Thursday, September 22, 2011

Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Antara Tanggungjawab dan Amanah Mahasiswa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

iam still not gud, but iam trying to improve my self..



iman ??? 
aku paling lemah untuk bicara soal iman ni,
sebab aku adalah insan yang terlalu banyak melakukan kesilapan dalam hidup ini..
tapi aku tetap berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik,
aku akan pelihara diri dan maruah sebaik-baiknya untuk meraih keredhaan allah..
sebab segala yang aku lakukan bukanlah semata-mata untuk mencari syurga dan menjauhi neraka..
tapi aku lebih ingin mendapatkan keredhaan allah tentang hidup ni, agar semua yang aku hadapi dan jalani akan berjalan dengan baik..
ya allah, meskipun sukar untukku meraih kerehdaanmu, namun masih ku mengharapkan keampunan dari mu..

kehidupanku


bukan mudah untuk menghadapi hidup.. 
mungkin jalan cerita hidup kita sama.. 
tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza.. 
setiap ujian, halangan kita juga berbeza.. 
himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta.. 
terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita.. 
kabur mata kini terangnya kian nyata.. 
bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua.. 
ya, kehidupan yang kita corak sangat berbeza, namun 
kita juga punya perasaan yang sama, 
ingin hidup lebih baek sebagaimana insan lain, 
semua yang ada di dunia 
adalah kurniaan.. 
memiliki kehidupan yang lebih baik merupakan impian semua manusia.

Wednesday, June 29, 2011

israk dan mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Wednesday, April 27, 2011

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian. Salam ukhuwah untuk semua.
Alhamdulillah hari ini dapat lagi diri ini meneruskan penulisan dilaman blog ini. Diri ini tertarik degan persoalan tentang Cinta. Cinta, apakah yang anda semua faham degan perkataan “CINTA”??.
Secara jujur, apabila saya membaca apa-apa sahaja bahan bacaan, kerap kali saya cuba mengabaikan sebarang kisah cinta yang dipaparkan. Itulah yang berlaku pada saya, sebab saya rasa kita boleh nampak sendiri depan mata soal itu. Paradigma diri perlu ada anjakan.
"Apalah, jiwangnya, sentimentalnya."
Dunia hari ini cukup pantas. Tidak sempat untuk dikejar. Perubahan yang melanda cukup deras. Siapa yang perlahan, nampaknya akan ketinggalan. Tapi itu kalau dunia yang kita kejar. Namun harus diingat, bukanlah tidak mengejar dunia bermaksud kita mengasingkan diri dari masyarakat. Pergi bertapa di dalam gua nun jauh di hutan sana. Tidak mahu bercampur dengan masyarakat dek kerana banyaknya maksiat. Ingat pesan ulama, orang yang bahagia di akhirat adalah orang yang paling sibuk di dunia!(sibuk mencari jalan kebenaran bagi mendapatkan kesenangan diakhirat kelak).
Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama. Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cintailah orang yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta. Ingatlah Allah itu menyintai kita, maka cintailah Allah dihati kita Dalam kita berusaha mndapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi kita akan hilang waktu rehat. Kita dapat rehat tetapi mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita? Tepuk Dada Tanya Iman..
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . oh Tidak. 
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. Iaitu CINTA pada Sang Pencipta.
"Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga. Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui proses yang mana?
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.