Wednesday, June 29, 2011

israk dan mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Wednesday, April 27, 2011

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.
Alhamdulillah hari ini dapat lagi diri ini meneruskan penulisan dilaman blog ini. Diri ini tertarik degan persoalan tentang Cinta. Cinta, apakah yang anda semua faham degan perkataan “CINTA”??.
Secara jujur, apabila saya membaca apa-apa sahaja bahan bacaan, kerap kali saya cuba mengabaikan sebarang kisah cinta yang dipaparkan. Itulah yang berlaku pada saya, sebab saya rasa kita boleh nampak sendiri depan mata soal itu. Paradigma diri perlu ada anjakan.
"Apalah, jiwangnya, sentimentalnya."
Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar. Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi bertapa di dalam gua nun jauh di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat adalah orang yang paling sibuk di dunia!(sibuk mencari jalan kebenaran bagi mendapatkan kesenangan diakhirat kelak).
Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama. Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cintailah orang yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta. Ingatlah Allah itu menyintai kita, maka cintailah Allah dihati kita Dalam kita berusaha mndapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi kita akan hilang waktu rehat. Kita dapat rehat tetapi mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita? Tepuk Dada Tanya Iman..
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . oh Tidak. 
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. Iaitu CINTA pada Sang Pencipta.
"Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga. Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui proses yang mana?
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.

Iklim Dan Sikap Manusia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Iklim Dan Sikap Manusia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, April 24, 2011

...sAntApaN r0HanI...


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Munajat se0rg Hamba

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu


Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan


Keapunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana


Debu2 d0sa

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda

Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa


Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati


Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi.

Wednesday, April 20, 2011

APAKAH MATLAMAT ISLAM? (PART 1)


Agama rasmi di Malaysia adalah Islam dan pegangan kita adalah bermadzhabkan Imam Syafie. Jika dilihat senario pada zaman kita sekarang, boleh dikatakan sudah ramai yang ingin kembali kepada ajaran Islam TETAPI dalam masa yang sama, ada juga yang tersasar dari landasan Aqidah yang betul disebabkan niat yang suci itu.

Tetapi, terasa juga sedih di hati ini bila memikirkan bahawa memang ramai orang Islam kita yang masih tidak mengetahui APAKAH TUJUAN ISLAM DISAMPAIKAN KEPADA KITA.

Cubalah kita bertanya kepada kawan2 kita “kita adalah muslim dan sebagai muslim, apakah yang ISLAM inginkan daripada kita? Apakah yang dinginkan oleh Pencipta agama yang suci ini?”
Tanyalah dan nantikanlah jawapan yang akan diberikan kepada mereka..

Dibahagian yang seterusnya,, ana sertakan juga jawapan ana terhadap soalan di atas dan buatlah pertimbangan secara ikhlas dan jujur dan juga bandingkan ia dengan adat orang melayu kita dan juga ibadatnya..

Dan juga ingin dingatkan, di dalam sohih Muslim ada menyebut hadith daripada Nabi saw:
إن الاسلام بدأ غريبا سيعود غريبا كما بدأ
“sesunggunya Islam itu bermula dalam keadaan asing (untuk orang menerimanya) dan akan kembali (pada akhir zaman) dalam keadaan asing juga sebagaiman ia bermula”