaya ak sebagai seorng pendidik. bermacam-macam bermain di benak fikiran ini.. berkerja bagai nak rak entah apa yang buat itu seolah-olah ada sahaja yg tidak kena. adakah diri ini makin leka dengan nikmat kesenangan yang diberikan olehNYA. semakin hari semakin rasa kabur bila berbicara soal keikhlasan..

Kita bukanlah manusia yang suka bahagia atas derita orang lain. Mengintip kesalahan-kesalahan orang lain lalu mengangkat diri kita sahajalah yang baik. Dan, kita tidak mahu juga melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga banyak sekali peluang untuk menang menjadi milik orang lain. Di jalan pejuang, perbanyakkanlah muhassabah diri dalam setiap apa yang kita lakukan. Pada mata yang memandang, pada lidah yang bersorak dan pada hati yang girang, ada hikmah yang terbuku yang perlu kita tekuni sebagai nilai dalam kehidupan.

masih mencari punca dengan sentiasa muhassabah diri dan belajar daripada masyarakat sekeliling.. betul kata orang tua banyak orang banyak ragamnya. 

nasihat daripada sahabat-sahabat amat diperlukan.. teringat pesanan sahabat di fb iaitu zainurin hasbullah@ sifusemega. "Pun begitu sebaik2 dan semulia insan bersyukurlah dn teguhkn ukhwah dn silaturahim sesama kita...panjatkan doa sejahtera dn hulurkn slm kemaafan untuk mrk...reda atas segala apa yg ada utk kita krn perancangan Allah utk hmba2Nya tdk prnh sia2 dn silap...justeru terbaik utk kita...kendatipun kita sntiasa krg mnyakininya...cermin diri muhasabah diri". beliau banyak menunjukkan contoh yang positif sama ada dari segi semagat dan perwatakan serta ketekunan beliau bila membuat sesuatu perkara.




Thursday, May 16, 2013

Selamat hari guru

Tuturmu muzik yang tak jemu di degar, dalam ceritamu terselit hiburan dan pengajaran,gayamu jadi sebutan,marahmu menjadi kenangan manis,tidak ada paling indah bagi insan yang bernama guru kerana engkaulah pelita hidup,pemburu yang bijak sana,penglipurlara ketika duka,pemberi ketika tiada,penyabar ketika diduga,berbangga ketika mereka berjaya,sedih kerana gagalnya anak bangsa.itulah dirimu wahai guruku..seribu tahun namamu tetap diseru..terima kasih cikgu.. Kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya... Selamat Hari Guru..

Thursday, April 18, 2013

Aktiviti bersama aktivis geo

Alhamdulillah hari ini(17/4/2013)..kami diberi kesempatan untuk berkumpulan dengan beberapa ahli geographer untuk sesi jalinan ukhuwah bagi melawat ayah kepada aktivis geo yang sakit di hospital teluk intan..
Sabarlah wahai sahabatku dengan apa ujian yang diberikan olehnya..kedatangan kami ini bagi memberikan semagat kepada sahabat kami dn mengeratkan lagi hubungan ukhuwah yang terbina.. MasyaALLAH disini ak dapat melihat nilai kasih sayang yang ditunjukan oleh seorang anak yang mana tak dapat dibeli di pasaraya atau mana2 tempat jual beli..sayu hati ini..
Selesai lawatan kami di dalam bilik ICU kami bersepakat untuk berkumpul disurau mambuat bacaan yassin untuk mendoakan kesejahteraan ayahanda kepada sahabat kami..
Selesai upacara membaca yassin dek kerana hati ini telah tersetuh dengan nilai pergorbanan yang dilakukan oleh sahabatku ini terlitas difikiran apakah yang sedang ayahanda aku sendang lakukan waktu ini dan apakah aku sempat berbakti kepada kedua ibu bapa ku?...lantas ak mencapai telefon mudah alih ak didalam poker dan mengases mengcari di list contat yang tertulis nama abah..lantas membuat panggilan ingin menanyakan khabarnya..ALLAHMDULILLAH ayahanda aku masih lagi sihat..tak pandai ingin diri ini memberitahu bahawa hati ini sendang rindu pada mu dan sagat menyayangi kamu berdua wahai bonda dan ayahanda..
Ku hanya mampu panjatkan rasa syukur dan doaku kepada yang Maha Esa agar dirimu berada dalam keadaan sihat selalu dan sentiasa dibawah payung rahmatNYA.. Bahawasanya hati ini sedang mengingati mu dikala berada diperantauan ingin mencari secebis ilmu untuk dijadikan bekalan kelak..wahai bonda dan ayahanda...

Sunday, April 14, 2013

pengembara dalam perjuangan


Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini. Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya. Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam. Kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur.


Kehidupan kita ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti sebuah pengembara yang sedang berjalan jauh sambil bertongkat dalam menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Dalam perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan dua keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan. Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina ini.


Hidup ini Keseronokan dan Kebahagiaan Sementara…


Tentunya dalam perjalanan seorang hamba yang ingin menuju ke sebuah destinasi cinta, banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamatnya dan sesekali terasa ingin berputus asa untuk ke destinasi yang pasti itu. Bagi seorang pengembara yang bijak dan pandai, semestinya dirinya tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kenikmatan di dunia yang sementara kerana dirinya tahu bahawa dia adalah penghuni alam yang kekal abadi ; syurga Allah. Bagi seorang pengembara yang senang dan seronok menikmati keseronokan di dunia tanpa memikirkan dunianya yang kekal abadi, dirinya akan mementingkan hawa nafsu semata seolah-olah inilah dunia yang kekal selamanya sehingga dirinya terlupa matlamat atau cita-cita sebenar untuk menuju ke arah akhirat yang abadi. Mereka terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Dengan tidak mengendahkan suara iman mereka, mereka terus-menerus meletakkan halawatul dunia dihati mereka dan menyangka bahawa itulah matlamat sebenar mereka, na’uzubillah...

kita juga boleh diibaratkan sebagai seorang pemandu atau penumpang atau pengembara yang berada di atas sebuah nakhoda yang besar, yang sedang menuju destinasi selama berhari-hari, malah bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dan untuk sampai ke destinasi cinta atau destinasi yang abadi itu, pungut dan kumpullah bekalan ketika berada di dunia sebanyak yang mungkin. Letakkanlah segala keseronokan dan kenikmatan serta kekayaan di dunia ini di tangan kita dan anggaplah semua itu hanya bebanan yang boleh menjejaskan perjalanan menuju ke destinasi cinta abadi. 

Oleh itu, sebagai seorang pengembara, kita seharusnya pandai memilih dan dapat mengenal pasti yang mana satu bekalan dan mana satu bebanan. Bekalan ialah sesuatu amalan yang memudahkan perjalanan sepanjang kita menuju negeri akhirat, manakala bebanan adalah sesuatu yang merumitkan dan melambatkan perjalanan kita ke negeri akhirat.

Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak. Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. [Al-hadis] 

Kesimpulannya, persiapkan dan mantapkan diri kita. Sebagai seorang pengembara yang kita sendiri masih belum tahu bila akan sampainya ke destinasi yang dituju, perlunya kita mencari bekalan sebanyak mungkin. Dan berhati-hati dengan setiap ujian kesedihan dan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Wajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana kita semua yang ada di muka bumi ini adalah hanya pinjaman untuk menguji kekentalan iman kita sebagai hambaNya. Begitu juga dengan hubungan kita sesama manusia, saling berpegangan tanganlah kita semua agar tiada yang terjatuh dari kapal dunia ini tanpa ada seorang pun yang berusaha untuk menyelamatkannya.

Sebaik-baik bekalan adalah iman dan takwa...

Semoga kita semua menjadi seorang pengembara yang bijak dan sentiasa meletakkan kenikmatan di dunia ini di telapak tangan dan bukannya dihati. Yang sentiasa mendoakan pengembara yang lain dan mengingati setiap pengembara didalam doanya.Semoga kita menjadi pengembara yang sentiasa menjadikan redha Allah SWT adalah tujuan utama.

Semoga Allah merahmati, insyaAllah…

wahaiii cintaaa..

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya.......