Wednesday, October 24, 2012

sayunya rasa hati


Begini la keadaan di minggu-minggu akhir di SMKSTA sayu rasanya hati nak meninggalkan sekolah ini. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenangan inikan pula tempat kita menuntut ilmu dan mencari pengalaman kehidupan untuk dijadikan bekalan di dunia dan akhirat kelak..insyaALLAH.
4 bulan sekarang ni bukan satu jangka masa yang panjang, tempoh masa aku berada di SMKSTA sebagai guru pelatih berlalu dengan pendek sahaja. Nak tak nak memang dah lumrah kehidupan setiap permulaan pasti ada penghujungnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap yang hidup pasti akan menemui mati..
4 bulan sudah cukup untuk diri ini mengubah sikap dan perwatakan untuk memberi sepenuhnya kasih sayang dalam bidang pendidikan ini.. memang betul untuk melahirkan tenaga pengajar cukup mudah namun untuk melahirkan pendidik sagat susah.
Walaupun hanya mendapat pengalaman menjadi guru, sebagai gurur pelatih namun sudah cukup untuk diri ini mula bercakap tentang cabaran dan dugaan sebagai seorang warga pendidik ini sangat mencabar… mana tak nya, setiap sekolah terdapat perbagai kerenah murid-murid yang datang daripada pelbagai latar belakang, itu  jika berceritakan guru dengan murid tidak lagi bercerita tentang kisah guru antara guru serta pihak pentadbir.. nak tak nak terpaksa la hadapi semuanya ya..bak kata orang pengalaman akan menjaga kita erti kehidupan yang sebenar.
Pengalaman yang aku dapat di SMKSTA sebagai seorang guru pelatih memang tidak akan sama dengan mana-mana guru pelatih di sekolah lain.. maklum la jalan kehidupan tidak sama walaupun bidangan yang sama namun jalan penugasannya cukup berbeza.. kalau tak mana akan ada timbul pelbagai isu dalam kehidupan seharian kita ini kan…
Dalam masa 4 bulan sudah cukup untuk ku menilai diri aku yang aku ini layak ataupun tidak untuk menjadi seorang pendidik, cukup bayak lagi aku perlu belajar sebelum menempuh atau diberi gelaran sebagai seorang cikgu.. di mata masyarakat perkataan cikgu amatlah dipandang mulia sekali sebab itulah para pendidik semua harus menjadi suri teladan kepada semua anak bangsa..
Teringat kata-kata cikgu Hazani untuk kita menjadi seorang pendidik kita perlulah mendidik diri kita terlebih dahulu barulah ilmu dan ajaran yang kita sampaikan tidak akan merosakkan anak bangsa kita sendiri.
TERIMA KASIH SEMUA WARGA SMKSTA YANG TELAH MEMBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK DIRI INI MENIMBA ILMU DAN MENCARI PENGALAMAN DIBUMI MANONG INI UNTUK DIJADIKAN BEKALAN SEBAGAI SEORANG PENDIDIK KELAK..InsyaALLAH..
tHANKS A LOT MY STUDENT terutama 4ss, 2j DAN SEMUA WARGA PENDIDIK DI SMKSTA. Jasa dan tunjuk ajar daripada anda semua amat la diri ini hargai, maaf dipinta sekiranya sepanjang mengenali diri ini ada membuat salah tanpa disedari dan segala keburukan itu datang daripada kelemahan diri ini sendiri.. yang baik datang daripada ALLAH S.W.T.
sehingga kita berjumpa lagi..jika ada rezeki dan jodoh..
semoga berjaya untuk semua student SMKSTA semoga anda semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.. jangan lupa jaga iman dan amal semua insya-Allah kita akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman…
Terima kasih Ya ALLAH, kerana memberikan peluang kepada hamba-Mu untuk mencari secebis mutiara untuk dijadikan bekalan di sana kelak.. Ya ALLAH Hamba-Mu ini memohon agar dipermudahkan segala urusan dan tanggungjawab yang diberikan bagi menjadi seorang pendidik yang mulia dan jauhkan lah segala kemusykilan dan kemungkaran daripada hamba-Mu yang kerdil ini.

No comments:

Post a Comment