Wednesday, March 14, 2012

BILA TERKENANG ZAMAN SEKOLAH..


assalamualaikum...

Malam-malam ni syok jugak layan jiwang. Pasang lagu sentimental slow, otak ligat berputar. Mencari kenangan-kenangan yang indah selama hidup atas muka bumi ni. Sambil jari leka picit-picit tetikus hitam yang diberi nama pakcik search. Aku terrrklik pada group yang dah agak lama aku tak klik. Lagu sentimental slow yang beralun merdu, memang sesuai dengan jiwa aku pada waktu ini. FUH! rindu pulak kat kawan-kawan zaman SEKOLAH dulu. Zaman muka comot, zaman budak-budak hingusan tak tahu apa. Zaman muka skema, jalan straight tak tengok kiri kanan. Dalam kepala otak., belajar.belajar.belajar.

Gaya hidup kat sekolah bukan macam gaya hidup kat Universiti. Kuliah dalam dewan besar, tutorial dalam bilik macam bilik darjah masa aku darjah 1-tingkatan 5. sama melainkan cara pembelajaran dan juga kerusi dan meja yang kembar siam kottttt.. Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 2008, aku berasa sangat  seronok kerana telah tamat zaman persekolahan. Zaman di mana aku membaca buku dan belajar untuk menjawab peperiksaan atau “belajar rajin-rajin untuk dapat kerja bagus”

Jika ditanya pada individu yang telah bekerjaya, pasti mereka mahu mengulangi semua zaman persekolahan mereka. Setidak-tidaknya mereka akan berkata bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang amat manis untuk diimbau kembali. Tetapi,ketika di bangku sekolah dahulu, aku dan juga rakan-rakan yang lain berkira-kira untuk menamatkan zaman baju putih itu secepat yang mungkin. Hmmm.. aku juga mengetahui bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang indah untuk  dikecapi, tetapi mengapa masih mahu mendapat sijil tamat persekolahan seberapa segera yang boleh? hahahhhaa..

Sekolah rendah lebih seronok untuk dikenang kerana dari situ la kita membuat pelbagai perkara yang melucukan, nakal dan memalukan. Tetapi bila bercerita dengan rakan-rakan sekolah rendah,wahh…bukan main gelak guling-guling lagi yer. Ketika aku berborak kosong dengan rakan tentang pengalaman sekolah rendah, macam-macam cerita keluar. Mungkin pengalaman aku ini hamper sama aje macam pengalaman yang dilalui orang lain ketika di zaman SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN.
  1. Ketika Darjah 1,ada rakan pernah buang air besar dalam seluar..eeee,geli la. (^_^)
  2. Time rehat,pergi makan di kantin. Pernah sekali dua tidak bayar harga minuman yang diambil.Minta halal yer mak cik kantin.hahahhaa
  3. Alasan standard jika tak buat kerja rumah. “Buku saya tertinggal di rumah cikgu. Saya lupa masukkan dalam beg semalam”
  4. “ Dua kali dua ,empat,” “tiga kali dua,enam” “tujuh kali tujuh,empat puluh sembilan” kena hafal sifir secara berlagu ketika mahu pulang ke sekolah.
  5. Zero point, batu seremban((batu selambut), congkak, tudung tin,dam haji permainan standard time guru-guru tidak masuk kelas. Ada yang main cap plom ker?
  6. Time kelas PAFA (Penilaian Asas Fardhu Ain) lagi seronok. Guna satu buku ajer untuk salin nota Tajwid,Sirah,Jawi,,Akhlak,Tauhid..Kemudian buku Jawi dan Tauhid nak kena hantar serentak. Erk,macam mana nak buat!?
Menjejak kaki ke sekolah menengah menjadi suatu perkara baru dan luar biasa kerana culture shock. Kena tulis guna pen. Sebelum ini guna pensel ajer kan? Culture  shock kedua,karangan BM kena buat 2 muka setengah, di sekolah rendah kena buat 80 patah perkataan ajer kan? Sekolah menengah terbahagi kepada dua bahagian. Menengah atas dan menengah rendah. Jika kita sedar,seseorang pelajar akan mula mencari identity diri di sekolah menengah. Jika diperhalusi,semakin meningkat tahun,semakin pelajar itu akan memperkemaskan diri untuk menarik perhatian jantina yang berlawanan dengannya.Time Form 1 baju sekolah pun tak iron,tengok time Form 5….fuhhh,macho!

Zaman sekolah menengah juga merupakan satu zaman yang ada dalam hidup individu di Malaysia ini. Terlalu manis untuk diimbau semula. Jadi tidak hairanlah sekiranya,golongan yang sudah bekerjaya mahu mengulangi semula zaman persekolahan mereka. Ketika kita di sekolah,pasti kita merasa pelik sekiranya mereka berkata sedemikian. Yelah,kena buat kerja bertimbun,tulis nota,hafal itu ini dan sebagainya. Kena ikut peraturan sekolah dan asrama lagi. Kena pakai baju yang sama kaler ajer tiap-tiap hari hingga hujung tahun. Dan pelajar-pelajar sekolah ini pasti berimpian “Tidak sabar untuk manghabiskan pengajian untuk ke Universiti”
  1. Time acara sukaneka paling seronok di mana nak kena lari 100m..asyik dapat last ajer.Malu la. Tapi nak buat macam mana, tak larat nak bawa lari badan gedempol ni.
  2. Sewaktu makan di dewan makan asrama,saya menjatuhkan pinggan. Kemudian terdengar bunyi (bunyi suara ramai) aaaaaaaaaaaaaaeeeeeaaaaaaaaaaaeeeee(tak boleh nak pronounce,sapa yang pernah rasa dan pernah buat pasti tahu nada bunyinya).. Tebal muka jer.
  3. Geram,iri hati dan cemburu dengan rakan yang kita tengok dia tidur aje time kelas,tapi bila dapat result peperiksaan. Wah,gempak!
  4. Ada yang sudah mula mengenal cinta monyet. Sahabat saya seorang demi seorang mula berkapel. Tinggal la saya dan seorang dua yang tak laku-laku.
  5. Seronok jika mewakili sekolah ke persada sukan dan aktiviti kokurikulum. Tambahan lagi jika dapat johan.

 “Tidak sabar untuk manghabiskan pengajian untuk ke Universiti” 
Memang tidak dinafikan dan aku  yakin setiap pelajar di zaman moden ini pasti pernah terdetik sebegitu. Pelbagai alasan dan sebab musabab menjadi titik lonjak untuk cepat-cepat menghabiskan zaman persekolahan. Kini,berada di era selepas zaman persekolahan. Dan timbul pula dengan masalah baru. Sudah besar panjang dan belajar pun makin tinggi-tinggi. Jauh berbeza berbanding zaman persekolahan dahulu. Kita belajar ke arah yang lebih khusus dan mengikut haluan masing-masing.

Selepas result STPM diumumkan, ada yang bergenang air mata dan ada yang melonjak kegembiraan. Tidak kurang juga ada yang biasa-biasa sahaja. Dan dengan keputusan itulah membawa kita ke mana kita sekarang. Ada yang berada di negara orang. Ada yang belajar di Universiti terkemuka negara dan ada juga sekadar  membantu keluarga di kampong. Pelbagai perasaan dapat kita lihat terutama nya guru tatkala melihat anak-anak muridnya menggenggam slip peperiksaan. Apakah perasaan anda ketika mendapat result itu?

Perasaan aku adalah separuh sedar juga agaknya kerana mendapat keputusan yang sederhana. Tetapi bila melihat rakan sekelas mendapat cemerlang  perasaan aku menjadi geram bercampur marah kerana sepatutnya aku yang mendapat result secemerlang itu. (hahahha berangan je la belajar malas)..
Rasa macam nak pergi belajar balik kat sana. betul kata orang. time belajar paling menyeronokkan. walaupun otak letih terbeban dan tertekan, tapi bila masa itu dikenang, masa tu la masa yang TERRBBEESSTT!! 

Aku pasti setiap orang pasti mempunyai kenangan manis dan buruk ketika bangku persekolahan, begitu juga aku.

Kenangan ini mungkin akan aku ingat sampai bila-bila apakan daya masa tidak boleh diputarkan kembali…..

HANYA ZAMAN PERSEKOLAHAN SAHAJA YANG MENGAJAR KITA ERTI SAHABAT DAN REMAJA.... 
DAN BILA ZAMAN ITU BERLALU NESCAYA AI TAK AKAN KEMBALI LAGI... 
MASA INI JUA KITA MEMBAWA HALUAN MASING2... 
MUNGKIN SUKAR UNTUK KITA SEMUA BERSATU KEMBALI DALAM SATU TEMPAT SEKECIL SATU BILIK DARJAH.. 
BELAJAR,BERGURAU,KENAKAN CIKGU,KE KANTIN,KE TANDAS BERSAMA.. 
TERBUKTI ZAMAN PELAJAR ADALAH ZAMAN REMAJA YANG SUKAR DI LUPAKAN.. 
MUNGKIN SUATU HARI NANTI KITA AKAN MENANGIS KERANA RINDUKAN ZAMAN PELAJAR YANG SANGAT INDAH... 
DON'T FORGET OUR FRENDSHIP AND FRIEND FOR EVER..

1 comment:

  1. betul2....aku skong sgt smua tg ditulis ni. Patut la sasterawan negara iaitu A.Samad Said pnah bgtau yg zaman skolah mrupakn zaman yg paling indah dalam banyak2 zaman yg dilalui olehnya. Baru skrg aku mngerti makna di sebalik ayatnya itu.

    ReplyDelete