Thursday, November 25, 2010

sajak untuk remaja

dinahari di terminal bas kota bharu.. ragamnya bukan kepalang.. cetusan remaja.. 


gerimis mula bertandang.. lalu kelopak itu penuh berisi air, yakni air muka setiap manusia yang berbeza, berbeza walhal seagama, seagama dan serupa semua.... jadi....
aku terdetik lukirkan sesuatu.. untuk mu wahai remaja.. 


remaja,


perlukah kau idam jejaka yang tampan,
perlukah kau damba gadis cantik rupawan,
perlukan al-Quran jadi panduan,
perlukah as-Sunnah jadi ikutan,
adakah mati engkau berteman ,
tepuk dada tanyalah IMAN.


remaja,


pernahkan kau mengambil kisah 
tentang al-Quran dan juga as-Sunnah
yang dicincang takkan punah,
yang dipijak takkan rendah,
yang ditikam takkan rebah
kerna ia utusan Allah 
yang maha pengasih lagi maha pemurah


remaja,


hidupmu kini perlu berdikari
yakni berdiri di kaki sendiri
janganlah diikuti kehendak hati
kelak hidupmu tidak bertali
peliharalah iman dan juga hati
seperti dituntut imam syafie


remaja,


zamanmu  sarat dengan pelbagai pancaroba
darah muda menggelegak meronta
meronta mencari keseronokan dunia
sekadar indah di mata
bak indah suara dari bahasa
agar engkau sentiasa leka
dengan segala hasutan dunia.


nurkilan ini hasil idea dan rasa dari hati sahabatku yang bergelar remaja.
marilah kita bersama-sama bermuhassabah diri kita dalam mencari readha illahi :
(zarith mohamed _pasir puteh) nov 2010.





No comments:

Post a Comment