Friday, April 27, 2012

HaMPir MemusNahkan Ikatan UkhuWah..

hidup kita tidak selalunya indah
hal ini demikian kerana kita sering sehaja mendapat halangan 
daripada persekitaran terutama sahabat....

hari ini merupakan hari yang sagat menguji tahap kesabaran dan keimanan diri aku sebagai seorang muslim dan membuat sesuatu keputusan. hampir juga diri ini membuat keputusan yang boleh memusnahkan ikatan ukhuwah yang terjalin yang telah utuh dibina sejak mengenali dirimu demi agama dan lilahitaala.. masyaALLAH hampir-hampir hilang kewarasan serta hampir terpada dengan hasutan syaitan dan pentunjuk hawa nafsu... bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana masih mengurniakan akal fikiran yang baik untuk diri ini mebuat keputusan tersebut. betul apa yang dikatakan oleh seorang sahabat dimana "ketika diri kita sendang diujian dengan kesabaran maka diam lebih baik daripada bercakap". dengan membuat demikian dan alhamdulillah cuba mengawal emosi kearah yang lebih baik dengan memikir semua perkara yang terjadi pasti ada sebab dan hikmah disebalik semua itu.. syukur sagat-sagat dimana dengan mengambil langkah tersebut aku terus diam tanpa memberi respon terhadap perkara yang dibincangkan wal hal dalam hati ini sagat berasa cukup marah apabila cuba dipenjelaskan namun ia tetap tidak memahami.. Ya ALLAH, aku cukup berterima kasih kepadaMu kerna masih memberi aku nikmat berfikir bagi mengatasi masalah yang aku hadapi.. 

Ya, ALLAH peliharalah ikatan ukhuwah yang terjalin diantara kami, jauhkanlah kami daripada persengketaan, pemusuhan  yang boleh meruntuhkan hubungan silaturrahim yang terbina diatas satu ikatan ukhuwah keranaMu Ya ALLAH.. Ya Rabb, jaganlah kamu menruntuhkan senyum dan kemesraan yang kami selalu kecapi yang amat bermakna buat kami semua. sesungguhnya kami memohon agar Engkau kurniakanlah kepada kami pertunjuk dan jalan yang benar menuju keradhoan Mu ya Illahi. sesungguh kami adalah insan yang kerdil dan sagat lemah disisiMU.amin YA ALLAH..

Kepada sahabat2 semua...Jangan ada yg bersengketa...Jangan ada yg bermasam muka...Jangan ada yg berdendam pula {tak baik tau}...Kita semuakan bersaudara...Bermaafanlah sesama kita...Berdamailah...

Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
{ QS. Al-Hujurat ayat 10 }


Renungan:

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri “Dalam masa kejayaan, kawan mengenali kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal kawan-kawan kita.


  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.


No comments:

Post a Comment