Sunday, April 10, 2011

Kebuntuan diperhujung semester..hehehehehe(entah betul ke tidak cerita degan tajuk ini...)


Assalamuallaikum dan selam sejahtera..
Alhamdulillah seperti hari-hari sebelumnya bumi tanjung malim ini sentiasa dibasahi degan rahmat hujan. Semasa hujan turun, aku keluar duduk diberanda depan rumahku di KHAR. Suasana yang dingin ditiup angin. Hidup hanya sementara. Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya, dan dalam masa yang sama, menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.

terlintas difikiran ini kemanakah semua orang pada waktu ini..oooo terlupa biasa la hujung sem ni ramai yang balik kampung, atau keluar menjalankan aktiviti dengan kawan masing-masing ataupun ada yang menhabiskan masa degan bermain games, melepak dan sebagainya hingga kelewat malam pasti tidor tak bagun lagi terlintas difikiranku sambil terseyum..hehehe..

aku terdiam seketika apabila teringat yang exam akan menjelma tak lama lagi..exam dah dekat......, persiapan untuk exam belum lagi diri ini memulakannya..terlintas pelbagai persoalan difikiran ini..apa la yang sahabat-sahabat seperjuanganku tegah buat sekarang ni ya..adakah mereka sama juga seperti aku yang hanya suka berangan-angan tanpa melakukan sesuatu pun..harap-harap semua tidak berlaku sepertimana yang aku tengah fikirkan.. Hal ini demikian kerana, Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan, dimana kita makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan merupakan satu perkara yang amat sukar, kerjayaan diumpamakan seperti menanam pokok buah-buahan. Dimana kita perlu Tanam, dijaga dengan rapi diberi pelbagai jenis baja untuk kita melihatnya terus hidup subur dan nikmati hasilnya kemudian hari.

Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang, semua pelajar mahu berjaya dalam hidup. kejayaan adalah menyeronokkan, tetapi bolehkah kita bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?

Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang menyeronokkan. Lambat sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang, penat pulak tu kena belajar. Jadi, macam mana nak seronok cepat? Adakah degan Melepak…seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut kawan hisap rokok…seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..arhhhhhh malas la aku nak fikir tentang semua ini..hehehee.....Malangnya, apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan dalam jangka masa panjang…..(fikir-fikirkanlah)

Hidup hanya sementara. Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya, dan dalam masa yang sama, menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan. Fuhhh...rupa-rupa begitu sukar ingin mengecapi kerjayaan. kadang-kadang itu terlintas juga difikiran ini..adakah masa yang ada sebelum exam ni pelajar melepaskan stress degan perkara-perkara yang menyeronokkan setelah bertukus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing........... bila berbicara tentang stress.......BENARLAH kata-kata hikmah yang meletakkan kewarasan sebagai rahmat paling agung. Apabila pertimbangan telah hilang dan manusia menjadi gelap mata walau seketika cuma, matilah zuriat di tangan orang tua sendiri. Begitulah sebaliknya, anak-anak menjadi kering hatinya tatkala menyembelih ibu bapa mereka. Kes-kes ‘tekanan mental’ yang luar biasa dan semakin berleluasa ini pada awalnya bertitik tolak dari stres ringan tetapi tidak diberikan perhatian sewajarnya. Fuhhh dasyatnya penagan stress ini....patutlah ramai yang membunuh diri akibat tidak dapat mengawal stress..

Padahal, skil pengurusan stres boleh dipelajari dan langkah pertama hanyalah dengan membuka mulut untuk bercakap. Mungkin, rakyat Malaysia perlu dilatih secara lebih serius untuk meluahkan perasaan mereka dan bersikap terbuka mengenainya...hehehehehehe.......Tiada apa yang hendak dimalukan. Jangan sampai kita akhirnya terpaksa menerima nasib yang sama kerana tekanan mental yang bertitik tolak dari stres boleh terjadi kepada sesiapa jua...(ingatlah itu semua ya..termasukalah diri yang suka menulis ini juga..).

DALAM kehidupan serba moden yang penuh mencabar ini, tekanan perasaan atau stres sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pendek kata, stres adalah hidup dan hidup adalah stres. Mungkin, kebanyakan daripada kita melihat stres dari perspektif negatifnya sahaja seperti gejala sosial, kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan risiko penyakit mental. Sesetengah stres juga adalah baik sebenarnya apatah lagi dalam tuntutan seharian kita dalam mengejar masa dan tarikh akhir.

Stres memberikan kita tenaga dan motivasi untuk mengendalikan proses itu. Tanpa stres, seseorang pekerja atau pelajar itu mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan atau projeknya pada masa yang telah ditetapkan. Pasti ramai diantara kita pernah merasakannya..tak payah la nak tipu ya..sbb diri ini pun pernah terkena stress sebab suka sangat buat tugasan last-last minute..hehehe..(adat seorang student ke?...mybe tidak kot...kih3xx)....sepertimana yang kita tahu, perasaan stres ini terbit daripada naluri semula jadi tubuh untuk mempertahankan diri daripada sebarang perubahan atau pengubahsuaian persekitaran mahupun, tekanan fizikal dan emosi yang dalam situasi ekstremnya boleh mendatangkan bahaya. Ia meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan oleh itu, membolehkan kita bertindak balas terhadap sebarang situasi meruncing yang bakal tercetus terutamanya dalam kes-kes kecemasan.

Sekiranya ia normal, kenapa saya sedih?

Walaupun stres itu baik, namun, jika keterlaluan ia boleh mendatangkan kesan sebaliknya. Ia boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut meragam, tekanan darah tinggi, malah penyakit jantung dan strok.

Stres kronik yang berlanjutan tanpa diberikan perhatian dan rawatan sewajarnya membuatkan kita berasa seperti terperangkap dan tidak mampu untuk mengendalikannya.

Badan kita terpaksa berkerja lebih masa dan tiada ruang untuk menempatkan kesemua tenaga berlebihan yang ada. Ini seterusnya membuatkan diri anda berasa takut, bimbang, resah gelisah dan berdebar-debar...(entah menjawab entah tidak soalan diatas tu..)

Apakah perubahan-perubahan yang boleh menekan aku?...........

Situasi yang mencetuskan stress – keadaan di mana kita mengalami permintaan yang melebihi keupayaan untuk mengendalikannya – adalah unik bagi setiap orang.

Apa yang menekan A mungkin tidak menjadi hal kepada B. Gen, personaliti dan pengalaman hidup semuanya mempengaruhi tindak balas stres tubuh kita..

Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami stres setelah ditegur oleh ketua jabatannya manakala bagi individu yang lain pula tidak berasa apa-apa. Apa jua perubahan boleh mencetuskan tekanan, sekalipun perubahan yang baik-baik sifatnya.

Adakah punca stress satu ancaman? Atau ia tidak perlu dirisaukan?(sapa boleh jawap..akan tangan macm awok ya..semuanya terpegaruh dengan DVD aje..nampok benor tipunya..hehehhee)

Stres merupakan sesuatu yang normal dan sebahagian dari proses hidup. Pun begitu, tidak bermakna kita perlu mencampuradukkan segala masalah yang ada, putus harap dan mempunyai pemikiran-pemikiran negatif seperti ‘tiada orang lain yang mengalami tekanan seperti aku’.

Ingat, kita bukan insan yang lemah kerana mengalami tekanan tetapi, kita tertekan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Justeru, menyalahkan diri sendiri atau melakukan perkara yang bukan-bukan baik mencederakan diri sendiri atau menjejaskan orang lain, hanyalah satu tindakan sia-sia.

Perkataan “aku telah cuba mengendalikannya tetapi aku seperti sudah berputus asa”

Ini satu petanda bahaya. Ada kalanya, stres menjadi terlalu besar untuk kita tangani. Ia boleh mencetuskan perasaan-perasaan buruk yang mungkin kita fikirkan seperti mencederakan, malah membunuh diri sendiri.

Apabila anda berasa seperti sudah putus harap, nampaknya, keadaan tidak akan menjadi bertambah baik. Terus bercakap dengan seseorang apabila kita mengalami perasaan ini tak payah la nak malu-malu. Hal ini demikian kerana apabila kita bercakap dan meluahkan perasaan merupakan langkah pertama untuk kita belajar menguruskan tekanan yang dialami dan mula berasa sedikit lega dan bertambah baik.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa mengawal stres adalah sesuatu yang boleh kita pelajari kerana stres itu sendiri datangnya dari cara mana kita memberikan respons terhadap situasi yang menekan itu.

Di manakah kita boleh mendapatkan pertolongan?
* Hospital
* Klinik kesihatan
* Persatuan Kesihatan Mental Setempat
* Sekolah, institusi pengajian tinggi atau pusat perkhidmatan kaunseling... (pandailah ya cari jawapannya sendiri..)

Entah la apa yang aku merepek kali ini..aku pun dah naik pening dah sebab banyak sangat berfikir..adakah ini satu stres yang sedang aku alami...oooooooooo tidakkkkkkkk....katakan tak nak pada stres yang boleh memudaratkan diri..(”tajaan ini ditaja oleh diri sendiri”..kih3xx)..biasalah cara nak kawal stres katakan..

Hai rakan-rakan yang budiman sekalian,
Ingatlah tujuan utama kita datang belajar ya jagan dok asyik nak senang je..Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... aku rasa hari ini sebelum saya nortahkan penulisan saya ini..saya nak tulis satu kata-kata yang guru saya selalu ucapakan sewaktu proses p&p dan kata-kata ini lah selalu saya ingat… “bukan senag nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah”…terima kasih cikgu..

kalau ada tersilap sepanjang kamu semua membacanya saya memohon maaf la ya..maklumlah saya ni budak baru nak belajar..hehehehe..kalau ada salah dan silap selah komen2x..n tegurkanlah ya..thanks….

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

p/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Renungan kita bersama bagi mencapai kerjayaan....
 • Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda kita...
• Hanya memikirkan yang terbaik, kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik.
• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.
• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.
•Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.
• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga kita tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.

4 comments:

  1. gaponamo nnh......mgepek ko mrapu..ak ingt bleh plagiat nk letok dale note stress..tp habuk pom xdop..huhu..
    p/s:bgus2..ado pningkatan dlm pnulisan..sem dpn bli sbutir diari..tulis dlm tuh la boh deh...

    ReplyDelete
  2. kita pun tok tahu nama rima kita dok merapu ni lid eh..nok pelagiat lagumana gak..muga jauh gak dgn tajuk tu....ni la akibat dok sore gak jadi lagu ni la...hahahhahaa

    lid diari mahal nok beli lid..kita tulis dale ni la free jah muga tu..tggu taip jah..hehehe

    ReplyDelete
  3. diari elektronik la muroh..install jah dale komputer tuh...hahahahha
    p/s:aloh ko ore sedak slalu..

    ReplyDelete
  4. kita tak dok install mugo tu..hahaha..bagi la alah kot ni etek..hehehehe..

    p/s: kawe sokongh gapo hok demo royak..paku dulang paku sepih mengata orang demo tu kuat lagi..hahahaha..

    ReplyDelete