Monday, October 8, 2012

Sahabat... Terima Kasih Atas Ucapan, Hadiah Dan Doa Kalian.


Bismillahhirahmanirrahim, Assalamuallaikum dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.

syukur kepada Ilahi kerana masih dikurniakan kesihatan pada hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.
Dari tadi lagi ambo dok memikirkan nak mula belah mana nak tulis entri malam ni. Lamo dah tok update blog ni..nok kato sibuk dok jugok, tapi buleh kato lagu tu la tamboh2 plok internet rumah tak dok…Kira ambo tulis gapo hok dok bersarang di kalbu yang terasa 'heavy with gratitude and love'.
Sahabat... Terima Kasih Atas Ucapan, Hadiah Dan Doa Kalian.
Sebenarnya diri ini amat terharu dengan semua komen ucapan, hadiah  dan doa dari sahabat sekalian. Tiada apa yang dapat kawe balas melainkan doa untuk kalian agar Allah pelihara kalian semua dari api Neraka dan memberkati hidup kalian di atas dunia ini.
Untuk malam ni penulisan ditujukan khas kepada rakan/sahabat/teman-teman yang betul-betul membuatkan diri ni rasa tidak kesunyian dengan adanya sokongan dari kalian semua yang memberi kiriman ucapan hari lahir kepada hamba. Walaupun ianya sekadar di facebook, atau pun melalui sms tetapi hakikat bukan senang untuk memberi ucapan walaupun ianya hanya membuat beberapa klik dan menaip. Sebenarnya setiap kedatangan ke profail dan memberi ucapan serta doa kepada rakan lain memerlukan keikhlasan yang telah rakan-rakan tunjukkan. Keikhlasan itulah membuatkan saya terharu.
Alhamdulillah, kini usia sudah mencapai ke angka 23 tahun. Bak kata orang umur adalah angka semata-mata, tua adalah usia semata-mata. Namun hakikatnya mati tidak mengenal usia ataupun umur, hidup kita ibarat buah kelapa tak kira muda atau pun tua, bila tiba masanya pasti akan gugur ke tanah jua.
Pada usia yang menuju kedewasaan ini pelbagai ceritera hidup serta sejarah(kenangan) telah pun terlakar. samada manis atau pun pahit sama-samalah kita menelamnya. Jika ia pahit namun merupakan penawar baki racun usah dibiarkan ia terbuang begitu sahaja.. seperti selalu yang sahabat ku pernah berkata kepadaku setiap perkara yang kita lalui pasti ianya adalah kelebihan untuk diri kita, jangan sesekali katakan bahawa ia adalah malapetaka atau titik hitam dalam hidup serta kenangan kita. Segala yang terjadi pasti beralasan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan di muka bumi ini… agar kita tidak terus leka dan hanyut dibuai kesenangan semata-mata..
Ulang tahun kali ini lebih meriah dengan ucapan daripada kenalan samada di dinding FB, skrin HP, Twitter, serta msg2 yang tidak henti-henti tika ini seolah-olah memberi signal jelas bahawa insan yang kerdil ini sebenarnya disokong dan di dokong oleh sekalian kenalan yang mengenali diri ini yang serba kekurangan dalam menuju kejalan yang direadhai olehNya. ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman, dan juga sahabat-sahabat yang turut mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan diri ini, keluarga dan perjuangan demi menegakkan KeBENARan. 
Ribuan kemaafan hamba pohon kepada mana-mana pihak yang terguris dengan lebih kurang perilaku dan bicara tambahan diri ini, tidak pula diri ini mengucapkan sebarang ucapan ulang tahun kelahiran kepada kalian sekalian. Tahu sahaja diri ini tidaklah selalu "aktif" dengan laman sesawang ini. Ucapan ribuan kemaafan hamba hulurkan. semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan. Amin. InsyaALLAH.

tIADA KATA SEMANIS BICARA tERIMA kASIH YANG BISA KU LUAHKAN KEPADA KALIAN SEMUA. dOAKAN YANG TERBAIK DEMI PERJUANGAN YANG hak.. dEMI aGAMA!!!!!!!!
Akhir Kalam, Salam Perjuangan!!!! uKHUWAH FILLAH !!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment