Monday, November 21, 2011

bila hati sudah buta

BILA HATI SUDAH BUTA...Mingguan malaysia 20/11/11 melaporkan 5 gadis islam menyertai Miss Borneo walaupun telah dikaunseling oleh peg JAIS. Pengarah JAI sgt kecewa krn mereka tetap berdegil. Saya percaya peg JAIS sgt berkelayakan dan sudah tentu menceritakan betapa azabnya balasan jika mendedahkan aurat/pakaian menjolok mata.

Anak siapakah mereka..ibunya...bapanya...adikberadiknya...saudara maranya...?

Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.

Sekarang kita melihat ada wanita yang menutup aurat tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, terjerit-jerit umpama haiwan di belantara, manusia begini tidak lebih hanya mempersenda-sendakan syariat Allah kerana wanita yang ikhlas, yang benar-benar menutup aurat kerana perintah Allah, dia akan menjaga pandangan, pergaulan, lisan serta adab sebagai wanita beriman, jika tidak tidak ada bezanya mereka dengan wanita yang tidak menutup aurat.

Akhirnya hayatilah sebuah hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bapa-bapa atau suami-suami kelihatan taat solat, dengar kuliah, bersedekah, buat haji, buat umrah, puasa sunat selain yang wajib, tetapi redha melihat isteri atau anak-anak perempuan dedah aurat, bersalam dengan lelaki ajnabi atau bergaul bebas.

Ketahuilah bapa atau suami begitu belum layak untuk masuk syurga malah untuk mencium syurga Allah pun tidak layak kerana menolak rukun iman. Sama-samalah kita insaf bagi mencapai keredhaan Allah.

JADIKAN ALQURAAN DAN SUNAH NABI SAW SEBAGAI PANDUAN HIDUP. SEMOGA KITA SEKELUARGA SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DAN DIJAUHI AZAB API NERAKA.

2 comments: