Sunday, March 11, 2012

rintihan seorang sahabat..

Assalamuallaikum w.b.t. 

tiba-tiba sahaja terdetik dihati dan terlintas difikiran ini ingin menulis tentang kisah persahabatan yang sering diidamkan oleh semua orang. Hal ini demikian kerana nilai persahabatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit atau dengan pertukaran apa jua jenis barang sekali pun. Tulisan ini ditulis bagi menperigatkan tentang bertapa pentingnya nilai sebuah persahabatan.
Sahabat sesungguhnya engkau adalah seorang yang mulia dalam menceriakan hari-hari yang berlalu dalam kehidupan sahabat mu ini. Tanpa seorang sahabat diri ini merasakan hidup tidak akan lengkap bagi menempuhi hari-hari yang akan mendatang. Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang memenatkan dan melelahkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah daripada harta-harta lain.
Persahabatan sering mendatang pelbagai dugaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi segala cabaran itu bahkan bergerak sering bersamanya…
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memmerlukan proses yang panjang seperti besi yang diasah untuk dijadikan mata pedang,demikianlah sahabat yang mengeratkan hubungan ukhuwahnya dengan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, dikianati, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah dilakukandengan tujuan kebencian.



kadang-kadang kala sagat sakit hati bila melihat saudara/ sahabatnya sendiri bertindak tanpa menggunakan akal fikiran bila bertindak untuk melakukan sesuatu, walaupun perkara itu tidak mesti berlaku. jika ingin menhiburkan hati orang lain sekalipun pastikan gunalah akal yang diberi jagan disebabkan peragai itu menybabkan orang benci dah marah dengan sikap kita dan jaganlah disebabkan pergai kita yang tidak bergitu matang boleh memutuskan silturrahim dalam persahabat.

hal ini demikian kerana, seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan daripada sehabatnya degan tujuan, untuk menghindari perselisihan antara mereka, justeru kerana kasihnya terhadap seorang sahabat ia memberanikan diri untuk menegur dengan seikhlas hatinya apa jua kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada masa kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi bagi mencari perhatian, pertolongan dan nilai kasih sayang daripada orang lain.
Saya rasa setakat ini sahaj penulisan ini..insyaALLAH jika diberi keizinan dan idea untuk terus menulis, diri ini akan menyambungnya lagi........

TERIMA KASIH SAHABATKU KERANA TELAH MEMBERIKAN NILAI PERSAHABATAN YANG BAIK KEPADA DIRI INI..UKHUWAH FILLAH..

Renungkan :
  •  Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri “Dalam masa kejayaan, kawan mengenali kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal kawan-kawan kita.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  •  Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.

No comments:

Post a Comment