Monday, April 30, 2012

muhassabah diri di petang harii

Bismillahhirahmanirrahim..Assalamualaikum..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan MAha Mengasihani~( "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. setalh difikirkan balik pada bulan jamidil akhir ini tahap kesabaran dan keimanan aku amat teruji. aku berbisik dihati kecilku YA ALLAH kenapa engkau turunkan semua ujian ini kepada hambamu ini sesungguhnya aku adalah insan yang kerdil dan lemah disisimu YA ALLAH...aku sungguh terasa amat sedih dan agak marah juga dengan apa yang terjadi..banyak cabaran dan dugaan ku terpaksa tempuh pada bulan ini dengan pelbagai bentuk masalah.bile terfikir balik mungkin ini merupakan satu ujian yang diberikan kepada aku..mungkin aku terlalu leka dengan keadaan aku sekarang ni..
Ya Rabb.. aku memohon kemampunan dan kereadhan daripda Mu.. bila terfikir aku teringat kata-kata daripada seorang penceramah dimana setiap ujian yang ALLAH berikan kepada kita, ALLAH ingin menguji tahap kesabaran dan keiman kita sebagai hambaNya sedang Para Nabi dan Rasul pun diuji inikan pula kita sebagai hambaNYa. 
ditambah pula minggu-minggu penghujung semester ini bayak pula asgmnt nak kena hatar, tak tercapai di akal nak menguruskan hal yang mana satu dahulu harus disiapkan.. inilah ruting aku setiap semester berlangsung.. hari ini agak terdetik dihati ini memikirkan masalah yang aku hadapi sepanjang beberapa tahun aku melanjutkan pelajar tidak pernah aku menetapkan pendirian agak impian aku mudah tercapai..suka sagat padang ia satu perkara yang simple..masyaALLAH agak jauh juga diri ini terleka dengan kesenang dan kegembira yang dikecapi pada hari ini.. 
kalau tak pernah bermuhassabah diri dengan betul begini la jadinya..bila dah susah baru nak berubah..mudah-mudahan bertambah baik hendaknya.. berbalik pada masalah tadi, dah tak terdaya aku nak memikirkan masalah yang dihadapi nak juga aku buat keputusan tanpa berfikir panjang ni..tapi apa kan daya aku yang mulakan!!!! jadi terpaksa la menganggung segala keputusan yang aku dapat..harap-harap masih sempat lagi aku ingin kembali ke jalan yang lebih mulia dalam aku bermujahaddah ini..insyaALLAH.. kata-kata tuan asmawi dimana kita terima sedikit kesusahan dunia yang sementara dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripda kesusahan akhirat yang berkekalan.. Sejak aku celik mengenal dunia sehingga sekarang, dah banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuh untuk teruskan hidup.. hari ini aku rasa seolah-olah aku tidak mampu nak menahan dugaan dan cabaran yang datang..Adakah ini pertanda yang aku sedang leka dibuai mimpi dan kenikmatan didunia sehingga aku melupakan apakah tanggungjawab yang aku harus pikul di muka bumi ALLAH ini..masyaALLAH...
aku amat bersyukur aku dikurniakan kawan-kawan yang ambik berat pasal diri aku..aku cukup berterima kasih pada semua kerana sudi berada disamping aku walaupun susah dan senang..kamu semua merupakan sahabat yang cukup mulia..thanks a lot myfriend..aku harap apa yang terjadi kepada aku hari ini boleh dijadikan iktibar dan pengajar.diri ini mencoretkan rasa kesedihan dan penyesalan yang teramat sagat ini adalah bertujuan untuk mengigati diri ini juga yang merupakan insan yang tidak pernah kaya dengan apa2 sekali pun..perkara yang lepas usah dikenangankan..bukalah halaman buku yang baru dan cotenglah dengan corak yang boleh memberikan kita ketenangan dan kekuatan apa bila kita melihatnya..
bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama..tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..
kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.. 
wasalam... 

Friday, April 27, 2012

HaMPir MemusNahkan Ikatan UkhuWah..

hidup kita tidak selalunya indah
hal ini demikian kerana kita sering sehaja mendapat halangan 
daripada persekitaran terutama sahabat....

hari ini merupakan hari yang sagat menguji tahap kesabaran dan keimanan diri aku sebagai seorang muslim dan membuat sesuatu keputusan. hampir juga diri ini membuat keputusan yang boleh memusnahkan ikatan ukhuwah yang terjalin yang telah utuh dibina sejak mengenali dirimu demi agama dan lilahitaala.. masyaALLAH hampir-hampir hilang kewarasan serta hampir terpada dengan hasutan syaitan dan pentunjuk hawa nafsu... bersyukur pada ALLAH S.W.T kerana masih mengurniakan akal fikiran yang baik untuk diri ini mebuat keputusan tersebut. betul apa yang dikatakan oleh seorang sahabat dimana "ketika diri kita sendang diujian dengan kesabaran maka diam lebih baik daripada bercakap". dengan membuat demikian dan alhamdulillah cuba mengawal emosi kearah yang lebih baik dengan memikir semua perkara yang terjadi pasti ada sebab dan hikmah disebalik semua itu.. syukur sagat-sagat dimana dengan mengambil langkah tersebut aku terus diam tanpa memberi respon terhadap perkara yang dibincangkan wal hal dalam hati ini sagat berasa cukup marah apabila cuba dipenjelaskan namun ia tetap tidak memahami.. Ya ALLAH, aku cukup berterima kasih kepadaMu kerna masih memberi aku nikmat berfikir bagi mengatasi masalah yang aku hadapi.. 

Ya, ALLAH peliharalah ikatan ukhuwah yang terjalin diantara kami, jauhkanlah kami daripada persengketaan, pemusuhan  yang boleh meruntuhkan hubungan silaturrahim yang terbina diatas satu ikatan ukhuwah keranaMu Ya ALLAH.. Ya Rabb, jaganlah kamu menruntuhkan senyum dan kemesraan yang kami selalu kecapi yang amat bermakna buat kami semua. sesungguhnya kami memohon agar Engkau kurniakanlah kepada kami pertunjuk dan jalan yang benar menuju keradhoan Mu ya Illahi. sesungguh kami adalah insan yang kerdil dan sagat lemah disisiMU.amin YA ALLAH..

Kepada sahabat2 semua...Jangan ada yg bersengketa...Jangan ada yg bermasam muka...Jangan ada yg berdendam pula {tak baik tau}...Kita semuakan bersaudara...Bermaafanlah sesama kita...Berdamailah...

Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
{ QS. Al-Hujurat ayat 10 }


Renungan:

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri “Dalam masa kejayaan, kawan mengenali kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal kawan-kawan kita.


  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.


Thursday, April 19, 2012

sembang pasal kahwen ajeeeeee...kawan ku ini...

Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.

hari ini kalau kita lihat dan baca dalam fb,twitter dan mana-mana laman sosial sekali pun, ramai yang berbicara tentang kahwen, tak kisah la walaupun ia hanya anggan-anggan terlebih dahulu...ditambah pula apabila setiap hari orang bercakap tentang kahwen dihadapan orang yang tak kahwen lagi..rasa nak kahwen aje..rasa bengkek pun ada juga..rasa macm tak ada perasaan pun ada juga nie..aduhaiiii kahwen, kahwe, kahwen...Perkahwinan adalah salah satu proses fasa hidup yang mungkin dilalui dan mungkin tidak akan dilalui oleh manusia untuk bertemu ALLAH..

Siapa yang tak nak kahwin oii..semua orang nak..bila difikirkan balik kahwen ni bukan senang macam kita beli baju kat bundle...buat pilihan kalau ada yang dapat menarik minat hati kita, bayar je terus jadi hak milik kekal kita..tapi ia agak berbeza kalau kita betul2 menhayati dan memadang dari sudut agama..besar tanggungjwab tuuu...Bukan senang nak melengkapkan iman yang separuh tu .Tidak semudah seperti melafaz akadnya, banyak perkara perlu difikirkan, dicongak kira kan...

boleh menjadi binggu kalau cakap pasal kahwen ni..Iya, memang benar ramai mahu kahwen awal, tapi banyak benda mahu difikirkan, tambahan kita sebagai lelaki, kalau yang masih belajar, kewangan macam mana, takkan bila dah kahwin kita masih nak suruh isteri kita bergantung harap pada ibu bapa mereka sepenuhnya, hantaran, kenduri, itu baru dari segi kewangan, lepas tu sudah benar benar bersediakah kita sebagai lelaki nak menanggung dosa isteri kita pula nanti.Itu baru sedikit, malah banyak lagi perlu diperkirakan.

Tapi jarang benar orang bercakap tentang persediaan, perkara-perkara yang perlu ditimbang-timbang. Sebagai contoh,bila aku duduk bersembang dangan kawan-kawnku, bila ditanya bagaimana persediaan kewangan kita, bagaimana selepas kahwin pula kita mahu menyara isteri kita, sedangkan kita masih belajar.. sahabat aku mudah menjawab, kononnya bila kita sudah buat perkara baik, sudah tentu Allah akan murahkan rezeki ...Betullah tu aku pun tak nafikan, mestilah Allah tolong kita sebab kita dah mendirikan sunnah yang dituntut... dia mencelah, belum sempat aku menghabiskan ayatku...aku ketawa kecil. Benar dia masih lagi belum jelas lagi akan hal yang aku cuba sampaikan. Semestinya Allah tolong, tapi sunnatullah juga perlu di ambil kira. Kena ada juga sumber kewangan, persediaan walaupun sedikit. Kena pula keluarga sebelah perempuan minta hantaran tinggi, takkan kita nak bergantung harap kepada mak ayah kita sepenuhnya wang hantaran tersebut. Sebab tu ada yang mengumpul duit dengan berniaga top up telifon lah, jual kerek di setiap aras la...macam-macam jenis kerja dibuatnya, sampai buka syarikat pun ada semata mata nak berkahwin awal...kita harus ingat bila berkahwin nanti, nafkah itu hukumnya wajib kepada isteri kita, kalau mampu seringgit, maka seringgit itulah wajib sebagai nafkah kepada isteri kita...

Ya benar sekali, hakikatnya ia tidak semudah melafaz akad, selepas akad update status di facebook dan upload gambar kahwin kita facebook... dan ia juga bukan mudah seperti mana kita membeli baju kat kedai bundle kat tepi jalan machang tu..pilih sahaja yang berkenan dan menarik minat hati kita terus bayar dan kekal menjadi hak milik kita dan boleh buat sesuka hati kita sbb dia hak miliki kita.."sinis aku menyambung.
Dia tergelak besar, sambil mengangguk- angguk mengiyakan". itu baru sudut kewangan, tak cakap lagi pasal mujahadah dalam mencari rezeki, dengan pasangan kita iaitu dalam tempoh pertunangan yang mana belum tentu kahwen atau tidak....tanyalah pada diri kita sekuat manakah mujahadah kita....Bagaimana kita mahu menuai buah yang elok daripada pokok yang akarnya sudah reput...Hakikatnya perkahwinan bukan sekadar mahu melepaskan keinginan syahwat semata, justeru ia sebuah ikatan yang disimpul bersama ikatan tanggungjawab, amanah dan komitmen antara satu sama lain ....

Ok malas cakap banyak. Nanti lain pulak yang difahami, aku pun belum kahwen.. Nanti dah kahwen baru boleh cakap banyak sikit...jom layan nasyid Far East- lafaz saat lafaz sakinah....asam garam kehidupan kita..hehehhe..sekian..


Wednesday, April 18, 2012

number one for me


my big family...


number one for me.. terima kasih ma..

ma..
kaulah ratu dihatiku....
tanpamu....
ku hilang arah....

ma....
kau umpama sahabat ku....
tika ku sedih,kecewa& gembira....
kaulah teman sejati ku...
tika susah dan senang ku bersamamu....

ma....
dirimu amat bermakna...
dlm diriku....
tanpamu....
hidup ku ...
kosong tanpa ketawa mu.....

ma....
ku tahu....
diriku bnyk buat ksalahan pdamu....
ku ingin memohon maaf di atas semua 
ksalahanku.....
yg pernah membuatmu menitis kan air mata.....

ma....
ku ingin kau tahu.....
yg diri ini amat menyanyangi mu.....
ku berdoa pda yang MAHA KUASA....
agar pjgkan umur mu....
agar kau dpt mlihat kejayaan anakmu....



terima kasih duhai abah..


Kenangan lalu kembali menusuk kalbu,
Di saat aku bersendirian,
Ia datang tanpa diundang,
Getaran jiwa semakin melaju,
Terusik hati yang sedang hampir sembuh.

Keresahan ini,
Semakin menghimpit diri,
Menggigit setiap cebis jiwa,
Memaksa aku tersungkur,
Dalam kepenatan aku betanya,
Mampukah aku terus berjuang?

abah..anakmu ini tak mampu,tak kuat untuk ku meneruskan perjalanan ini..banyak liku-liku yang perlu ku tempuhi,anak mu ini sedang berada dalam realiti perjuangan..

Sesatkah aku dalam sinar?
Merangkakkah aku dalam kegelapan?
Mampukah aku terus berbicara?
Impian digapai belum pasti tergenggam,
Terlepaskah atau bisa ku pegang.

abah dan ma..diriku tak mampu berdiri teguh tanpa doamu,aku perlukan doa dan restumu dalam mengharungi cabaran dalam dunia pekerjaanku...ketika di pertengahan perjalanan aku sangat memerlukanmu abah dan ma...


salam sayang dan tulus ikhlas daripa
da anakmu..

Tuesday, April 17, 2012

apabila jiwa tidak setenang biasa..entah apa yang di coretkan

bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama.. tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza.. himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta.. terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita.. kabur mata kini terangnya kian nyata.. bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua.. ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama, ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain, semua yang ada di dunia adalah kurniaan.. memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.


about me budak kampung...a very simple guy, i like to know everybody and accept a people view in order to make me changes become a truely human being... living in a Malay kampung (village) in the on the east coast of Peninsular Malaysia, in Kelantan. Historically insignificant, Socially minute, Population dwindling, Product not recorded, Politically uncertain, Development bypassed. And we are proud of our kampong, despite the shortcomings Do we need help? Yes, we do. (in any form) Come and visit us Teach us how to improve Show us the better ways Give us the moral support Support us in every way possible.

kereta idaman ku..ingin ku milikinya.........apabila terlalu sedikit, yang membezakan antara harapan, angan-angan dan impian. Bila disebut angan-angan, seolahnya terlalu pessimistik. Harapan, terlalu optimistik. Cita-cita dan Impian, terlalu jauh, sesuai untuk jangkamasa panjang agaknya. Hakikatnya semuanya lahir dari sebuah keinginan, kemahuan mendapatkan sesuatu, atau seseorang. Lantas manusia merangka pelbagai perancangan. Yang angan-angan, mungkin sekadar kekal menjadi angan-angan. Semakin berusia ke arah kematangan, keinginan yang tak masuk akal semakin dilupakan. Berpijak di bumi yang nyata, tentunya. Inilah yang dinamakan realiti, agaknya....

kenangan bersama kawan-kawan dimana UKHWAH yang dibina atas nama ALLAH takkan mengharapkan balasan apabila memberi... tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka... kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam... keceriaan sahabat bagai pelangi yang takkan hilang... kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia...itulah sunnah jalinan ukhwah pejuang agama...

Kita hidup didalam dunia yang realiti. Bukannya dalam sebuah utopia yang idealis, kerana utopia sedemikin hanya dijanjikan kepada kita di akhirat kelak, tatkala setiap yang dibayangkan mahupun yang tak terbayang menjadi realiti di sana. Menggenggam idea, sesetengah mengibaratkan seperti memegang bara api yang panas. Tak salah mahu terus menggenggam, namun kadang-kadang harus tahu bila mahu melepaskan.Agar tangan tidak melecur dan hangus terbakar.Angan-angan, impian dan harapan, harus sentiasa ada sebuah titik.. Titik dimana kita tahu, kita harus sedia melepaskannya kerana tidak lagi selari dengan realiti.


Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Setelah Gelap Terbilah Cerah..hari demi hari silih berganti namun aku tetap bingung mengenangkan nasid diriku ini. Maha Suci Allah yang memberikan kemudahan disebalik setiap kesulitan yang aku hadapi.. tidak ada yang mustahil didunia ini. Seberat dan sesulit manapun rintangan yang mengundang pasti ada jalan dan kemudahan dihadapan setiap ujian. Hujan yang turun pasti berhenti. Badai yang datang pasti akan berlalu pergi. Begitulah juga dengan gelapnya malam pasti akan diganti dengan cerahnya siang..disaat pertukaran ini berlaku sungguh indahnya pemadangan diwaktu itu..sungguh tenang jiwaku melihatnya..hampir terlupa masalah yang sedang aku hadapi..masyaALLAH sungguh agungNYA ciptaan Yang Maha Esa.. disini roda kehidupan mula berganti dari atas kita berada dibawa. Jika yang berada diatas mungkin inilah saat kejatuhannya, jika ingin mendapatkan kejayaan tiba-tiba datangnya kegagalan. Kesenangan yang dipohon kesulitan yang datang..ALLAH pertanda apakah ini?..kenapa begitu cepat kenikmatan itu berganti ujian?..adakah waktu ini kita diuji, apakah kita masih mampu bersangka baik dengan Sang Pencipta?..apakah kita akan mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh-Nya?..ketika menjalani fasa ujian inilah ramai manusia terkandas.....

Hari yang berlalu, maka tiada lagi kesempatan untuk kudrat ini berbuat untuk hari tersebut......






Monday, April 16, 2012

bila mulut berkata-kata..

jangalah jadi manusia yang manja sangat. hanya ingin mendapat, tapi enggan memberi. ingin diperhatikan, tapi tak mau memperhatikan. Mahu dihargai, tapi tak mau menghargai... org manja tak boleh di harap sangat dan tak boleh di ajak berjuang....

kalau bercakap sesiapapun boleh.tetapi kita harus ingat apa yang kita tuturkan itu haruslah boleh memberi manfaat kepada kita dan kebahgiaan orang lain bersama dimana kita TIDAK sewajibnya berkata setiap apa yang kita tahu,akan tetapi kita wajib tahu apa yang kita katakan..kata cikgu azman kepada ku "kalau ikut perspektif ilmu agama..anda perlu tahu apa yg anda wajib tahu dan anda kena bagitahu apa yang anda tahu sekiranya ada orang yang ingin tahu"...jangan disebabkan kata kita seseorang itu boleh merana dan merentakakn lagi hubungan ukhuwah semasa umat islam. 

UKHWAH yang dibina atas nama ALLAH takkan mengharapkan balasan apabila memberi... tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka... kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam... keceriaan sahabat bagai pelangi yang takkan hilang... kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal didunia...itulah sunnah jalinan ukhwah pejuang agama...jagan kita jadi seperti manisnya Gula boleh medatangkan penyakit bairlah kita jadi seperti pahitnya Peria boleh dijadikan penawar kepada penyakit...
begitulah sikiranya kita apabila terlalu sedikit, yang membezakan antara harapan, angan-angan dan impian. Bila disebut angan-angan, seolahnya terlalu pessimistik. Harapan, terlalu optimistik. Cita-cita dan Impian, terlalu jauh, sesuai untuk jangkamasa panjang agaknya. Hakikatnya semuanya lahir dari sebuah keinginan, kemahuan mendapatkan sesuatu, atau seseorang. Lantas manusia merangka pelbagai perancangan. Yang angan-angan, mungkin sekadar kekal menjadi angan-angan. Semakin berusia ke arah kematangan, keinginan yang tak masuk akal semakin dilupakan. Berpijak di bumi yang nyata, tentunya. Inilah yang dinamakan realiti, agaknya....bila bercakap semua yang kita pikir positif akan menjadi negatif dimata orang yang hanya memadang tinggi kelebihan yang dimiliki olehnya dan sentiasa memandang orang lain terlalu hina untuk memberi pendapat..macam-macm gelagat manusia sakit hati melihatnya..

cubalah bagun saja dari lena mimpi  fikir apa perkara yang kita lihat hari ini semuanya positif usah melihat keburukannya..contohnya apabila kita manghatar mesej menanyakan kaba berita kawan, tetapi kawan tidak membalasnya usah kita terus membuat andaian yang kawan kita itu saje tak nak reply msj mybe dia tidak mempunyai kredit atau sibuk dengan kerja..please la..jagn suka sagat suka menghukum orag diatas kesalahan yang tidak sepatutnya..siapalah kita yang suka menghukum seseorang itu, sebelum kita nak menjatuhkan hukuman kepada seseorang fikir la dahulu bahawasanya layakkah kita untuk menjatuhkan hukuman dan menjadi hakim terhadapnya..ubah lah jangan hanya memandang kegagalan itu di ibaratakan sebagai  satu pengahalang kepada kerjayaan diri kita..

"Bukanlah jatuhnya seseorang itu dikatakan kegagalan dan hanya sesungguhnya kegagalan itu ialah ia kekal dimana tempat ia jatuh." teringat akan kata-kata seorang guru yang amatku sanjungi iaitu cikgu mohd hazani "dalam kehidupan ini dalam kita mengejar cita-cita di hadapan, adakalanya kita sesekali perlu menoleh ke belakang. Sebuah kereta yang baik dari segi kapasiti enjin, kemasan dalaman, reka bentuk yang dinamik dan moden, masih dicipta cermin belakang untuk melihat ke belakang walaupun untuk seketika !"

mencari jalan itu mudah namun mencari destinasi itu yang susah, menyusuri susur itu mudah, menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.. andainya perjuangan ini mudah, aku pasti.. ramai yang akan menyertainya...tapi, kerna perjuangan ini penuh dengan liku berduri.....ramai yang menolaknya......kerna itu, bertuahlah yang berada di dalamnya...yakinlah...kalian pilihan illah...jangan pernah mengalah!!! jika seorang menolakmu, ketahuilah sepuluh berada di belakang untuk membantu mu....dimana perjuangan yang hakiki menuntut pengorbanan yang tinggi.....biar rebah, jangan berubah, biar terbuang teruskan berjuang... 

Tolong jangan hancurkan harapan seseorang untuk berubah ke arah kebaikan even sedikit je kata kata yang boleh menjatuhkan semangatnya. ingatlah, bukannya senang seseorang nak kuatkan dirinya menuju redha Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran. So, tolong hargai niat dia dan jangan pandang dia dgn pandangan yang hina. ingatlah, dia sedang mujahadah (sedang mencuba)..

"Atas dunia ni kita hanyalah hamba. Selepas dunia ni ada pula mati. Persediaan untuk mati ni tidak pernah diajar oleh sekular dan demokrasi, ia hanya disebut oleh Islam. Sedangkan mati ini ialah komponen kepada hidup, sebagaimana pagi merupakan komponen kepada petang. Justeru, nak lakukan persediaan untuk mati inilah manusia perlu merujuk kepada Islam."

"Kamu hanya akan berjumpa tangisan, apabila kamu tidak berjumpa dengan senyuman pada tempat itu. Sekiranya kamu berjaya senyum pada tempat itu, saya yakin kamu tidak akan lagi begini," jelas dia.

Kata-katanya itu membuatkan saya tertarik untuk lebih tahu, namun saya memilih diam kerana hanya itu perkara terbaik yang mampu saya buat.