Thursday, March 24, 2011

derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain.

Assalamuallaikum..disini saya sertakan satu petikan mesej ringkas yang saya terima daripada guru saya.
“Lie, satu lagi cikgu nak minta Lie sebarkan ...mana2 yang berhajat nak buat amal jariah akhirat... Masjid Kampung Cikgu ni nak bina masjid baru dan memerlukan hmp 1.5 juta untuk menyiapkannya. Sumbangan boleh la melalui akaun BIMB : 03018010143794 (Tabung Pembinaan Masjid Mukim Pulau) Kebetulan cikgu Bendaharinya. Moga atas sebaran maklumat ini kita makin diberkati Allah.”
Bagi memenjangkan perkara ini saya cuba menyeru tuan–tuan dan puan-puan termasuklah diri saya sendiri agar kita sama-samalah membantu dan meringankan beban umat islam kita semua. Hal ini demikian kerana apa yang kita tahu membina sebuah masjid adalah perkara yang sagat-sagat mulia. Tambahan pula, disertakan dengan sumbangan ikhlas daripda kita semua dapat membina sebuah tempat ibadat yang baik untuk kegunaan kita bersama.
Sesiapa yang mana berhajat nak membuat amal jariah akhirat. Disini dimaklumkan Majid Mukim Pulau Di Wakaf Stan, Kota Bharu Kelantan memerlukan himpunan RM 1.5 juta untuk membina sebuah masjid baru. Segala sumbangan boleh la dibuat terus melaluai akaun BIBM 03018010143794 (Tabung Pembinaan Masjid Mukim Pulau). Sama-samalah kita membuat amal jariah niat kerana ALLAH.
 “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267).
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah Al- Baqarah> Ayat 261. Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al- Baqarah> Ayat 265 Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa. Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’.

Thursday, March 3, 2011

BILA MANUSIA DAHAGA

Seruas rasa terus menyambar
gemercing naluri hangat membakar
ikatan kasih putus longgar
bertabrakan terlanggar
terlanggar pantang agama
terlanggar pantang adat manusia
kelam gelita sinar budaya


Bila manusia dahaga


terloncat loncat bertemasya mereka
batin dilafaz saat bersemuka
pelita asmara mencurahkan keriangan
pendeta terus dibuai khayalan
pemujanya hanyut lemas dalam dakapan
barangkali falsafah lemah mengikat fikiran


Bila manusia dahaga

perangkap mimpi datang bertalu talu
alam lesu terus terpaku
nyayian janji gemersik syahdu
kasih dipalu merentasi segan silu
maruah lesap terseret dek angin lalu


(Zarith Mohamed, UPSI)