Thursday, April 19, 2012

sembang pasal kahwen ajeeeeee...kawan ku ini...

Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.

hari ini kalau kita lihat dan baca dalam fb,twitter dan mana-mana laman sosial sekali pun, ramai yang berbicara tentang kahwen, tak kisah la walaupun ia hanya anggan-anggan terlebih dahulu...ditambah pula apabila setiap hari orang bercakap tentang kahwen dihadapan orang yang tak kahwen lagi..rasa nak kahwen aje..rasa bengkek pun ada juga..rasa macm tak ada perasaan pun ada juga nie..aduhaiiii kahwen, kahwe, kahwen...Perkahwinan adalah salah satu proses fasa hidup yang mungkin dilalui dan mungkin tidak akan dilalui oleh manusia untuk bertemu ALLAH..

Siapa yang tak nak kahwin oii..semua orang nak..bila difikirkan balik kahwen ni bukan senang macam kita beli baju kat bundle...buat pilihan kalau ada yang dapat menarik minat hati kita, bayar je terus jadi hak milik kekal kita..tapi ia agak berbeza kalau kita betul2 menhayati dan memadang dari sudut agama..besar tanggungjwab tuuu...Bukan senang nak melengkapkan iman yang separuh tu .Tidak semudah seperti melafaz akadnya, banyak perkara perlu difikirkan, dicongak kira kan...

boleh menjadi binggu kalau cakap pasal kahwen ni..Iya, memang benar ramai mahu kahwen awal, tapi banyak benda mahu difikirkan, tambahan kita sebagai lelaki, kalau yang masih belajar, kewangan macam mana, takkan bila dah kahwin kita masih nak suruh isteri kita bergantung harap pada ibu bapa mereka sepenuhnya, hantaran, kenduri, itu baru dari segi kewangan, lepas tu sudah benar benar bersediakah kita sebagai lelaki nak menanggung dosa isteri kita pula nanti.Itu baru sedikit, malah banyak lagi perlu diperkirakan.

Tapi jarang benar orang bercakap tentang persediaan, perkara-perkara yang perlu ditimbang-timbang. Sebagai contoh,bila aku duduk bersembang dangan kawan-kawnku, bila ditanya bagaimana persediaan kewangan kita, bagaimana selepas kahwin pula kita mahu menyara isteri kita, sedangkan kita masih belajar.. sahabat aku mudah menjawab, kononnya bila kita sudah buat perkara baik, sudah tentu Allah akan murahkan rezeki ...Betullah tu aku pun tak nafikan, mestilah Allah tolong kita sebab kita dah mendirikan sunnah yang dituntut... dia mencelah, belum sempat aku menghabiskan ayatku...aku ketawa kecil. Benar dia masih lagi belum jelas lagi akan hal yang aku cuba sampaikan. Semestinya Allah tolong, tapi sunnatullah juga perlu di ambil kira. Kena ada juga sumber kewangan, persediaan walaupun sedikit. Kena pula keluarga sebelah perempuan minta hantaran tinggi, takkan kita nak bergantung harap kepada mak ayah kita sepenuhnya wang hantaran tersebut. Sebab tu ada yang mengumpul duit dengan berniaga top up telifon lah, jual kerek di setiap aras la...macam-macam jenis kerja dibuatnya, sampai buka syarikat pun ada semata mata nak berkahwin awal...kita harus ingat bila berkahwin nanti, nafkah itu hukumnya wajib kepada isteri kita, kalau mampu seringgit, maka seringgit itulah wajib sebagai nafkah kepada isteri kita...

Ya benar sekali, hakikatnya ia tidak semudah melafaz akad, selepas akad update status di facebook dan upload gambar kahwin kita facebook... dan ia juga bukan mudah seperti mana kita membeli baju kat kedai bundle kat tepi jalan machang tu..pilih sahaja yang berkenan dan menarik minat hati kita terus bayar dan kekal menjadi hak milik kita dan boleh buat sesuka hati kita sbb dia hak miliki kita.."sinis aku menyambung.
Dia tergelak besar, sambil mengangguk- angguk mengiyakan". itu baru sudut kewangan, tak cakap lagi pasal mujahadah dalam mencari rezeki, dengan pasangan kita iaitu dalam tempoh pertunangan yang mana belum tentu kahwen atau tidak....tanyalah pada diri kita sekuat manakah mujahadah kita....Bagaimana kita mahu menuai buah yang elok daripada pokok yang akarnya sudah reput...Hakikatnya perkahwinan bukan sekadar mahu melepaskan keinginan syahwat semata, justeru ia sebuah ikatan yang disimpul bersama ikatan tanggungjawab, amanah dan komitmen antara satu sama lain ....

Ok malas cakap banyak. Nanti lain pulak yang difahami, aku pun belum kahwen.. Nanti dah kahwen baru boleh cakap banyak sikit...jom layan nasyid Far East- lafaz saat lafaz sakinah....asam garam kehidupan kita..hehehhe..sekian..


No comments:

Post a Comment