Sunday, April 10, 2011

Persahabatan.........

Assalamuallaikum w.b.t. Setelah seharian(9/4/2011) diri ini meronda bandararaya Kuala Lumpur iaitu bandar yang menjadi kebangaan ramai rakyat Malaysia. Setelah tujuan utama selesai, diri ini mengambil sedikit masa untuk melihat keindahan dan keadaan sekelililng bandar sambil memerhatikan gelagat manusia sekeliling.
Setelah melihat sekumpulan remaja yang berjalan secara berkumpulan yang pernuh degan kegembiraan mengigatkan diri ini tentang nilai persahabtan yang diberikan oleh sahabat-sahabtku..tiba-tiba sahaja terdetik dihati dan terlintas difikiran ini ingin menulis tentang kisah persahabatan yang sering diidamkan oleh semua orang. Hal ini demikian kerana nilai persahabatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit atau dengan pertukaran apa jua jenis barang sekali pun. Tulisan ini ditulis bagi menperigatkan tentang bertapa pentingnya nilai sebuah persahabatan.
Sahabat sesungguhnya engkau adalah seorang yang mulia dalam menceriakan hari-hari yang berlalu dalam kehidupan sahabat mu ini. Tanpa seorang sahabat diri ini merasakan hidup tidak akan lengkap bagi menempuhi hari-hari yang akan mendatang. Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang memenatkan dan melelahkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah daripada harta-harta lain.
Persahabatan sering mendatang pelbagai dugaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi segala cabaran itu bahkan bergerak sering bersamanya…
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memmerlukan proses yang panjang seperti besi yang diasah untuk dijadikan mata pedang, demikianlah sahabat yang mengeratkan hubungan ukhuwahnya dengan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihiburkan, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, dikianati, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini tidak pernah dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan daripada sehabatnya degan tujuan,
untuk menghindari perselisihan antara mereka, justeru kerana kasihnya terhadap seorang sahabat ia memberanikan diri untuk menegur dengan seikhlas hatinya apa jua kesalahan yang dilakukan oleh sahabatnya.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada masa kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi bagi mencari perhatian, pertolongan dan nilai  kasih sayang daripada orang lain.
Kerinduannya adalah menjadi sebahagian daripada kehidupan sahabatnya, kerana  tidak ada persahabatan yang diwarisi dengan sikap ego dan bongkah. Semua orang pasti memerlukan seorang sahabat sejati, namun tidak semua orang akan memperolehi atau berjaya mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang hancur harapan kerana dikhianati sahabatnya  sendiri. Malahan ada juga yang tidak pandai menilai bertapa petingnya nilai seoarang sahabat semasa ia berada disisinya. Kebanyakan diantara kita setelah kita kehilangannya barulah kita hendak mengigati dan mengenangkan ia dalam hidup kita. Sahabat yang baik ialah sahabat yang Berjaya membawa sahabatnya bersama-sama ke syurga. Bukan membawa mereka ke lembah kehancuran.
Saya rasa setakat ini sahaj penulisan ini..insyaALLAH jika diberi keizinan dan idea untuk terus menulis, diri ini akan menyambungnya lagi........
TERIMA KASIH SAHABATKU KERANA TELAH MEMBERIKAN NILAI PERSAHABATAN YANG BAIK KEPADA DIRI INI..UKHUWAH FILLAH..
Renungkan :
·        Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri “Dalam masa kejayaan, kawan mengenali kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal kawan-kawan kita.
·        Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
·        Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
·    Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
·    Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
·    Belajar daripada satu sama lain.

Saturday, April 2, 2011

Peluang bertaubat diberi berkali-kali

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?
Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.
Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!
Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.
Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.
Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.
Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.
Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."
Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.
Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.
Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi.

Thursday, March 24, 2011

derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain.

Assalamuallaikum..disini saya sertakan satu petikan mesej ringkas yang saya terima daripada guru saya.
“Lie, satu lagi cikgu nak minta Lie sebarkan ...mana2 yang berhajat nak buat amal jariah akhirat... Masjid Kampung Cikgu ni nak bina masjid baru dan memerlukan hmp 1.5 juta untuk menyiapkannya. Sumbangan boleh la melalui akaun BIMB : 03018010143794 (Tabung Pembinaan Masjid Mukim Pulau) Kebetulan cikgu Bendaharinya. Moga atas sebaran maklumat ini kita makin diberkati Allah.”
Bagi memenjangkan perkara ini saya cuba menyeru tuan–tuan dan puan-puan termasuklah diri saya sendiri agar kita sama-samalah membantu dan meringankan beban umat islam kita semua. Hal ini demikian kerana apa yang kita tahu membina sebuah masjid adalah perkara yang sagat-sagat mulia. Tambahan pula, disertakan dengan sumbangan ikhlas daripda kita semua dapat membina sebuah tempat ibadat yang baik untuk kegunaan kita bersama.
Sesiapa yang mana berhajat nak membuat amal jariah akhirat. Disini dimaklumkan Majid Mukim Pulau Di Wakaf Stan, Kota Bharu Kelantan memerlukan himpunan RM 1.5 juta untuk membina sebuah masjid baru. Segala sumbangan boleh la dibuat terus melaluai akaun BIBM 03018010143794 (Tabung Pembinaan Masjid Mukim Pulau). Sama-samalah kita membuat amal jariah niat kerana ALLAH.
 “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267).
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah Al- Baqarah> Ayat 261. Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al- Baqarah> Ayat 265 Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa. Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. ‘Senyum itu adalah sedekah’.

Thursday, March 3, 2011

BILA MANUSIA DAHAGA

Seruas rasa terus menyambar
gemercing naluri hangat membakar
ikatan kasih putus longgar
bertabrakan terlanggar
terlanggar pantang agama
terlanggar pantang adat manusia
kelam gelita sinar budaya


Bila manusia dahaga


terloncat loncat bertemasya mereka
batin dilafaz saat bersemuka
pelita asmara mencurahkan keriangan
pendeta terus dibuai khayalan
pemujanya hanyut lemas dalam dakapan
barangkali falsafah lemah mengikat fikiran


Bila manusia dahaga

perangkap mimpi datang bertalu talu
alam lesu terus terpaku
nyayian janji gemersik syahdu
kasih dipalu merentasi segan silu
maruah lesap terseret dek angin lalu


(Zarith Mohamed, UPSI)

Friday, February 11, 2011

Mendakap Dingin Memeluk Embun

kata kata susur berbelit-belit
suara ditabur berputik berselit
anak gundik kian berhimpit
berhimpit mengapai putera tok selampit
sumpitnya mengena mereka tertarik

bila dia menabur janji...

getar bibir diangkat dijulang
dikunyah ditelan dek lidah tak bertulang
angkara nasfu semua terhidang
enak rasa bukan kepalang
dimamah diratah kembang mengenyang
habis manis sepah dibuang
kekadang tersentak insaf pulang ke sarang

simpul senyum melirik umpan
bergurau canda hiasan sopan 
mengheret bunga melayang ke awan
memaksa mahkota jadi tawanan
bertopengkan tampan lagak budiman
ligat beraksi persis si setan

pancaindera buat aku punya rasa
berputik cinta membuka pelbagai cerita 
tebing kasih mulai curam
dua hati kian seragam
sayang terjerat dek permainan alam
terpenjara ilmu terkurung iman 
bunga suci makin kurang siuman

berselerak dosa-dosa silam
memagari kotak-kotak dendam
usah dipegang jangan digenggam
melilit hati menuju jahanam
sulamkan lidah lilitkan Quran
teruskan perjalanan dakap akhir zaman

kunyahlah bara peganglah kilat
selongkar ilmu mencium berkat
goncangkan saja dunia
biar tepekik terlolong semua
biar bercumbu si tulang belikat

menarilah bersama perhiasanmu wahai teman
selagi mampu engkau pertahankan
liang kecil itu lebat dengan bosan

(ZARITH MOHAMED. UPSI)
11.2.2011