Wednesday, February 29, 2012

ari nie.....


Assalamualaikum..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan MAha Mengasihani~( "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13)-28.

lama sudah rasanya tak ambik masa di waktu pagi untuk menulis kat laman blog ni yg membuatkan aku bersemangat balik nak mengadap skrin bisu ne bila nengok2 blog2 yg ceria dan meria.. tu yg membakar kembali semangat petirotik aku.. Daripada mimpi lahirlah impian. Semacam daripada kata akar yang sama. Kedua-duanya berkaitan dengan imaginasi. Hmm...bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?

"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"

Kata-kata semangat daripada Mr.32ari ne aku nak sentuh pasal TODAY dalam bahasa melesia HARI INI bertarikh 29.2.2008. ari ne dah sedia maklumkan bahawa hanya 4 tahun sekali je tarik tersebut muncul heheheh beruntunglah sesiapa yg lahir, kawin apa saja jelah pada tarih tersebut, mana tak untungnyer 4 tahun sekali nyambut ulang tahun.. mudeee 4 tahun tu. hihik.

kekadang tu tertanya2 gak kenapa yek ia berlaku, tapi tak tercapai dek akal ku itu semua kuasa Yang Maha Esa, Dia lebih mengetahui apa yg di langit, yang dibumi. Dia saja yg tahu kenapa bulan 2 ne hanya 4 tahun sekali ada tarikh 29.2. bila direnung balik terlalu sempurnanya ciptaan Ilahi. aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim walaupun taklah sewarak mana sekurang2nya aku juga tergolong dalam org2 yang dirahmati oleh Allah. yelah ada tempat tinggal, ada pakaian untuk di pakai ada makanan untuk dimakan. heheheheeh..
Berkawanlah selagi ada hati,
Bergembiralah selagi ada teman disisi,
Ingatlah seseorang selagi terasa ia bererti
Jika dikatakan embun pagi itu suci,
Suci lagi pengorbanan dan keikhlasan,
Jika dilihat pulau itu indah,
Indah lagi sebuah pertemuan
Jika dirasa mutiara itu bernilai
Bernilai lagi sebuah persahabatan

bercerita dan bergurau seperti bayang2….akan muncul bila terbit mentari dan akan hilang bila mentari ditenggelami oleh bulan. 
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan
Bukan pada manisnya ucapan dibibir
Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya
Kebahagian itu adalah hembusan dari langit
Ditiup ke dalam hati orang yang beriman
Mereka akan tetap berhati teguh dikala orang lain
Mengalami kegoncangan.

Tuesday, January 3, 2012

exam exam juga....

Bismillahirrahmaanirrahim...
Hehehehe... tengah-tengah study menyempatkan juga diri menulis kat blog nie..
huh~..Tarik nafas... ambil mood dulu yang peting.. kikiki...
Selawat banyak-banyak...

Allahhumma solli 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad..

Alhamdulillah...
Sebenarnya, dalam sibuk mengulang kaji, saya berasa jauh pula dengan Allah.. Tiada istiqamah dalam meneruskan segala kebaikan yang diharapkan berterusan...

Mengapa demikian agaknya.. Allah.. adakah ini tandanya ilmu yang dituntut tidak berkat.. na'uzubillah... Ya Allah, Engkau ampunkanlah kami ini.. Hamba yang sangat sikit pengetahuan.. dan lemah kekuatan hatinya...

Ya Allah... Dari sudut hatiku, hamba yang penuh dosa ini.. Aku malu menghadap wajahku kepadaMu... Saban hari menasihati orang lain.. sedang diri sendiri begitu susah untuk dinasihati... Bagaimana bisa aku menjadi hamba yang berkualiti ya Allah...

Pilihlah aku ini ya Allah... menjadi hamba yang sentisa mendekatkan diri padaMu..
Amin

Thursday, December 22, 2011

kehidupan dan pembangunan

pada sebuah tanah yang dahulunya kering kontang
kini dihujani kilauau mutiara, dibanjiri permata
tanah terbiar, timbuhan meliar
paya menebar tidak lagi terbiar
diterokai menjadi kota batu
tumpuan penghuni.

bangunan-bangunan tinggi gagah menjulang langit
gedung-gedung ilmu tersergam indah
ruang kerja yang mencurah
peluang pendidikan yang cerah
hadiah warisan untuk anak-anak kami

aku merenung pada kaca
kotaku yang indah, maju dan moden
keretanya berduyun, bangunan tumbuh mencakar langit
bunga dan taman, penyejuk halwa mata
kota itu adalah cerminan tamadun bangsa
tempat membina cinta
tempat harmoni bersemi
tempat simpati berdiri

asap tebal kilang-kilang
menjulang ke atmosfera
kilangnya canggih malangnya kuno mengurus alam
sungai dan longkang sampah mengalir lesu
menangisi kematian ikan, udang dan ketam di kuala
unggas di rimba turut derita
kota kita dimungkirkan kata
air sungainya tak tenang mengalir
hingga kedadak hitam asap-asap menghiasi pandangan
ikan-ikannya pula terbantut
pagi-pagi hening tanpa godaan asap,
apakah masih ada?

pendudukku sayang
jangan pejamkan matamu
kelak tak nampak pohon bunga layu
longkang kotor
kelak tak nampak timbunan sampah
bukan salah kota,
andai sampah merata-rata
mengaburi pemandangan mata


kerana pembangunan kota bukit tinggi telah rata
rumput hijau telah tiada yang ada hanya batu-batu
kerana pembangunan kota suara burung tiada menyapa
bersiul dan terbang ceria pun sudah tiada


hutan ni...
rumah kami, stor makanan, stor pelbagai dan hospital kami.
kalau kami sakit kepala, demam, luka atau dipatuk ular,
doktor sentiasa ada dalam hutan ni. macam di bandar juga.
kalau nak musnahkan hutan ni,
baik juga musnahkan hospital dan kedai kamu pada masa yang sama.

  
pembangunan yang dirancang dengan mengekalkan citra alam sekitar
mampu membina suasana bangga warganya.
walaupun dari segi sifat kewujudannya di desa dan di kota mungkin berbeza
dirancang dan semula jadi, namum masih memelihara nilai falsafah alam sekitar
serta memberi pelbagai kemudahan sosial, budaya dan ekonomi.
kalau kota mahu juga dibina pastikan kehendak penghuninya diambil kira.

Wednesday, December 21, 2011

dunia ini.....penuh cabaran dalam kesenangan

Tidak habis berfikir apabila mata ini memandang
Pesona keindahan alam begitu terbentang luas dihadapan
Barisan bukit – bukit nampak begitu indah bila dipandang
Bentangan samudra begitu kaya dengan hasil hutannya,Dataran hutan begitu menyegarkan udara disekelilingnya

Namun ku lihat kini dimana keistimewaanmu ?
Kenapa engkau semakin tiada di bumi ini
Hutan – hutan banyak yang telah dicabul haknya
Laut – laut banyak yang tercemar
Kawasan hutan simpan banyak dijadikan perumahan
Apakah memang bumi Malaysia telah rosak ?
Wahai manusia, Ada apa dengan sikapmu yang angkuh dalam megejar keuntungan?

Kenapa kau bertindak di luar batas ?
Perilakumu begitu menghancurkan alam ini
Lihatlah, tataplah dan pandanglah
Alam disekelilingmu kini sedang bersedih kerana sikapmu.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Sambutan Maal Hijrah 1433 hari ini disambut sederhana dengan kebanyakan masjid di sekitar ibu negara mengadakan aktiviti keagamaan termasuk kuliah dan ceramah untuk menyemarakkan lagi hari memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW dan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah.

Penghijrahan yang abadi dan total kepada setiap insan muslimin sememangnya dituntut dalam Islam. Apakah tiada siapa yang terkesan daripada peristiwa penghijrahan 1433 tahun dahulu oleh Nabi Muhammad S.A.W?

Sesungguhnya hanya dengan dengan adanya peristiwa penghijrahan itu yang telah ditentukan Allah maka Islam berkembang dan mula tersebar meluas keserata pelusuk dunia.

Maka kini apakah tugas penyebaran dakwah itu terhenti? Tidak,setiap insan muslimin bertanggungjawab menyebarkan dakwah kepada setiap orang yang mereka temui, saling ingat mengingati tidak kira dalam apa jua bentuk penyebaran itu asalkan mengikut syariat Islam.


Hijrah Dulu VS. Hijrah Kini

Jika diteliti maka sudah pasti terdapat perbezaan yang amat jelas antara hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hijrah yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang iaitu yang tinggal di kampung menuju ke bandar.

Hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah bertujuan menyelamatkan agama dan akidah, mencari jalan bagi melicinkan usaha memantapkan penghayatan agama dan merupakan usaha mengembangkan risalah Islam kepada seluruh manusia sekalipun mereka terpaksa menanggung kerugian duniawi.

Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf r.a telah meninggalkan semua harta mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah setelah kaum muysrikin Mekah menghalang mereka membawa bersama-sama harta mereka.

Manakala hijrah atau perpindahan manusia zaman kini dari kampung ke bandar adalah bertujuan mencari rezeki dan keselesaan hidup. Namun, kedua-dua bentuk hijrah dan perpindahan tersebut tetap mendapat ganjaran dari Allah s.w.t selagimana ia dilakukan kerana-Nya.


SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN TAHUN BARU HIJRAH....DISAMPING KITA MEMBUAT BUBUR A'SYURA DG PELBAGAI RASA PADA BULAN INI...JGN KITA LUPA ATAU TIDAK AMBIL TAHU AKAN UJUDNYA ASYURA TERSEBUT.....RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENGGADAI NYAWA DLM PERJALANAN KE MADINAH...INTIPATI DARI HIJRAH RASULULLAH ITU SEBENARNYA YG PERLU KITA IKUT DAN PELAJARI DISAMPING KITA BEREBUT2 MENYEDIAKAN BUBUR A'SYURA DG PELBAGAI RASA......
sedatnya kalu dok kapung nie..buleh tulong2 ngaca buat syura..lama dah tok make syura kelate nie..tak dok ko orang nok kirim buat mari eh ko ambo nie....