Saturday, March 30, 2013

mencari sesuatu yang makin pudar

Kenangan lalu kembali menusuk kalbu,
Di saat aku bersendirian, 
Ia datang tanpa diundang, 
Getaran jiwa semakin melaju, 
Terusik hati yang sedang hampir sembuh. 

Keresahan ini, 
Semakin menghimpit diri, 
Menggigit setiap cebis jiwa, 
Memaksa aku tersungkur, 
Dalam kepenatan aku betanya, 
Mampukah aku terus berjuang? 

Walau apa pun bidang pembelajarannya di kolej atau universiti termasuk juga alam persekolahan , ia hanya satu formaliti dalam dunia pendidikan. Sekiranya kita mempunyai azam,minat dan keyakinan dan semangat mahu menggengam kejayaan maka itu pendorong utama dalam mencipta sesebuah kejayaan. Berusaha tanpa mengenal erti jemu dan pasrah akan dapat memecah tembok penghalang. Batu penghalang itu tidak sepatutnya menjadi halangan buat mereka yang mahu berjaya dan sewajarnya ia menjadi tangga untuk menapakkan diri agar terus melonjak ke atas dan terus ke atas.


Sesatkah aku dalam sinar? 
Merangkakkah aku dalam kegelapan? 
Mampukah aku terus berbicara? 
Impian digapai belum pasti tergenggam, 
Terlepaskah atau bisa ku pegang. 


bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama..tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..
kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baik sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.. 
wasalam... 

Hari yang berlalu, maka tiada lagi kesempatan untuk kudrat ini berbuat untuk hari tersebut....

sedikit coretan dipetang harii...


Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.
syukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan pada hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.
lama sudah rasanya diri ni tidak mencoret apa-apa perkataan di blog ni.. alhamdulilllah masih lagi diberikan kesempatan kepda budak kampung untuk berlalu perkongsi serba sedikit apa yang ingin dikongsikan..
hari demi hari silih berganti masa turut berlalu pergi meninggal kita sang musafir yang hina ini...
dikala kesibukan melanda diri ini dengan pelbagai tugasan dan tangjawab yang diberikan setiap hari... mana taknya dengan asgmnt lagi, tambah pula dah jadi semester akhir ni makin terbeban la rasanya dengan projek latihan ilmiah... terpaksa la melupakan aktivi-aktivi yang selalu dilakukan sebelum ini, dek kerna terpaksa jatuh cinta dengan latihan ilmiah.
bukan diri ini ingain berceritakan tentang adegan tentang latihan ilmiah.. masih lagi tetap dengan matlamat utama ingin mencari jalan kereadhaan bagi memenuhi tuntutan agama..
kali ini nampaknya jalan yang ingin dicari makin mudah diketemui.. Syukur ALHAMDULLILAH kpd Yang MAHA ESA kerna mengurniakan ana sahabat-sahabat yang baik... masing-masing sendang mencari dan berusaha untuk mendapatakanNYA.. nampaknya ana tidak berkeseorang kali ini untuk teruskan perjuangan...

bukan mudah untuk menghadapi hidup.. mungkin jalan cerita hidup kita sama..tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. setiap ujian, halangan kita juga berbeza..himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..

kabur mata kini terangnya kian nyata..bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun kita juga punya perasaan yang sama,ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain,semua yang ada di dunia adalah kurniaan..memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia..
wasalam...

Wednesday, October 24, 2012

sayunya rasa hati


Begini la keadaan di minggu-minggu akhir di SMKSTA sayu rasanya hati nak meninggalkan sekolah ini. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenangan inikan pula tempat kita menuntut ilmu dan mencari pengalaman kehidupan untuk dijadikan bekalan di dunia dan akhirat kelak..insyaALLAH.
4 bulan sekarang ni bukan satu jangka masa yang panjang, tempoh masa aku berada di SMKSTA sebagai guru pelatih berlalu dengan pendek sahaja. Nak tak nak memang dah lumrah kehidupan setiap permulaan pasti ada penghujungnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap yang hidup pasti akan menemui mati..
4 bulan sudah cukup untuk diri ini mengubah sikap dan perwatakan untuk memberi sepenuhnya kasih sayang dalam bidang pendidikan ini.. memang betul untuk melahirkan tenaga pengajar cukup mudah namun untuk melahirkan pendidik sagat susah.
Walaupun hanya mendapat pengalaman menjadi guru, sebagai gurur pelatih namun sudah cukup untuk diri ini mula bercakap tentang cabaran dan dugaan sebagai seorang warga pendidik ini sangat mencabar… mana tak nya, setiap sekolah terdapat perbagai kerenah murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang, itu  jika berceritakan guru dengan murid tidak lagi bercerita tentang kisah guru antara guru serta pihak pentadbir.. nak tak nak terpaksa la hadapi semuanya ya..bak kata orang pengalaman akan menjaga kita erti kehidupan yang sebenar.
Pengalaman yang aku dapat di SMKSTA sebagai seorang guru pelatih memang tidak akan sama dengan mana-mana guru pelatih di sekolah lain.. maklum la jalan kehidupan tidak sama walaupun bidangan yang sama namun jalan penugasannya cukup berbeza.. kalau tak mana akan ada timbul pelbagai isu dalam kehidupan seharian kita ini kan…
Dalam masa 4 bulan sudah cukup untuk ku menilai diri aku yang aku ini layak ataupun tidak untuk menjadi seorang pendidik, cukup bayak lagi aku perlu belajar sebelum menempuh atau diberi gelaran sebagai seorang cikgu.. di mata masyarakat perkataan cikgu amatlah dipandang mulia sekali sebab itulah para pendidik semua harus menjadi suri teladan kepada semua anak bangsa..
Teringat kata-kata cikgu Hazani untuk kita menjadi seorang pendidik kita perlulah mendidik diri kita terlebih dahulu barulah ilmu dan ajaran yang kita sampaikan tidak akan merosakkan anak bangsa kita sendiri.
TERIMA KASIH SEMUA WARGA SMKSTA YANG TELAH MEMBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK DIRI INI MENIMBA ILMU DAN MENCARI PENGALAMAN DIBUMI MANONG INI UNTUK DIJADIKAN BEKALAN SEBAGAI SEORANG PENDIDIK KELAK..InsyaALLAH..
tHANKS A LOT MY STUDENT terutama 4ss, 2j DAN SEMUA WARGA PENDIDIK DI SMKSTA. Jasa dan tunjuk ajar daripada anda semua amat la diri ini hargai, maaf dipinta sekiranya sepanjang mengenali diri ini ada membuat salah tanpa disedari dan segala keburukan itu datang daripada kelemahan diri ini sendiri.. yang baik datang daripada ALLAH S.W.T.
sehingga kita berjumpa lagi..jika ada rezeki dan jodoh..
semoga berjaya untuk semua student SMKSTA semoga anda semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.. jangan lupa jaga iman dan amal semua insya-Allah kita akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman…
Terima kasih Ya ALLAH, kerana memberikan peluang kepada hamba-Mu untuk mencari secebis mutiara untuk dijadikan bekalan di sana kelak.. Ya ALLAH Hamba-Mu ini memohon agar dipermudahkan segala urusan dan tanggungjawab yang diberikan bagi menjadi seorang pendidik yang mulia dan jauhkan lah segala kemusykilan dan kemungkaran daripada hamba-Mu yang kerdil ini.

Monday, October 8, 2012

Sahabat... Terima Kasih Atas Ucapan, Hadiah Dan Doa Kalian.


Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.

syukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan pada hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.
Dari tadi lagi ambo dok memikirkan nak mula belah mana nak tulis entri malam ni. Lamo dah tok update blog ni..nok kato sibuk dok jugok, tapi buleh kato lagu tu la tamboh2 plok internet rumah tak dok…Kira ambo tulis gapo hok dok bersarang di kalbu yang terasa 'heavy with gratitude and love'.
Sahabat... Terima Kasih Atas Ucapan, Hadiah Dan Doa Kalian.
Sebenarnya diri ini amat terharu dengan semua komen ucapan, hadiah  dan doa dari sahabat sekalian. Tiada apa yang dapat kawe balas melainkan doa untuk kalian agar Allah pelihara kalian semua dari api Neraka dan memberkati hidup kalian di atas dunia ini.
Untuk malam ni penulisan ditujukan khas kepada rakan/sahabat/teman-teman yang betul-betul membuatkan diri ni rasa tidak kesunyian dengan adanya sokongan dari kalian semua yang memberi kiriman ucapan hari lahir kepada hamba. Walaupun ianya sekadar di facebook, atau pun melalui sms tetapi hakikat bukan senang untuk memberi ucapan walaupun ianya hanya membuat beberapa klik dan menaip. Sebenarnya setiap kedatangan ke profail dan memberi ucapan serta doa kepada rakan lain memerlukan keikhlasan yang telah rakan-rakan tunjukkan. Keikhlasan itulah membuatkan saya terharu.
Alhamdulillah, kini usia sudah mencapai ke angka 23 tahun. Bak kata orang umur adalah angka semata-mata, tua adalah usia semata-mata. Namun hakikatnya mati tidak mengenal usia ataupun umur, hidup kita ibarat buah kelapa tak kira muda atau pun tua, bila tiba masanya pasti akan gugur ke tanah jua.
Pada usia yang menuju kedewasaan ini pelbagai ceritera hidup serta sejarah(kenangan) telah pun terlakar. samada manis atau pun pahit sama-samalah kita menelamnya. Jika ia pahit namun merupakan penawar baki racun usah dibiarkan ia terbuang begitu sahaja.. seperti selalu yang sahabat ku pernah berkata kepadaku setiap perkara yang kita lalui pasti ianya adalah kelebihan untuk diri kita, jangan sesekali katakan bahawa ia adalah malapetaka atau titik hitam dalam hidup serta kenangan kita. Segala yang terjadi pasti beralasan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan di muka bumi ini… agar kita tidak terus leka dan hanyut dibuai kesenangan semata-mata..
Ulang tahun kali ini lebih meriah dengan ucapan daripada kenalan samada di dinding FB, skrin HP, Twitter, serta msg2 yang tidak henti-henti tika ini seolah-olah memberi signal jelas bahawa insan yang kerdil ini sebenarnya disokong dan di dokong oleh sekalian kenalan yang mengenali diri ini yang serba kekurangan dalam menuju kejalan yang direadhai olehNya. ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman, dan juga sahabat-sahabat yang turut mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan diri ini, keluarga dan perjuangan demi menegakkan KeBENARan. 
Ribuan kemaafan hamba pohon kepada mana-mana pihak yang terguris dengan lebih kurang perilaku dan bicara tambahan diri ini, tidak pula diri ini mengucapkan sebarang ucapan ulang tahun kelahiran kepada kalian sekalian. Tahu sahaja diri ini tidaklah selalu "aktif" dengan laman sesawang ini. Ucapan ribuan kemaafan hamba hulurkan. semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin. InsyaALLAH.

tIADA KATA SEMANIS BICARA tERIMA kASIH YANG BISA KU LUAHKAN KEPADA KALIAN SEMUA. dOAKAN YANG TERBAIK DEMI PERJUANGAN YANG hak.. dEMI aGAMA!!!!!!!!
Akhir Kalam, Salam Perjuangan!!!! uKHUWAH FILLAH !!!!!!!!!!!!

Monday, June 4, 2012

dipenghujung semester...

assalamuallaikum w.b.t..lama sudah rasanya diri ini tidak membuat sebarang post kat blog ni..
semakin hari semakin sunyi je kat tempat aku tinggal ni..
Alhamdulillah hari ini seperti hari-hari yang sebelumnya masih lagi di kurniakan kesihatan tubuh badan yang sempurna..syukur sagat-sagat..
perasaan sama juga seperti setiap kali penhujung semester walaupun semester kehidupan aku agak tidak normal seperti semester yang lepas..maklumlah la penyakit malas tu tinggi sagat....
keadaannya tetap sama seperti sebelum ini, sebelum exam ramai yang balik kampung, ada yang cakap nak ambik berkat dan minta restu daripada kedua orang tua..sayu rasa hati ini mendegar begitu..walaubagaimanapun hati ini tetap bersyukur walaupun berada jauh diperantauan hubungan dengan ibu bapa tak pernah putus walaupun jarang-jarang sekali berhubung tetap dapat tahu maklumat dan berita pasal mereka kat kampung halaman..kalau ikutkan hati nak je pulang kamu, namum diri ini terpaksa menahan nafsu itu kerana ada urusan yang nak kena selesaikan sebelum pergi berpraktikum..................rindu sagat-sagat nak balik bila melihat kawan-kawan balik..

hari ini tempat aku belajar dah mula exam tapi macam biasa la diri ini tak pernah kena exam pada hari pertama, esok first paper aku...tegok la macam mana teruknya aku..orang lain sibuk mengadap buku namun aku sibuk mengadap letop menaip sana sini, berchating, berFB dan macam-macam la..dengan alasan kalau study lama-lama stress la.....hehehehe kadang tu terfikir juga kenapa la aku ni malas sagat nak belajar..bila dapat result teruk nak rasa kecewa padahal diri sendiri yang tak nak belajar bersungguh-sungguh..

hari ini sempat keluar mencari sarapan dengan kawan-kawan yang baru je sampai daripada kampung setelah bercuti beberapa hari..Alhamdulillah semuanya ceria-ceria belaka..sambil menyatap makanan apa lagi borak la kami seolah-olah tidak berjumpa beberapa tahun.. setelah selesai makan aku terus ke kampus baru untuk submit aku punya tugasan..siap di perli lagi oleh kawan-kawan.. time-time exam pun ada lagi nak hatar asgmnt...hisssss
apa boleh buat dah itu tugasan yang diberikan oleh lecturer tak buat, tak hatar nanti aku juga yang menanggungnya..hehheeh
senjuknya dan nyaman sungguh udara di waktu pagi..waaaahhhhhh ramainya ornag yang exam hari ini..apa2 pun GOOD LUCK la ya kawan-kawan..jawab exam tu elok-elok tulis apa yang ditanya jagang dok menulis benda yang tak menjawab soalan nati kena marah nga lecturer nanti..

balik je kawan serumah aku ni terus tersenyum gembira..aku ingatkan dapat jawab dengan tenang rupa-rupanya hari ini meruapakan hari first n last dia punya paper..aduhh tensionnya makin teringat pula nak balik kampung macam ni..sabor je la just tggu untuk beberapa hari je lagi..lepas ni tak payah fikir pasal exam tetapi kena pikir pasal praktikum pula..seolah-olah terasa macam tak berapa nak bersedia la nak pergi mengajar dan berhadapan dengan anak murid kat sekolah tu.....sabar je la...harap2 dipermudahkan dalam setiap urusan..
rasanya dah cukup dah diri ini mengarut...ok la nak sambung tegok2 buku jap itu pun kalau rajin.. jom kita pakai berdoa semua agar hidup kita sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa..dalam kita mencari kereadhoan  NYA..insyaALLAH....
wassalam...

segalanya tinggal kenangan....