Friday, November 26, 2010

cinta ALLAH adalah cinta hakiki

BILA kita bercakap tenang CINTA pada masa kini..kita tidak akan terlepas untuk bercakap tentang kisah CINTA MOYET yang berlaku disetiap penjuru persekitaran hidup kita,tak kiralah di sekolah atau intitusi pengajian tinggi..cuba anda lihat dan renungkan apa yang terjadi dipersekitaran kita pada masa kini...kadang-kadang pasangan bercinta ini tidak betahan lama..sekejap mamat ni aku tgok berpasangan dgn minah..tup tup...bulan depan dah bertukar pasangan dah..ada tu bercinta dgn orang lain, berkahwin pun dgn orang lain..apa nk jadi dahhh....mmg la jodah kita telah ditentukan..tapi bila difikirkan balik adakah perlu cinta sedemikian..?..tepuk dada tanya iman..

kembali kepada topik yang ingin saya sentuh...CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dan akan dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau dan gila bayang.
Untuk memperolehi cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira masa dan di mana  asalkan sasaran  pergetian cinta dapatdicapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang kehidupan kita tersasar dalam mencari erti sebenar cinta. Kita hanya bergelut untuk mencari dan mendapatkan cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik.Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta dan merupakan cinta yang abadi mahupun didunia dan diakhirat kelak. 

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan. Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan melekat di menaranya sendiri. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga dan keringat, bagaimana untuk memperohi dan memiliki cinta Allah.

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.
(panduan ini diambil daripada sebuah buku yang ditulis oleh ustaz Mohd.Zawawi Yusoh)

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.

Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.

Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.

Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah:
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi.
4. Tidur sekejap waktu tengah hari.

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.

Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.

Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama dan rasanya pun berlainan.

Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah dimuka bumi ini.

Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.sebaliknya jika kita cinta kepada manusia ianya merupakan cinta yang tidak bertahan lama dan belum tentu mendapatkan respon daripada tuan punya badan kan?

mari lah kita sama-sama mencari dan mendapatkan cinta illahi dalam menuju ke jalan yang benar bagi menjaminkan kesejahteraan hidup didunia mahupun diakhirat...
sedikit pegisian rohani ini adalah bertujuan untuk mengigatkan diri ini sendiri dan mengajak para sahabat bersama-sama kita bermuhassabah diri kita agar kita tidak leka dan alpa dengan nikmat dunia yang dimiliki sekarang ini..
apa yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri..
wallahualam...

No comments:

Post a Comment