Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Sambutan Maal Hijrah 1433 hari ini disambut sederhana dengan kebanyakan masjid di sekitar ibu negara mengadakan aktiviti keagamaan termasuk kuliah dan ceramah untuk menyemarakkan lagi hari memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah.

Penghijrahan yang abadi dan total kepada setiap insan muslimin sememangnya dituntut dalam Islam. Apakah tiada siapa yang terkesan daripada peristiwa penghijrahan 1433 tahun dahulu oleh Nabi Muhammad S.A.W?

Sesungguhnya hanya dengan dengan adanya peristiwa penghijrahan itu yang telah ditentukan Allah maka Islam berkembang dan mula tersebar meluas keserata pelusuk dunia.

Maka kini apakah tugas penyebaran dakwah itu terhenti? Tidak,setiap insan muslimin bertanggungjawab menyebarkan dakwah kepada setiap orang yang mereka temui, saling ingat mengingati tidak kira dalam apa jua bentuk penyebaran itu asalkan mengikut syariat Islam.


Hijrah Dulu VS. Hijrah Kini

Jika diteliti maka sudah pasti terdapat perbezaan yang amat jelas antara hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hijrah yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang iaitu yang tinggal di kampung menuju ke bandar.

Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi.

Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka.

Manakala hijrah atau perpindahan manusia zaman kini dari kampung ke bandar adalah bertujuan mencari rezeki dan keselesaan hidup. Namun, kedua-dua bentuk hijrah dan perpindahan tersebut tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t selagimana ia dilakukan kerana-Nya.


SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN BARU HIJRAH....DISAMPING KITA MEMBUAT BUBUR A'SYURA DG PELBAGAI RASA PADA BULAN INI...JGN KITA LUPA ATAU TIDAK AMBIL TAHU AKAN UJUDNYA ASYURA TERSEBUT.....RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENGGADAI NYAWA DLM PERJALANAN KE MADINAH...INTIPATI DARI HIJRAH RASULULLAH ITU SEBENARNYA YG PERLU KITA IKUT DAN PELAJARI DISAMPING KITA BEREBUT2 MENYEDIAKAN BUBUR A'SYURA DG PELBAGAI RASA......
sedatnya kalu dok kapung nie..buleh tulong2 ngaca buat syura..lama dah tok make syura kelate nie..tak dok ko orang nok kirim buat mari eh ko ambo nie....

No comments:

Post a Comment