Thursday, December 22, 2011

kehidupan dan pembangunan

pada sebuah tanah yang dahulunya kering kontang
kini dihujani kilauau mutiara, dibanjiri permata
tanah terbiar, timbuhan meliar
paya menebar tidak lagi terbiar
diterokai menjadi kota batu
tumpuan penghuni.

bangunan-bangunan tinggi gagah menjulang langit
gedung-gedung ilmu tersergam indah
ruang kerja yang mencurah
peluang pendidikan yang cerah
hadiah warisan untuk anak-anak kami

aku merenung pada kaca
kotaku yang indah, maju dan moden
keretanya berduyun, bangunan tumbuh mencakar langit
bunga dan taman, penyejuk halwa mata
kota itu adalah cerminan tamadun bangsa
tempat membina cinta
tempat harmoni bersemi
tempat simpati berdiri

asap tebal kilang-kilang
menjulang ke atmosfera
kilangnya canggih malangnya kuno mengurus alam
sungai dan longkang sampah mengalir lesu
menangisi kematian ikan, udang dan ketam di kuala
unggas di rimba turut derita
kota kita dimungkirkan kata
air sungainya tak tenang mengalir
hingga kedadak hitam asap-asap menghiasi pandangan
ikan-ikannya pula terbantut
pagi-pagi hening tanpa godaan asap,
apakah masih ada?

pendudukku sayang
jangan pejamkan matamu
kelak tak nampak pohon bunga layu
longkang kotor
kelak tak nampak timbunan sampah
bukan salah kota,
andai sampah merata-rata
mengaburi pemandangan mata


kerana pembangunan kota bukit tinggi telah rata
rumput hijau telah tiada yang ada hanya batu-batu
kerana pembangunan kota suara burung tiada menyapa
bersiul dan terbang ceria pun sudah tiada


hutan ni...
rumah kami, stor makanan, stor pelbagai dan hospital kami.
kalau kami sakit kepala, demam, luka atau dipatuk ular,
doktor sentiasa ada dalam hutan ni. macam di bandar juga.
kalau nak musnahkan hutan ni,
baik juga musnahkan hospital dan kedai kamu pada masa yang sama.

  
pembangunan yang dirancang dengan mengekalkan citra alam sekitar
mampu membina suasana bangga warganya.
walaupun dari segi sifat kewujudannya di desa dan di kota mungkin berbeza
dirancang dan semula jadi, namum masih memelihara nilai falsafah alam sekitar
serta memberi pelbagai kemudahan sosial, budaya dan ekonomi.
kalau kota mahu juga dibina pastikan kehendak penghuninya diambil kira.

Wednesday, December 21, 2011

dunia ini.....penuh cabaran dalam kesenangan

Tidak habis berfikir apabila mata ini memandang
Pesona keindahan alam begitu terbentang luas dihadapan
Barisan bukit – bukit nampak begitu indah bila dipandang
Bentangan samudra begitu kaya dengan hasil hutannya,Dataran hutan begitu menyegarkan udara disekelilingnya

Namun ku lihat kini dimana keistimewaanmu ?
Kenapa engkau semakin tiada di bumi ini
Hutan – hutan banyak yang telah dicabul haknya
Laut – laut banyak yang tercemar
Kawasan hutan simpan banyak dijadikan perumahan
Apakah memang bumi Malaysia telah rosak ?
Wahai manusia, Ada apa dengan sikapmu yang angkuh dalam megejar keuntungan?

Kenapa kau bertindak di luar batas ?
Perilakumu begitu menghancurkan alam ini
Lihatlah, tataplah dan pandanglah
Alam disekelilingmu kini sedang bersedih kerana sikapmu.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Sambutan Maal Hijrah 1433 hari ini disambut sederhana dengan kebanyakan masjid di sekitar ibu negara mengadakan aktiviti keagamaan termasuk kuliah dan ceramah untuk menyemarakkan lagi hari memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah.

Penghijrahan yang abadi dan total kepada setiap insan muslimin sememangnya dituntut dalam Islam. Apakah tiada siapa yang terkesan daripada peristiwa penghijrahan 1433 tahun dahulu oleh Nabi Muhammad S.A.W?

Sesungguhnya hanya dengan dengan adanya peristiwa penghijrahan itu yang telah ditentukan Allah maka Islam berkembang dan mula tersebar meluas keserata pelusuk dunia.

Maka kini apakah tugas penyebaran dakwah itu terhenti? Tidak,setiap insan muslimin bertanggungjawab menyebarkan dakwah kepada setiap orang yang mereka temui, saling ingat mengingati tidak kira dalam apa jua bentuk penyebaran itu asalkan mengikut syariat Islam.


Hijrah Dulu VS. Hijrah Kini

Jika diteliti maka sudah pasti terdapat perbezaan yang amat jelas antara hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hijrah yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang iaitu yang tinggal di kampung menuju ke bandar.

Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi.

Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka.

Manakala hijrah atau perpindahan manusia zaman kini dari kampung ke bandar adalah bertujuan mencari rezeki dan keselesaan hidup. Namun, kedua-dua bentuk hijrah dan perpindahan tersebut tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t selagimana ia dilakukan kerana-Nya.


SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN BARU HIJRAH....DISAMPING KITA MEMBUAT BUBUR A'SYURA DG PELBAGAI RASA PADA BULAN INI...JGN KITA LUPA ATAU TIDAK AMBIL TAHU AKAN UJUDNYA ASYURA TERSEBUT.....RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENGGADAI NYAWA DLM PERJALANAN KE MADINAH...INTIPATI DARI HIJRAH RASULULLAH ITU SEBENARNYA YG PERLU KITA IKUT DAN PELAJARI DISAMPING KITA BEREBUT2 MENYEDIAKAN BUBUR A'SYURA DG PELBAGAI RASA......
sedatnya kalu dok kapung nie..buleh tulong2 ngaca buat syura..lama dah tok make syura kelate nie..tak dok ko orang nok kirim buat mari eh ko ambo nie....

Thursday, November 24, 2011

kekayaan yang pasti menjamin kehidupan kita disana..layakkah kita memilikinya??????

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.
Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Ulama adalah orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mereka merupakan orang yang mendalami ilmu. Di zaman ini, hampir tiada lagi ulama’ yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja.
Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’ adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin kurang. Justeru, dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan daripada para ulama’.

Namun kenyataannya juga bahawa hari ini ramai orang yang tidak menyedari situasi tersebut hingga mereka mengatur kehidupan dunia mengikut cara mereka sendiri tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama untuk meminta pandangan mahupun nasihat. Ulama dipinggirkan bahkan dianggap sebagai kelompok yang tidak mengetahui perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak dan meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka di dalam urusan keduniaan.

Justeru tidak hairanlah akan ada manusia yang menjadikan golongan yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan....

Monday, November 21, 2011

bila hati sudah buta

BILA HATI SUDAH BUTA...Mingguan malaysia 20/11/11 melaporkan 5 gadis islam menyertai Miss Borneo walaupun telah dikaunseling oleh peg JAIS. Pengarah JAI sgt kecewa krn mereka tetap berdegil. Saya percaya peg JAIS sgt berkelayakan dan sudah tentu menceritakan betapa azabnya balasan jika mendedahkan aurat/pakaian menjolok mata.

Anak siapakah mereka..ibunya...bapanya...adikberadiknya...saudara maranya...?

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.

JADIKAN ALQURAAN DAN SUNAH NABI SAW SEBAGAI PANDUAN HIDUP. SEMOGA KITA SEKELUARGA SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DAN DIJAUHI AZAB API NERAKA.

Sunday, November 20, 2011

sekadar ingatan...

Bayangkanlah keadaan ummat Islam di negara kita sekarang ! Sudahlah mereka berdepan dengan pelbagai ancaman yang merosakkan nilai ilmu, agama dan iman mereka, kini mereka terus terasing dan semakin sulit untuk mendekati kehidupan beragama. Masjid sepi tanpa majlis ilmu sementara pendakwah ditangkap. Lebih malang pemburunya adalah Jabatan Agama sendiri. Bagaimanalah kita mahu melahirkan masyarakat yang soleh dan solehah dengan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt ? fikir2kanlah dimana sekarang kita berada..
Di dunia inilah sahaja tempat kita beramal. Selepas kehidupan ini, tidak ada lagi amalan yang kita boleh lakukan untuk bekalan kita menuju akhirat. Kita hidup di dunia ini bukan suka-suka, tapi ada tujuannya. Untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Hidup kita ini umpama sebuah perjalanan jauh yang melalui beberapa persinggahan.

Wednesday, November 2, 2011

kuberserah segalanya kepda mu Ya ALLAH

Assalamualaikum WBT...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan MAha Mengasihani~( "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13)-28.

hari ini..tahap kesabaran aku amat teruji. aku berbisik dihati kecilku YA ALLAH kenapa engkau turunkan semua ujian ini kepada hambamu ini sesungguhnya aku adalah insan yang kerdil dan lemah disisimu YA ALLAH...aku sungguh terasa amat sedih dan agak marah juga dengan apa yang terjadi tadi..kalau boleh aku memang nak belasah je pencuri tu kalau dapat..tapi apakan daya apa yang aku boleh buat..dan layakkah aku menjatuhkan hukuman terhadap seseorang yang melakukan kesalahan?..bile terfikir balik mungkin ini merupakan satu ujian yang diberikan kepada aku..mungkin aku terlalu leka dengan keadaan aku sekarang ni..

Ya Rabb.. aku memohon kemampunan dan kereadhan daripda Mu.. bila terfikir aku teringat kata-kata daripada seorang penceramah dimana setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita, ALLAH ingin menguji tahap kesabaran dan keiman kita sebagai hambaNya sedang Para Nabi dan Rasul pun diuji inikan pula kita sebagai hambaNYa..

kata penceramah itu lagi hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita. Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat. Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

adakah aku seorang insan yang lemah yang tidak tahan degan dugaan dan cabaran?..Ya ALLAH tunjukan lah aku ke jalan yang benar, jalan yang Engkau readhai.dan berikanlah aku pentunjuk dan hidayah serta kurniakanlah aku sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang boleh memimpin aku kearah ke jalanMu Ya Allah.

Sejak aku celik mengenal dunia sehingga sekarang, dah banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuh untuk teruskan hidup.. hari ini aku rasa seolah-olah aku tidak mampu nak menahan dugaan dan cabaran yang datang..Adakah ini pertanda yang aku sedang leka dibuai mimpi dan kenikmatan didunia sehingga aku melupakan apakah tanggungjawab yang aku harus pikul di muka bumi ALLAH ini..masyaALLAH...

Sesungguhnya, cabaran dan dugaan itu mengajar diri kita dan menjadikan kita matang. Bak kata pepatah Melayu dulu – dulu, Kalau dah terhantuk baru nak terngadah. Bila dah terhantuk tak boleh nak buat apa, baru nak mengadu sakitnya. Apabila dah berada dalam situasi kesakitan, tak guna lagi dah nak mengadu dan mengenang nasib diri, sendiri cari pasal tak mahu nak berhati – hati.

Hidup didunia bak bola diatas padang, seperti tayar basikal yang bulat. Hari ini kita seronok dan kita selesa kerana berada diatas, TETAPI jangan alpa dan bongkak! Satu hari nanti, kita akan kembali berada dibawah jika tidak dapat hendak menjaga segala – galanya yang kita telah peroleh.

Dalam kehidupan ni, selagi nyawa masih dikandung badan, selagi mata kita belum lagi tertutup buat selamanya, pasti kita akan menempuhi pelbagai dugaan dan cubaan dari pelbagai sudut. Dugaan dan cubaan nie kadangkala boleh dalam bentuk kesusahan dan kesenangan...Jika kita sentiasa bersabar di atas dugaan hidup ini, pasti jiwa kita akan sentiasa tenang dan tabah. Ketenangan pula amat penting untuk mencari jalan untuk menghadapi cabaran itu. Ganjaran bagi kesabaran adalah kejayaan yang pasti akan membuat kita gembira dan akan membuat kita tersenyum...

aku amat bersyukur aku dikurniakan kawan-kawan yang ambik berat pasal diri aku..aku cukup berterima kasih pada semua kerana sudi berada disamping aku walaupun susah dan senang..kamu semua merupakan sahabat yang cukup mulia..thanks a lot myfriend..aku harap apa yang terjadi kepada aku hari ini boleh dijadikan iktibar dan pengajar..harap2 aku adalah org yang terakhir..marilah kita berdoa bersama-sama agar orang yang suka mengambil barang yang bukan hak miliknya itu diberikan hidayah dan pertunjuk..kerana tak semua orang yang setiasa berada dalam keadaan senang dan ceria selalu..fikirlah kepayahannya untuk memiliki sesuatu barang itu..memang kita sebagai manusia tidak pernah berasa puah dengan apa yang kita miliki..namun janganlah kita menyusahkan orang lain demi memenuhi keperluan dan kehendak kita yang tidak terbatas akibat mengikut nafsu kita yang mebuak-buak itu..

diri ini mencoretkan rasa kesedihan dan penyesalan yang teramat sagat ini adalah bertujuan untuk mengigati diri ini juga yang merupakan insan yang tidak pernah kaya dengan apa2 sekali pun..perkara yang lepas usah dikenangankan..bukalah halaman buku yang baru dan cotenglah dengan corak yang boleh memberikan kita ketenangan dan kekuatan apa bila kita melihatnya..

bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama.. tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..
kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia..
wasalam...

Saturday, October 29, 2011

Setelah Gelap Terbitnya cerah...


Asssalamuallaikum...Deangan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang. Selawat dan Salam Kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabat sekalian... Salam ukhuwah untuk semua..Alahamdulillah hari ini dapat lagi diri ini mencoretkan sedikit kata-kata yang terbuku di hati ini dilaman blog...
Di suatu pagi yang hening dengan tiupan angin yang sagat sejuk ditepi pantai..selepas selesai solat subuh berjemaah di pantai teluk senangin, aku dan beberapa sahabat yang lain duduk ditepi pantai beralaskan ponco yang dibawa sambil melihat keindahan alam ciptaanNYA serta memerhatikan gelagat sahabat-sahabat yang lain sedang memancing ikan..aku duduk sambil termenung memikirkan nasid diriku yang semakin hari semakin menjadi-jadi peragai nakal ku ini...alangkah indahnya sekira diri ini menjadi insan yang sangat sempurna untuk masyarakat sekelilingku..namun apakan daya aku merupakan seorang insan yang kerdil..sambil melihat keindahan pemandangan di tepi pantai aku temenung sungguh dasyat dunia ciptaan illahi...Setelah Gelap Terbilah Cerah..hari demi hari silih berganti namun aku tetap bingung mengenangkan nasid diriku ini. Maha Suci Allah yang memberikan kemudahan disebalik setiap kesulitan yang aku hadapi.. tidak ada yang mustahil didunia ini. Seberat dan sesulit manapun rintangan yang mengundang pasti ada jalan dan kemudahan dihadapan setiap ujian. Hujan yang turun pasti berhenti. Badai yang datang pasti akan berlalu pergi. Begitulah juga dengan gelapnya malam pasti akan diganti dengan cerahnya siang..disaat pertukaran ini berlaku sungguh indahnya pemadangan diwaktu itu..sungguh tenang jiwaku melihatnya..hampir terlupa masalah yang sedang aku hadapi..masyaALLAH sungguh agungNYA ciptaan Yang Maha Esa.. disini roda kehidupan mula berganti dari atas kita berada dibawa. Jika yang berada diatas mungkin inilah saat kejatuhannya, jika ingin mendapatkan kejayaan tiba-tiba datangnya kegagalan. Kesenangan yang dipohon kesulitan yang datang..ALLAH pertanda apakah ini?..kenapa begitu cepat kenikmatan itu berganti ujian?..adakah waktu ini kita diuji, apakah kita masih mampu bersangka baik dengan Sang Pencipta?..apakah kita akan mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh-Nya?..ketika menjalani fasa ujian inilah ramai manusia terkandas.....
Pesan atukk....
Jika kepala mulai dipenuhi uban
Tandanya mengidap penyakit tua
Yang tidak berubat
Maka taubatlah sebelum terlambat Sebelum nafas tersumbat
Pesan atukk...
Jika matahari mula tinggi
Namun masih dalam selimut bermimpi
Itu tandanya sengaja menolak rezeki
Maka bangun berusahalah sebelum tubuh melemah
Pesan atukk...
Jika dikurnikan banyak harta
Numun tidak pandai meguruskannnya
Itu tandanya mengundang celaka
Maka lebih baik bermohon kepada ALLAH
Agar diri menjadi miskin
Tentu akan kaya degan kebahagian..
insyaALLAH...

marilah kita jadi seperti analogi sebatang pohon. akhalak umpama buah pada pohon iman. Akar tunjang pada pohon itu adalah persoalan iman, batangnya adalah rukun islam, dahannya persoalan fardu kifayah, rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhalak adalah buahnya. Sesungguhnya revolusi akhalak inilah yang dinantikan oleh manusia kini. Hanya dengan inilah kemajuan teknologi dan ketinggian tamadun meterial akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada masa ini. Belajar daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan taufan dan ribut kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnyanya angin, dinginya hujan dan gangguan daripda manusia juga haiwan. Setelah melalui semua itu, daripada sebijih benih yang tidak terlihat, menjadai tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon besar. Marilah kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana disekeliling kita. Ia diibaratkan Seperti ikan dilautan masin, miskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar..bahkan setiap ujian yang ALLAH berikan kepada hamba-hambaNya juga telah diukur mengikut tahap kemampuan setiap hamba-Nya.maka setelah berusaha dengan sekuat tenaga, hanya kepada-Nya kita kembali segala kudrat dan kekuatan serta bertawakal.... apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya..inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta dan kematian...semoga degan sedikit pengkosian ilmu dapat memberi seribu menafaat kepada kita semua..kalau ada salah dan silap itu merupakan kelemahan daripda diri ini...terima kasih..wasalam...

Thursday, September 22, 2011

Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

iam still not gud, but iam trying to improve my self..



iman ??? 
aku paling lemah untuk bicara soal iman ni,
sebab aku adalah insan yang terlalu banyak melakukan kesilapan dalam hidup ini..
tapi aku tetap berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik,
aku akan pelihara diri dan maruah sebaik-baiknya untuk meraih keredhaan allah..
sebab segala yang aku lakukan bukanlah semata-mata untuk mencari syurga dan menjauhi neraka..
tapi aku lebih ingin mendapatkan keredhaan allah tentang hidup ni, agar semua yang aku hadapi dan jalani akan berjalan dengan baik..
ya allah, meskipun sukar untukku meraih kerehdaanmu, namun masih ku mengharapkan keampunan dari mu..

kehidupanku


bukan mudah untuk menghadapi hidup.. 
mungkin jalan cerita hidup kita sama.. 
tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. 
setiap ujian, halangan kita juga berbeza.. 
himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta.. 
terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita.. 
kabur mata kini terangnya kian nyata.. 
bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua.. 
ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun 
kita juga punya perasaan yang sama, 
ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain, 
semua yang ada di dunia 
adalah kurniaan.. 
memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.

Wednesday, June 29, 2011

israk dan mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Wednesday, April 27, 2011

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.
Alhamdulillah hari ini dapat lagi diri ini meneruskan penulisan dilaman blog ini. Diri ini tertarik degan persoalan tentang Cinta. Cinta, apakah yang anda semua faham degan perkataan “CINTA”??.
Secara jujur, apabila saya membaca apa-apa sahaja bahan bacaan, kerap kali saya cuba mengabaikan sebarang kisah cinta yang dipaparkan. Itulah yang berlaku pada saya, sebab saya rasa kita boleh nampak sendiri depan mata soal itu. Paradigma diri perlu ada anjakan.
"Apalah, jiwangnya, sentimentalnya."
Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar. Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi bertapa di dalam gua nun jauh di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat adalah orang yang paling sibuk di dunia!(sibuk mencari jalan kebenaran bagi mendapatkan kesenangan diakhirat kelak).
Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama. Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cintailah orang yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta. Ingatlah Allah itu menyintai kita, maka cintailah Allah dihati kita Dalam kita berusaha mndapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi kita akan hilang waktu rehat. Kita dapat rehat tetapi mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita? Tepuk Dada Tanya Iman..
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . oh Tidak. 
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. Iaitu CINTA pada Sang Pencipta.
"Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga. Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui proses yang mana?
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.

Iklim Dan Sikap Manusia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Iklim Dan Sikap Manusia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, April 24, 2011

...sAntApaN r0HanI...


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Munajat se0rg Hamba

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu


Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan


Keapunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana


Debu2 d0sa

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda

Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa


Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati


Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi.